empty
 
 
19.05.2023 12:18 PM
EUR/USD dan GBP/USD: pelan dagangan untuk pedagang baru pada pada 19 Mei

Butiran kalendar ekonomi pada 18 Mei

Tuntutan pengangguran Amerika Syarikat (AS) merekodkan bacaan yang lebih baik berbanding ramalan. Statistik ini bertindak sebagai pemangkin kepada kenaikan dolar AS. Bilangan tuntutan pengangguran berterusan menguncup kepada 1.799 juta daripada 1.807 juta minggu lepas. Selain itu, bilangan tuntutan awal untuk faedah pengangguran turun kepada 242K daripada 264K.

Gambaran keseluruhan carta teknikal pada 18 Mei

Semasa pergerakan inersia, pasangan mata wang EUR/USD telah melepasi tahap sokongan 1.0800. Euro telah melemah hampir 3% dalam tempoh pembetulan menurun dua minggu. Secara keseluruhannya, pasangan mata wang EUR/USD telah kehilangan lebih daripada 300 pip.

Pasangan mata wang GBP/USD melanjutkan penurunannya semalam, menunjukkan langkah pembetulan selanjutnya. Pound sterling telah kehilangan lebih daripada 250 pip selama 1.5 minggu pembetulan menurun.

This image is no longer relevant

Kalendar ekonomi pada 19 Mei

Hari ini kalendar ekonomi tidak mengandungi data penting untuk Eropah, UK dan AS. Namun begitu, peserta pasaran berwaspada dengan kenyataam dari ECB dan wakil Rizab Persekutuan (Fed). Jadi, kenyataan mereka boleh mempengaruhi sentimen pasaran.

Jadual acara

Ahli FOMC John Williams akan berucap pada 12:45 GMT

Anggota FOMC Michelle Bowman akan berucap pada 13:00 GMT

Ahli Lembaga Eksekutif ECB Isabel Schnabel akan berucap pada 14:55 GMT

Pengerusi Fed Jerome Powell akan berucap pada 15:00 GMT

Presiden ECB Christine Laragde akan berucap pada 19:00 GMT

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 19 Mei

Kelemahan serius euro menjana isyarat teknikal pada carta harian bahawa ia terlebih jual (oversol). Dalam konteks ini, peniaga dijangka mengurangkan pesanan jual. Sebaliknya, ini boleh membolehkan penarikan semula harga berlaku sekurang-kurangnya kepada tahap 1.0800.

Walau bagaimanapun, dengan mengambil kira pelbagai senario, kita tidak seharusnya menolak kemungkinan penurunan selanjutnya dengan syarat harga menetap di bawah tahap 1.0750. Dalam kes ini, spekulator boleh mengabaikan isyarat teknikal terlebih jual (oversold) pada pasangan mata wang EUR/USD. Jika ya, instrumen boleh bergerak secara inersia, tetapi ia akan menjadi tidak stabil dan akhirnya, akan terganggu dengan anjakan semula.

This image is no longer relevant

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 19 Mei

Jika pasaran mengekalkan sentimen penurunan harga, kemungkinan instrumen itu akan bergerak ke arah sokongan pada 1.2350. Pada tahap ini, pedagang boleh mengurangkan pesanan jual. Oleh itu, pasangan mata wang boleh memperlahankan pembetulan menurun.

This image is no longer relevant

Apa yang terdapat pada carta

Jenis carta graf lilin ialah segi empat tepat grafik putih dan hitam dengan garisan di atas dan di bawah. Dengan analisis terperinci bagi setiap lilin individu, anda boleh melihat ciri-cirinya berbanding dengan rangka masa tertentu: harga pembukaan, harga penutupan, tinggi dan rendah urusniaga harian.

Tahap mendatar ialah koordinat harga, berbanding dengan harga yang mungkin berhenti atau membalikkan trajektorinya. Di pasaran, tahap ini dipanggil sokongan dan rintangan.

Lingkaran dan segi empat tepat adalah contoh yang diserlahkan dengan harga diterbalikkan dalam sejarah. Serlahkan warna ini menunjukkan garis mendatar yang mungkin memberi tekanan pada harga aset pada masa hadapan.

Anak panah atas/bawah ialah mercu tanda arah harga yang mungkin pada masa hadapan.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $5000 lebih lagi!
    Dalam November kami membuat cabutan bertuah $5000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget