empty
 
 
17.01.2022 08:26 AM
EUR/USD: Pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 17 Januari. Laporan COT. Euro kembali diniagakan ke bahagian bawah angka ke-14. Aliran menurun mensasarkan penembusan harga pada tahap ini
Untuk membuka pesanan membeli pasangan mata wang EUR/USD, anda perlu:


Pada Jumaat lalu, beberapa isyarat telah dibentuk untuk memasuki pasaran. Mari kita lihat carta 5 minit dan membincangkan apa sebenarnya yang telah berlaku. Dalam ramalan saya di sebelah pagi, saya telah menumpukan perhatian kepada tahap 1.1453 dan menasihati anda untuk membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Selepas pasangan mata wang ini bergerak lebih rendah di tengah-tengah kekurangan statistik penting mengenai zon Eropah dan situasi mata wang Eropah yang terlebih belian (overbought), penurunan harga berjaya menetap di bawah julat ini, dan ujian harga pada kawasan ini dari bawah ke atas, yang berlaku pada sebelah petang, telah membentuk beberapa kebaikan isyarat untuk kemasukan pesanan menjual euro, yang menyebabkan pasangan mata wang ini jatuh lebih daripada 25 mata ke tahap sokongan seterusnya pada 1.1426. Di sana, aliran menaik telah mempertahankan tahap pada ujian pertama, membentuk isyarat pesanan membeli daripadanya, tetapi ini hanya membawa kepada pembetulan harga tidak lebih daripada 10 mata.

This image is no longer relevant

Gambaran teknikal telah mengalami beberapa perubahan, yang sangat penting untuk membentuk aliran menaik selanjutnya untuk pasangan mata wang EUR/USD ini. Setakat ini, kenaikan harga tidak perlu dibimbangkan, tetapi saya menasihatkan anda untuk memberikan perhatian kepada sokongan paling hampir di kawasan 1.1401. Eurogroup dijadualkan akan mengadakan mesyuarat hari ini, dan tidak ada laporan fundamental lain kecuali indeks harga pengguna di Itali. Volatiliti mungkin sangat rendah terhadap latar belakang ini, terutamanya bersempena sambutan Hari Martin Luther King di Amerika Syarikat. Tugas utama kenaikan harga adalah untuk melindungi tahap sokongan 1.1401, yang dibentuk berdasarkan kepada hasil dagangan pada Jumaat lepas. Pembentukan penembusan harga palsu di sana dan data yang baik pada indeks harga pengguna Itali boleh menolak euro untuk meningkat ke kawasan rintangan 1.1440, di mana Moving Averages (MA) sedang memihak kepada penurunan harga, yang akan mengehadkan potensi kenaikan harga pada pasangan mata wang ini. Penembusan pasangan mata wang EUR/USD pada julat ini masih merupakan tugas yang penting, dan ujian terbalik dari atas ke bawah akan membuka kemungkinan lonjakan baru ke tahap: 1.1481 dan 1.1514, di mana saya mengesyorkan anda untuk mengambil keuntungan. Tahap 1.1562 adalah sasaran yang selanjutnya. Dengan penurunan selanjutnya semasa sesi Eropah dan ketiadaan aktiviti kenaikkan pada tahap 1.1401, adalah lebih baik untuk menangguhkan kemasukan pesanan membeli ke tahap sokongan yang lebih besar pada 1.1363. Walau bagaimanapun, saya menasihatkan anda untuk membuka pesanan membeli di sana apabila harga dilihat sedang membentuk penembusan palsu. Anda boleh membeli pasangan mata wang EUR/USD serta-merta untuk lantunan semula harga dari tahap 1.1324 dengan mengandaikan pembetulan menaik sebanyak 20-25 mata dalam sehari.

Untuk membuka pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD, anda perlu:

Aliran menurun telah membentuk pembetulan ke arah bawah yang baik dengan mengabaikan data penjualan runcit di Amerika Syarikat yang lemah. Penembusan harga pada tahap 1.1401 adalah perlu untuk membolehkan pasangan mata wang ini melanjutkan penurunan harga, tetapi sebelum itu, anda perlu berfikir dengan teliti tentang bagaimana untuk melindungi tahap rintangan 1.1440. Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD berkembang semasa sesi dagangan Eropah hari ini, hanya pembentukan penembusan harga palsu pada tahap 1.1440 berkemungkinan akan menawarkan titik kemasukan pertama untuk pesanan menjual dengan harapan dapat mengembalikan tekanan dan penurunan pada pasangan mata wang EURUSD ke kawasan sokongan Jumaat 1.1401. Terdapat Moving Averages (MA) sekitar tahap 1.1440, yang juga akan membantu penurunan harga untuk melindungi tahap ini. Penembusan dan ujian harga dari bawah ke atas pada tahap 1.1401 akan menawarkan satu lagi isyarat untuk pedagang membuka pesanan menjual dengan prospek kejatuhan harga ke tahap rendah yang besar seperti 1.1363, di mana kenaikan harga akan menjadi lebih aktif, kerana terdapat peluang terakhir untuk mengekalkan arah aliran menaik dalam euro. Penembusan harga pada julat ini akan menukar arah pasaran kepada penurunan dan memusnahkan beberapa pesanan Bull Stop, yang akan menyebabkan pasangan mata wang EUR/USD jatuh ke tahap rendah: 1.1324 dan 1.1294, di mana saya mengesyorkan anda untuk mengambil keuntungan. Sekiranya euro berkembang dan penurunan harga aktif pada tahap 1.1440, maka adalah lebih baik untuk tidak tergesa-gesa membuka pesanan menjual. Senario optimum adalah membuka pesanan menjual apabila terdapat pembentukan penembusan harga palsu di kawasan tinggi minggu lepas - 1.1481. Anda boleh menjual pasangan mata wang EUR/USD serta-merta pada lantunan semula harga daripada tahap 1.1514, atau lebih tinggi lagi - sekitar 1.1562, dengan mengandaikan pembetulan menurun sebanyak 15-20 mata.

This image is no longer relevant

Saya mencadangkan untuk semakan semula:

Laporan Komitmen Pedagang (COT) dari 4 Januari telah mendedahkan peningkatan mendadak dalam pesanan membeli dan penurunan dalam pesanan menjual yang memberi kesan kepada nilai delta negatif. Ia menunjukkan bahawa pasaran sedang mengubah sentimennya dan permintaan untuk EUR telah pulih walaupun Fed bersikap "hawkish" dan peralihannya ke arah pengetatan monetari yang agresif. Kemuncak minggu ini ialah laporan inflasi dari AS. CPI AS dijangka melonjak melebihi 7% pada bulan Disember. Pelabur akan menyemak semula portfolio mereka berdasarkan kepada laporan inflasi. Bukti baharu inflasi yang melambung tinggi akan mendorong bank pusat AS menaikkan kadar faedah lebih awal berbanding jadual. Perkara lain ialah pasaran buruh AS terus mencatatkan pemulihan. Dalam konteks ini, kita boleh mengira bahawa pengawal selia AS mungkin meningkatkan kadar faedah sekurang-kurangnya sebanyak 4 kali pada tahun ini. ECB akan menarik balik program pembelian bon kecemasan sepenuhnya pada Mac 2022. Walau bagaimanapun, pengawal selia tidak merancang langkah lain ke arah pengetatan dasar monetarinya. Pendirian "dovish" ini menghalang potensi peningkatan aset berisiko. Menurut laporan COT yang lalu, pesanan membeli bukan komersil meningkat kepada 199,073 daripada 196,595 untuk minggu itu. Pada masa yang sama, pesanan menjual bukan komersial turun daripada 206,757 kepada 200,627. Ia membuktikan bahawa pedagang bersedia untuk menambah pesanan membeli pada pasangan mata wang EUR/USD dengan mengambil kira pembetulan menaik selanjutnya bagi pasangan. Secara keseluruhannya, keseluruhan pesanan bersih bukan komersial merosot daripada -10,162 kepada -1,554. Dagangan bagi pasangan mata wang EUR/USD ditutup minggu lepas sedikit lebih tinggi pada tahap 1.1302 berbanding 1.1277 seminggu yang lalu.Isyarat indikator:

Pasangan mata wang EUR/USD kini diniagakan di bawah Moving Average (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan pembetulan penurunan harga pada pasangan mata wang ini dilanjutkan.

Moving averages

Nota: Tempoh dan harga pada Moving Average dipertimbangkan oleh pengarang pada carta masa 1 Jam (H1) dan berbeza dengan definisi umum bagi classic daily moving averages pada carta Harian (D1).

Bollinger Bands

Penembusan harga pada sempadan atas indikator di kawasan 1.1455 akan membawa kepada gelombang pertumbuhan baharu. Penembusan harga sempadan bawah indikator di kawasan 1.1400 akan meningkatkan tekanan ke atas pasangan mata wang EUR/USD ini.

Huraian Indikator:

  • Moving average (moving average, menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan warna kuning.
  • Moving average (Moving averge menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise).Tempoh 30.Grafik ditandakan dengan warna hijau
  • Indikator MACD (Moving average Penumpuan/Penolakan - Moving average Penumpuan/Penolakan).Tempoh Cepat EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
  • Pedagang bukan keuntungan adalah spekulator, seperti peniaga individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu
  • Pesanan membeli bukan keuntungan mewakili pesanan membeli terbuka pedagang bukan keuntungan
  • Pesanan menjual bukan keuntungan mewakili pesanan menjual terbuka pedagang bukan keuntungan
  • Keseluruhan pesanan bersih bukan komersial adalah perbezaan antara pesanan menjual dan membeli pedagang bukan komersial.
Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $6000 lebih lagi!
    Dalam Diseember kami membuat cabutan bertuah $6000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget