empty
 
 
01.12.2022 08:52 AM
Tinjauan dan isyarat dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 1 Disember. Laporan COT. Analisis keadaan pasaran. Satu lagi hari yang tidak masuk akal untuk euro dan dolar.

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 5 Minit

This image is no longer relevant

Semalam, pasangan mata wang euro/dolar menunjukkan pergerakan yang agak pelik. Terdapat banyak statistik makroekonomi dan peristiwa asas pada hari Rabu, namun kebanyakannya tidak diendahkan. Sebagai contoh, terdapat laporan yang agak penting mengenai inflasi Eropah, yang secara mengejutkan jatuh sebanyak 0.6% y/y. Walau bagaimanapun, pedagang tidak fikir adalah perlu untuk memberi perhatian kepada laporan ini. Terdapat juga data penting mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku ketiga dan pasaran buruh ADP semasa sesi dagangan AS. Di sini kita boleh memahami mengapa pedagang tidak bertindak balas terhadapnya kerana ia bercanggah: satu laporan sangat kuat, satu lagi sangat lemah. Walau bagaimanapun, dalam beberapa jam selepas pengumuman laporan tersebut, dolar A.S. mula meningkat dengan mendadak, dan dalam beberapa jam lagi - jatuh dengan mendadak. Segala-galanya akan baik-baik saja jika ada alasan untuk kejatuhan terakhir mata wang AS dalam bentuk retorik "dovish" Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell. Namun, beliau hanya mengulangi tesis yang semua orang sudah tahu. Bagaimanapun, pedagang kali ini menemui semacam "kebenaran" dalam ucapannya yang tidak ditemui dalam laporan sebelum ini.

Terdapat hanya satu isyarat dagangan semalam. Pasangan mata wang ini menembusi kawasan 1.0395-1.0340 pada pertengahan sesi dagangan AS, yang boleh digunakan untuk membuka pesanan menjual. Walau bagaimanapun, harga berjaya turun hanya 30 pip, yang cukup untuk Stop Loss ke titik pulang modal, tetapi tidak lebih.

Laporan COT

This image is no longer relevant

Bagi laporan Komitmen Pedagang (COT) pada 2022, ia mencerminkan sentimen kenaikan harga dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini walaupun euro menurun. Kemudian, ia menggambarkan sentimen menurun selama beberapa bulan dengan euro juga menurun. Pada masa ini, pesanan bersih pedagang bukan komersial kembali menaik dan meningkat. Sementara itu, euro hampir tidak berundur daripada tahap rendah 20 tahun. Ini disebabkan oleh fakta bahawa permintaan terhadap dolar AS adalah tinggi di tengah-tengah situasi geopolitik yang sukar di dunia. Oleh itu, walaupun terdapat peningkatan dalam permintaan terhadap euro, permintaan yang memberangsangkan untuk dolar tidak membenarkan euro untuk mengukuh. Pada minggu pelaporan, bilangan pesanan membeli yang dipegang oleh pedagang bukan komersial meningkat sebanyak 7,000 dan pesanan menjual meningkat sebanyak 2,000. Akibatnya, pesanan bersih meningkat sebanyak 5,000. Pertumbuhan euro baru-baru ini secara beransur-ansur datang sejajar dengan angka yang digambarkan dalam laporan COT. Namun, dolar AS mungkin meneruskan pertumbuhan di bawah pengaruh faktor geopolitik atau kekurangan faktor untuk mengukuhkan lagi euro. Indikator garis hijau dan merah pertama bergerak jauh antara satu sama lain, yang mungkin menunjukkan pengakhiran aliran menaik. Bilangan pesanan memeli melebihi jumlah pesanan menjual sebanyak 113,000. Oleh itu, pesanan bersih pedagang bukan komersial mungkin terus meningkat, tetapi tanpa mencetuskan kenaikan yang sama dalam euro. Apabila ia datang kepada jumlah bilangan belian dan jualan yang merentas semua kategori pedagang, kini terdapat 39,000 lagi pesanan menjual (635,000 berbanding 596,000).

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 1 Jam

This image is no longer relevant

Pada carta 1 Jam, pasangan mata wang EUR/USD masih menunjukkan pergerakan yang tidak mencukupi dan semalam hanyalah satu lagi bukti mengenainya. Masih tiada pergerakan menurun walaupun selepas euro melepasi garis aliran menaik. Pasangan mata wang ini kembali diniagakan ke tahap puncak tempatannya selepas ucapan Powell, tetapi kami masih tidak fikir bahawa EUR mempunyai sebarang sebab untuk pertumbuhan selanjutnya. Pada Khamis, pasangan mata wang ini mungkin didagangkan pada tahap berikut: 1.0124, 1.0195, 1.0269, 1.0340-1.0366, 1.0485, 1.0579, 1.0637, dan juga garis Senkou Span B (1.0351) dan Kijun Sen (1.0351). Indikator garis Ichimoku mungkin bergerak pada siang hari, yang harus diambil kira semasa menentukan isyarat dagangan. Terdapat juga tahap sokongan dan rintangan, tetapi isyarat tidak terbentuk berhampiran tahap ini. Lantunan dan pecahan tahap dan garis ekstrem boleh bertindak sebagai isyarat. Jangan lupa untuk menetapkan pesanan stop-loss, jika harga meliputi 15 pips dalam arah yang betul. Ini akan menghalang anda daripada kerugian sekiranya isyarat palsu. Pada 1 Disember, EU akan menerbitkan kadar pengangguran dan indeks aktiviti pembuatan. Sementara itu, indeks aktiviti perniagaan ISM dan laporan penting mengenai perubahan dalam pendapatan dan perbelanjaan peribadi penduduk Amerika akan dikeluarkan di AS. Saya percaya bahawa pedagang mungkin bertindak balas terhadap data ISM.

Apa yang kita lihat pada carta dagangan:

Tahap harga sokongan dan rintangan adalah garis merah tebal, berhampiran pergerakan mungkin berakhir. Mereka tidak menyediakan isyarat dagangan.

Garis Kijun-sen dan Senkou Span B ialah garisan indikator Ichimoku, dipindahkan ke carta satu jam daripada satu 4 jam. Mereka adalah garis yang kuat.

Tahap ekstrem ialah garis merah nipis dari mana harga melantun lebih awal. Mereka menyediakan isyarat dagangan.

Garis kuning ialah garis arah aliran, saluran aliran dan sebarang corak teknikal lain.

Indikator 1 pada carta COT menggambarkan saiz kedudukan bersih bagi setiap kategori pedagang.

Indikator 2 pada carta COT menggambarkan saiz kedudukan bersih untuk kumpulan bukan komersial.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $6000 lebih lagi!
    Dalam Diseember kami membuat cabutan bertuah $6000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget