empty
 
 
Ini adalah menyedihkan, tetapi benar. Fikirkanlah tentang apa-apa pelaburan yang anda telah buat. Adakah anda berjaya menghabiskan kerja anda dalam masa sehari? Dan jika anda bernasib baik, berapa kali anda boleh lakukan? Tidak diragui, tidak selalu. Ingat, undang-undang spekulasi sejagat adalah sama seperti undang -undang pertumbuhan sejagat.

Kita memerlukan masa untuk meningkatkan keuntungan.

Para pedagang yang berjaya, mengetahui bahawa pasaran yang bergerak satu minit, dalam 5 minit akan datang ia akan bergerak lebih jauh lagi, dan dalam 60 minit akan bertambah jauh lagi, dan sesiapa yang mengetahui betapa jauhnya ia pergi dalam sehari ataupun seminggu. Pedagang yang gagal kebiasaanya melakukan aktiviti dagangan dalam jangka masa singkat yang mana secara automatiknya menyempitkan peluang untuk mereka mendapatkan keuntungan yang lebih besar.

Secara tidak langsung mereka sengaja menghadkan keuntungan dan menanggung kerugian yang tidak terbatas. Tidak hairan lah, begitu ramai yang mendapat hasil buruk dalam dagangan jangka pendek. Mereka telah mengunci diri mereka ke dalam situasi yang sia-sia, dengan berfikir bahawa masih ada peluang untuk menghasilkan wang dalam satu hari hanya dengan mengikuti kenaikan dan penurunan harga di pasaran. Dan teori ini kelihatan cukup rasional, apabila anda melakukan dagangan dalam sehari dan tidak pernah meninggalkan posisi terbuka selepas semalaman, anda tidak bergantung pada berita-berita dan perubahan besar, sehingga mengecilkan risiko yang anda hadapi. Dan ini sebenarnya kurang tepat kerana dua sebab berikut.

Pertama sekali ialah risiko berada dalam kawalan anda. Satu-satunya kawalan yang anda miliki di dalam perniagaan ini adalah kawalan terhadap stop-loss – yang mana posisi akan ditutup. Ya, memang ada kemungkinan bahawa pasaran pada keesokan harinya akan dibuka dengan gap yang akan melebihi stop-loss anda (melepasi stop anda). Walaupun keadaan seperti ini jarang terjadi, namun demikian anda dapat menghadkan kerugian anda, memiliki stop-loss dan berakhir la sudah dengan kehilangan urusniaga yang dijalankan. Yang kalah secara terus menerus mengalami kerugian begitulah sebaliknya kepada yang menang.  

Selagi anda menetapkan posisi dengan stop-loss, anda boleh kehilangan jumlah asal wang tersebut. Tanpa rujukan terhadap masa posisi dibuka, stop-loss anda menghadkan risiko anda. Risiko anda adalah sama samada anda membeli pada harga tertinggi ataupun pada harga terendah didalam pasaran.

Tidak inginkan posisi selepas semalaman akan menghadkan jumlah masa yang membawa kepada pertumbuhan pelaburan. Kadang-kala, walaupun pasaran mungkin dibuka dengan arah berlawanan, tetapi dalam kebanyakan kes banyak pasaran memihak kepada kita dan secara tidak langsung kita masih berada dalam arah yang betul.

Dan yang paling penting, apabila anda mengakhiri dagangan pada akhir hari, atau yang lebih buruk dalam beberapa saat menjelang penutupan, katakanlah 5 atau 10 minit, secara tidak langsung ia menyempitkan potensi keuntungan anda secara radikal. Ingat semasa saya memperkatakan tentang satu perbezaan besar antara yang menang dan yang kalah. Yang kalah terus mengalami kerugian? Begitu juga yang menang turut menahan posisi kemenangannya, semasa yang kalah meninggalkan pasaran terlalu awal. Bagi yang kalah, mereka tidak menunggu keuntungan posisi: mereka merasakan cukup gembira dengan menghasilkan keuntungan yang sedikit sehingga mereka keluar dari pasaran terlalu awal (kebanyakannya dalam masa sehari).

Anda tidak boleh menjana banyak wang sehingga anda mempelajari bagaimana untuk terus berada dalam posisi kemenangan. Semakin lama anda bertahan, semakin besar potensi keuntungan yang anda miliki. Ketika petani menabur benih, mereka tidak melihat tanaman tersebut dalam jangkamasa 5 minit untuk mengetahui bagaimana pokok tersebut hidup. Mereka membiarkan tanaman tersebut tumbuh dan bertunas. Pedagang boleh mempelajari dari proses alam ini. Kejayaan pedagang tidak berbeza jauh dengan kejayaan petani. Bagi menentukan urusniaga yang dibuat menemui kejayaan, pedagang memerlukan masa untuk mempelajarinya.

Kembali ke senarai artikel-artikel
Buka akaun
Buka akaun
Wang deposit
Wang deposit
Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget