empty
 
 
24.11.2022 11:20 AM
EUR/USD: Pelan dagangan pasangan mata wang EUR/USD untuk sesi Eropah pada 24 November, 2022. Komitmen pedagang (COT). Gambaran keseluruhan dagangan semalam. EUR berada pada tahap tinggi bulanan

Semalam, beberapa isyarat kemasukan pesanan penting telah dibuat. Mari kita lihat carta M5 untuk mendapatkan gambaran tentang apa yang telah berlaku. Dalam tinjauan sebelumnya, kami memfokuskan pada tahap 1.0333 di mana kami mempertimbangkan untuk memasuki pasaran. Penembusan dan ujian harga menurun pada tahap 1.0333 berikutan pelepasan data aktiviti perniagaan di zon Eropah telah menghasilkan isyarat kemasukan pesanan membeli. Walau bagaimanapun, selepas mencatatkan kenaikan 11-pip, harga kembali ke tahap 1.0333. Walaupun keputusan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) mencatatkan bacaan yang lebih baik berbanding jangkaan, namun ia masih menggambarkan penguncupan. Dalam hal ini, adalah lebih baik untuk keluar dari pasaran. Semasa sesi dagangan Amerika Utara, berikutan statistik makro yang mengecewakan di AS, kenaikan harga menembusi dan menguji semula tahap 1.0343, yang menawarkan isyarat kemasukan pesanan membeli. Harga kemudiannya meningkat kepada 1.0390, membawa keuntungan kira-kira 50 pip.

This image is no longer relevant

Bilakah seharusnya membuka pesanan membeli pada pasangan EUR/USD:

Selepas laporan untuk aktiviti perniagaan dan tuntutan pengangguran mencatatkan bacaan yang pesimis, jelas menunjukkan bahawa ekonomi AS sedang merosot ke dalam kemelesetan. Di samping itu, Minit mesyuarat FOMC untuk November juga membayangkan perkara sama. Kebanyakan pengubal dasar berkata kini terdapat 50% peluang kemelesetan ekonomi pada tahun hadapan. Namun, mereka terus menyokong kenaikan kadar selanjutnya. Data makro Jerman yang dikeluarkan hari ini mungkin menolak euro ke arah bawah hari ini jika ia ternyata mencatatkan bacaan yang lebih teruk daripada yang dijangkakan. Pengumuman laporan akaun mesyuarat dasar monetari ECB tidak akan disedari oleh pedagang seperti biasa. Sementara itu, ucapan beberapa pegawai bank akan sangat menarik kerana mereka berkemungkinan akan mengesahkan keperluan untuk kenaikan kadar selanjutnya di zon Eropah. Oleh itu, euro cenderung untuk mengukuh berbanding dolar hari ini. Jika statistik makro Jerman mengecewakan, pasangan mata wang ini akan melemah. Kemudian, ia akan menjadi mungkin untuk pergi membeli pada sokongan terdekat 1.0430. Penembusan harga palsu di sana akan mengesahkan kehadiran pemain utama dalam pasaran yang bertaruh pada pertumbuhan harga selanjutnya, dan pasangan mata wang ini akan kembali berdagang ke tahap tinggi bulanan 1.0475. Namun, pasangan mata wang ini mungkin sukar untuk menembusi halangan. Sekiranya berlaku penembusan dan ujian julat ini ke arah bawah, maka pasangan mata wang EUR/USD berpotensi untuk bergerak menuju ke arah tahap 1.0525. Di atas julat ini, terdapat tahap 1.0568. Penembusan harga pada tahap ini akan mencetuskan Bearish Stop Order berturut-turut dan menjana isyarat pembelian tambahan dengan sasaran terletak pada tahap 1.0604, di mana peringkat pengambilan untung mungkin bermula. Dalam kes sedemikian, aliran menaik akan menjadi lebih kuat. Jika pasangan mata wang EUR/USD melemah apabila tiada aktiviti kenaikan harga pada 1.0430, tekanan ke atas euro akan meningkat. Penembusan harga melalui tahap 1.0430 akan mendorong kepada kejatuhan pasangan mata wang ini ke tahap sokongan 1.0390 di mana pesanan membeli boleh dipertimbangkan selepas penembusan harga palsu sahaja. Selain itu, adalah mungkin untuk membeli pasangan mata wang EUR/USD serta-merta pada lantunan semula pada tahap 1.0343, yang sejajar dengan Moving Average (MA) menaik, atau lebih rendah lagi, dalam kawasan 1.0298, membenarkan pembetulan menaik 30-35 pip intraday.

Bilakah seharusnya membuka pesanan menjual pada pasangan EUR/USD:

Jelasnya, penurunan harga telah ditarik semula di tengah-tengah keputusan makro yang pesimis, yang sekali lagi membuktikan bahawa kini masa yang salah untuk mengurangkan kadar kenaikan kadar di AS. Penurunan harga harus melindungi tahap tinggi bulanan 1.0475, yang akan diuji. Penembusan harga palsu pada tahap 1.0475 akan mewujudkan titik kemasukan pesanan yang sangat baik dan menolak euro kembali ke arah sokongan 1.0430 yang terbentuk hari ini. Penyatuan harga di bawah julat ini akan berlaku sekiranya data makro lemah untuk Jerman, yang akan menunjukkan kelembapan dalam pertumbuhan ekonomi. Ujian semula harga pada tahap 1.0430 ke arah atas akan menghasilkan isyarat penjualan dan menghampiri baris Bullish Stop Order, dan pasangan mata wang akan jatuh kepada 1.0390 di mana aktiviti kenaikkan dijangka meningkat. Sasaran paling jauh dilihat pada tahap 1.0343, di mana peringkat pengambilan untung mungkin bermula. Jika pasangan mata wang EUR/USD melonjak naik semasa sesi Eropah apabila tiada aktiviti penurunan harga pada tahap 1.0475, maka permintaan untuk pasangan mata wang ini hanya akan meningkat. Dalam kes sedemikian, kami mungkin menjangkakan penerusan pasaran kenaikan harga dan ujian pada tahap 1.0525. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingat bahawa hari ini adalah sambutan Hari Kesyukuran di AS. Ini bermakna volum dagangan pada sebelah petang akan menjadi agak rendah dan tidak ada gunanya membeli euro di atas tahap tinggi bulanan. Dalam kes ini, adalah lebih menguntungkan untuk menjual pada tahap 1.0525 selepas penembusan harga palsu sahaja. Ia adalah mungkin untuk membuka pesanan menjual EUR/USD serta-merta selepas harga melantun dari tahap tinggi 1.0568, atau lebih tinggi lagi, pada 1.0604, membenarkan pembetulan penurunan harga sebanyak 30-35 pip.

This image is no longer relevant

Komitmen Pedagang:

Laporan COT dari 15 November mencatatkan peningkatan dalam kedua-dua pesanan menjual dan membeli. Terdapat spekulasi yang semakin meningkat akhir-akhir ini mengenai pendirian kurang agresif Fed terhadap pengetatan monetari yang boleh diumumkan pada bulan Disember. Walau bagaimanapun, andaian sedemikian bercanggah dengan data jualan runcit AS terkini untuk Oktober, yang merekodkan bacaan lebih baik daripada jangkaan, membuktikan tekanan inflasi yang tinggi pada akhir tahun. Atas sebab ini, laporan inflasi AS baru-baru ini harus diperhatikan dengan berhati-hati kerana CPI menunjukkan tekanan inflasi yang berkurangan. Nampaknya, Rizab Persekutuan akan berpegang pada agenda "hawkish"nya, meneruskan dengan kenaikan kadar mendadak. Apabila ia datang kepada euro, permintaan untuk aset berisiko telah meningkat sedikit. Namun begitu, berikutan perangkaan EU terkini, terutamanya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pasangan mata wang ini tidak mungkin menunjukkan satu lagi lonjakan ketara menjelang akhir tahun. Menurut laporan COT, pesanan belian bukan komersial meningkat sebanyak 7,052 kepada 239,369 dan pesanan menjual bukan komersial meningkat sebanyak 1,985 kepada 126,703. Jumlah pesanan bersih bukan komersial kekal pada 112,666 minggu lepas berbanding 107,599 seminggu lalu. Dalam erti kata lain, pelabur terus mengambil kesempatan daripada situasi itu dan membeli euro terkurang nilai walaupun di atas tahap pariti. Pedagang sedang mengumpul pesanan membeli, dengan mengharapkan penyelesaian krisis dan bertaruh pada euro yang lebih kukuh dalam jangka panjang. Harga penutupan mingguan meningkat kepada 1.0390 berbanding 1.0104.

This image is no longer relevant

Isyarat indikator:

Moving average

Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan di atas Moving Average (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan pemulihan berterusan dalam euro.

Nota: Tempoh dan harga pada Moving Average dipertimbangkan oleh pengarang pada carta masa 1 Jam (H1) dan berbeza dengan definisi umum bagi classic daily moving averages pada carta Harian (D1).

Bollinger Bands

Sempadan bawah pada tahap 1.0298 kekal berperanan sebagai sokongan. Sementara rintangan dilihat pada tahap 1.0475, sejajar dengan sempadan menaik.

Huraian indikator:

  • Moving average (moving average, menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan warna kuning.
  • Moving average (Moving averge menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise).Tempoh 30.Grafik ditandakan dengan warna hijau
  • Indikator MACD (Moving average Penumpuan/Penolakan - Moving average Penumpuan/Penolakan).Tempoh Cepat EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
  • Pedagang bukan keuntungan adalah spekulator, seperti peniaga individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu
  • Pesanan membeli bukan keuntungan mewakili pesanan membeli terbuka pedagang bukan keuntungan
  • Pesanan menjual bukan keuntungan mewakili pesanan menjual terbuka pedagang bukan keuntungan
  • Keseluruhan pesanan bersih bukan komersial adalah perbezaan antara pesanan menjual dan membeli pedagang bukan komersial.
Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $5000 lebih lagi!
    Dalam November kami membuat cabutan bertuah $5000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget