empty
 
 
17.12.2024 07:19 AM
EUR/USD: Petua Dagangan Ringaks kepada Pedagang Baharu pada 17 Disember. Analisis Forex Dagangan Semalam

Analisis dan Petua Dagangan untuk Euro

Ujian pertama pada paras harga 1.0489 berlaku apabila penunjuk MACD bergerak menurun dengan ketara dari paras sifar, yang mengehadkan potensi penurunan pasangan mata wang ini. Oleh sebab itu, saya memilih untuk tidak menjual euro. Tidak lama selepas itu, ujian kedua pada paras ini berlaku serentak dengan MACD berada di kawasan terlebih jual, mengesahkan titik masuk beli yang sah untuk euro. Hasilnya, pasangan ini meningkat sebanyak 20 pip.

Data PMI yang bercampur semalam dari Zon Euro dan AS sekali lagi menyerlahkan isu berterusan dalam sektor pembuatan, yang membimbangkan ekonomi kedua-dua rantau tersebut.

Hari ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data makroekonomi penting dari Jerman, yang berpotensi mempengaruhi kadar pertukaran euro dengan ketara. Indeks Iklim Perniagaan IFO, yang mencerminkan keyakinan perniagaan, amat penting. Peningkatan indeks ini menandakan optimisme dalam kalangan usahawan dan boleh menyokong euro. Walau bagaimanapun, keputusan yang lebih lemah daripada jangkaan mungkin memberi tekanan kepada mata wang ini.

Bagi Penunjul Keadaan Semasa (Current Conditions), ia membantu menilai kestabilan persekitaran perniagaan. Penurunan mungkin menandakan masalah ekonomi, yang berpotensi mencetuskan jualan euro. Jangkaan Ekonomi (Economic Expectations) juga penting: hasil positif akan meningkatkan sentimen pasaran dan menyokong euro.

Selain itu, perhatian juga perlu diberikan kepada imbangan dagangan Zon Euro. Lebihan dagangan yang kukuh akan mengukuhkan kedudukan euro. Sebaliknya, defisit dagangan akan bertindak sebagai isyarat negatif untuk mata wang ini.

Bagi strategi intraday, saya akan lebih bergantung kepada pelaksanaan Senario #1 dan Senario #2.

This image is no longer relevant

Isyarat Beli

Senario #1: Hari ini, saya bercadang untuk membeli euro apabila harga mencapai 1.0529 (garisan hijau pada carta), menyasarkan kenaikan kepada 1.0567. Pada tahap 1.0567, saya bercadang untuk keluar dari pasaran dan menjual euro dengan segera ke arah bertentangan, mensasarkan pergerakan 30–35 pip dari titik masuk. Pertumbuhan euro hari ini pada separuh hari pertama akan dapat dicapai hanya jika data zon euro adalah kukuh.

Penting! Sebelum membeli, pastikan penunjuk MACD berada di atas paras sifar dan baru mula naik.

Senario #2: Saya juga akan membeli euro hari ini jika terdapat dua ujian berturut-turut pada tahap 1.0498 apabila penunjuk MACD berada di kawasan terlebih jual. Ini akan mengehadkan potensi penurunan pasangan itu dan mencetuskan pembalikan ke atas. Pertumbuhan boleh dijangka ke tahap bertentangan 1.0529 dan 1.0567.

Isyarat Jual

Senario #1: Saya bercadang untuk menjual euro selepas ia mencapai tahap 1.0498 (garisan merah pada carta). Sasaran adalah pada 1.0460, di mana saya bercadang untuk keluar dari pasaran dan segera membeli ke arah bertentangan, mensasarkan pergerakan kembali sebanyak 20–25 pip. Tekanan ke atas pasangan itu mungkin kembali jika data IFO lemah.

Penting! Sebelum menjual, pastikan penunjuk MACD berada di bawah paras sifar dan baru mula menurun.

Senario #2: Saya juga akan menjual euro hari ini jika terdapat dua ujian berturut-turut pada tahap 1.0529 apabila penunjuk MACD berada di kawasan terlebih beli. Ini akan mengehadkan potensi kenaikan pasangan itu dan mencetuskan pembalikan ke bawah. Penurunan boleh dijangka ke tahap bertentangan 1.0498 dan 1.0460.

This image is no longer relevant

Catatan Carta

  • Garisan hijau nipis: Titik masuk harga untuk membeli instrumen dagangan.
  • Garisan hijau tebal: Sasaran yang dicadangkan untuk Ambil Untung (TP) atau mengunci keuntungan secara manual, memandangkan pertumbuhan selanjutnya melebihi paras ini adalah tidak mungkin.
  • Garisan merah nipis: Titik masuk harga untuk membeli instrumen dagangan.
  • Garisan merah tebal: Sasaran yang dicadangkan untuk Ambil Untung atau mengunci keuntungan secara manual, kerana penurunan selanjutnya di bawah paras ini adalah tidak mungkin.
  • Penunjuk MACD: Penting untuk mengenal pasti zon terlebih beli dan terlebih jual untuk mempertimbangkan keputusan kemasukan pasaran.

Nota Penting untuk Pedagang Baharu

  • Sentiasa berhati-hati dalam membuat keputusan untuk memasuki pasaran, terutamanya sebelm laporan utama.
  • Elakkan berdagang semasa pengumuman berita penting untuk menghindari perubahan harga yang tidak menentu.
  • Jika memilih untuk berdagang semasa berita diumumkan, sentiasa tetapkan pesanan Henti Rugi (SL) untuk meminimumkan kerugian.
  • Berdagang tanpa pesanan Henti Rugi (SL) atau amalan pengurusan wang dengan cepat boleh menghabiskan deposit anda, terutama apabila menggunakan jumlah dagangan yang besar.
  • Rancangan dagangan yang jelas, seperti yang digariskan di atas, adalah penting untuk kejayaan dalam dagangan. Keputusan dagangan secara spontan berdasarkan keadaan pasaran semasa secara semula jadi merugikan bagi pedagang intraday.
Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $6000 lebih lagi!
    Dalam Diseember kami membuat cabutan bertuah $6000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget