empty
 
 
14.11.2022 10:58 AM
Analisis fundamental pasangan GBP/USD pada 14 November 2022. UK memasuki kemelesetan. GBP menghampiri tahap lebih tinggi

This image is no longer relevant

Pasangan mata wang GBP/USD menghampiri paras yang lebih tinggi pada hari Jumaat walaupun keputusan KDNK UK mengecewakan dan pengeluaran perindustrian yang lebih baik sedikit berbanding jangkaan. Sementara itu, pasaran masih menganalisis laporan inflasi AS, yang mencetuskan penjualan (sell-off) secara besar-besaran dalam dolar AS. Mungkin faktor asas kini sedang mempengaruhi pasaran. Sejak beberapa minggu yang lalu, pound telah cuba membuat isyarat beli, yang akhirnya berlaku. Dalam carta masa (TF) H4, kami kini sekurang-kurang masih lagi mempunyai satu saluran regresi linear. Dalam carta masa H24, harga menetap di atas awan Ichimoku. Pasangan itu kini mempunyai prospek pertumbuhan, walaupun faktor asas dan geopolitik menggambarkan keadaan yang bertentangan.

Namun begitu, kami menerima bahawa pasaran boleh bergerak berdasarkan faktor teknikal semata-mata. Sebagai peringatan, GBP telah menurun selama kira-kira satu setengah tahun. Oleh demikian, pasaran kini mungkin berada dalam fasa di mana kedudukan jual ditutup secara aktif, mengakibatkan dolar AS yang lebih lemah. Dalam tempoh terdekat, Rizab Persekutuan mungkin meninggalkan kenaikan kadar selanjutnya, dan inflasi AS hanya mendekatkan detik itu. Dari segi faktor asas, ini juga boleh dilihat sebagai sebab di sebalik pertumbuhan pasangan itu. Bagaimanapun, kami percaya bahawa aliran menurun jangka panjang mungkin disambung semula.

KDNK UK jatuh sebanyak 0.6% pada suku ketiga (Q3)

Pada hari Jumaat, United Kingdom menyaksikan penerbitan KDNK suku ketiga (Q3). Terutama, pasaran menunjukkan sedikit minat terhadap laporan itu, walaupun tindak balas 20-30 pip diikuti. Pada masa yang sama, pasaran masih secara terus menganalisis data inflasi AS yang datang sehari sebelumnya. Bagaimanapun, ekonomi Britain menguncup sebanyak 0.6% q/q pada suku ketiga tahun itu, sedikit meningkat daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.5%. Gabenor Bank of England, Andrew Bailey, berkata bahawa Q3 akan menjadi suku pertama berturut-turut dengan KDNK negatif. Oleh demikian, semakin banyak ekonomi menguncup, semakin kurang peluang pound untuk meneruskan aliran menaik. Walau bagaimanapun, berdasarkan keadaan pasaran, keputusan KDNK nampaknya kurang menarik.

Sebaliknya, pasaran memberi tumpuan kepada kadar faedah. Di sini adalah penting untuk memahami bagaimana ia mentafsirkan keadaan. Pedagang tidak menghiraukan tujuh daripada kenaikan kadar BoE. Walau bagaimanapun, dengan kemungkinan perubahan dalam pendirian Rizab Persekutuan, semuanya mungkin berbeza. Pasaran sering didorong oleh jangkaan. Dan kini Rizab Persekutuan dijangka mengurangkan kadar pengetatan, manakala Bank of England tidak. senario ini memberikan maksud bahawa pound mungkin mengabaikan kenaikan kadar Fed mulai sekarang, sama sepertimana mata wang itu pernah mengabaikan BoE.

Pada pandangan kami, kedua-dua pound dan euro mungkin mula mengalami kejatuhan sekiranya keadaan geopolitik semakin merosot.

This image is no longer relevant

Pada 14 November, volatiliti purata 5 hari pasangan GBP/USD berjumlah 248 pip dan dinilai sebagai sangat tinggi. Pada hari Isnin, pasangan mata wang itu dijangka bergerak dalam saluran yang dihadkan oleh tahap 1.1584 dan 1.2078. Pembalikan ke bawah Heiken Ashi akan menandakan permulaan pembetulan.

Tahap sokongan terdekat:

S1 – 1.1719

S2 – 1.1597

S3 – 1.1475

Tahap rintangan terdekat:

R1 – 1.1841

R2 – 1.1963

Tinjauan:

Pasangan mata wang GBP/USD secara terus bergerak menaik dalam carta masa H4. Jadi, kedudukan panjang (beli) boleh dikekalkan dengan sasaran pada 1.1963 dan 1.2078 sehingga Heiken Ashi berbalik kepada bahagian bawah. Kedudukan pendek (jual) boleh dipertimbangkan selepas pengukuhan di bawah purata pergerakan (MA) dengan sasaran pada 1.1475 dan 1.1353.

Indikator pada carta:

Saluran Regresi Linear membantu mengenal pasti aliran (trend) semasa. Jika kedua-dua saluran bergerak ke arah yang sama, aliran adalah kukuh.

Purata Pergerakan (MA) (20 hari, smoothed) mentakrifkan arah aliran jangka pendek dan semasa.

Tahap Murray ialah tahap sasaran untuk arah aliran dan pembetulan.

Tahap volatiliti (garisan merah) mencerminkan saluran harga yang mungkin pasangan itu mungkin didagangkan dalam sehari berdasarkan indikator volatiliti semasa.

Indikator CCI. Apabila indikator berada di zon terlebih jual (di bawah 250) atau di kawasan terlebih beli (di atas 250), ini bermakna pembalikan arah aliran mungkin berlaku tidak lama lagi.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $5000 lebih lagi!
    Dalam November kami membuat cabutan bertuah $5000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget