empty
 
 
14.12.2021 12:23 PM
Tip untuk pedagang baru (analisis dagangan semalam). Pasangan mata wang GBP/USD pada 14 Disember, 2021

Analisis pesanan dan tip dagangan untuk pound sterling

Pound sterling dilihat telah menguji tahap 1.3230 pada separuh pertama hari apabila indikator MACD berada jauh dari garis sifar. Ia mengehadkan pergerakan penurunan pasangan mata wang ini. Akibatnya, saya memutuskan untuk melepaskan isyarat menjual. Tidak lama kemudian, pasangan mata wang ini membuat percubaan kedua untuk menembusi tahap ini. Pada ketika itu, indikator MACD berada di kawasan terlebih jualan (oversold), yang membawa kepada pelaksanaan senario No. 2 untuk pembelian pound sterling. Pasangan mata wang GBP/USD berjaya menambah 30 pip. Apabila menguji tahap 1.3261, indikator MACD naik jauh dari paras sifar, yang mengehadkan pergerakan menaik pasangan mata wang ini. Selepas beberapa lama, pasangan mata wang ini mencuba sekali lagi untuk menguji tahap 1.3261. Indikator MACD sudah berada di kawasan terlebih belian (overbought). Ia membawa kepada pelaksanaan senario No. 2 untuk penjualan pound sterling. Pasangan mata wang kehilangan kira-kira 30 pip.

This image is no longer relevant

Semalam, pound sterling merosot dengan ketara berikutan penerbitan ujian tekanan bank UK dan Laporan Kestabilan Kewangan BoE. Ucapan Andrew Bailey, gabenor BoE, juga tidak membantu kenaikannya. Kini, pound sterling berlegar pada tahap penting untuk pasaran menurun. Hari ini, kalendar ekonomi mengandungi statistik makroekonomi yang penting seperti laporan tuntutan pengangguran awal UK. Pelabur pasti akan mengambil perhatian terhadap data ini. Jika bacaan mencatatkan penurunan, maka pound sterling berkemungkinan besar akan meningkat. Selain itu, penganalisis menjangkakan penurunan dalam kadar pengangguran, yang juga menaik untuk pasangan mata wang GBP/USD. Laporan purata pendapatan UK ialah indikator utama. Ia mencerminkan bagaimana isi rumah akan menganggarkan perbelanjaan mereka pada masa hadapan. Separuh kedua hari itu sepatutnya lebih menarik kerana AS akan menerbitkan indeks harga pengeluar. Laporan inflasi terkini mungkin memaksa Fed untuk mengurangkan pembelian aset lebih cepat daripada yang dirancang. Jika ya, dolar AS pasti akan meningkat. Pedagang berkemungkinan besar akan membuka pesanan beli pada dolar AS berikutan penerbitan indeks keyakinan perniagaan kecil NFIB. Ia akan mengheret pound sterling ke tahap yang lebih rendah.

Untuk pesanan membeli:

Senario No. 1: seseorang boleh membuka pesanan membeli pound sterling hari ini apabila pasangan mata wang ini mencapai tahap 1.3227 (garis hijau pada carta) dengan tahap sasaran ditetapkan pada 1.3269 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Apabila harga menghampiri 1.3269, adalah disyorkan untuk mengunci keuntungan dan membuka pesanan menjual, dengan mengandaikan pergerakan menurun sebanyak 15-20 pip dari tahap awal). Pound sterling juga mungkin menegaskan kekuatan hari ini jika laporan awal tuntutan pengangguran ternyata positif. Selain daripada laporan ini, tiada pemacu untuk kenaikannya. Penting! Sebelum membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula naik daripadanya.

Senario No.2: ia juga adalah mungkin untuk membeli pound sterling hari ini jika harga mencapai tahap 1.3199. Pada masa ini, indikator MACD sepatutnya berada dalam kawasan terlebih jualan (oversold). Ia akan mengehadkan pergerakan menurun pasangan mata wang ini cenderung untuk meningkat ke tahao 1.3227 dan 1.3269.

Untuk pesanan menjual

Senario No.1: seseorang boleh mempertimbangkan untuk membuka pesanan menjual hari ini hanya jika pound sterling berjaya menembusi tahap 1.3199 (garis merah pada carta). Ia boleh mencetuskan penurunan mendadak pada pasangan mata wang. Saya mengesyorkan untuk mengunci keuntungan apabila sebut harga mencapai tahap sasaran 1.3160. Buka pesanan membeli, dengan mengandaikan pergerakan menaik 15-20 pip dari tahap ini. Jika data pekerjaan UK lemah, pound mungkin menghadapi tekanan penurunan harga yang kuat. Selain itu, prospek pengetatan dasar monetari di AS agak tinggi, manakala pendirian Bank of England terhadap dasar monetari masih kabur. Penting! Sebelum membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya.

Senario No.2: ia juga adalah mungkin untuk menjual pound sterling hari ini jika harga mencapai 1.3227. Pada masa ini, indikator MACD sepatutnya berada dalam kawasan terlebih belian (overbought). Ia akan mengehadkan pergerakan menaik pasangan mata wang GBP/USD dan mendorong kepada pembalikan menurun. Oleh yang demikian, pasangan mata wang ini cenderung untuk jatuh ke tahap 1.3199 dan 1.3160.

This image is no longer relevant

Huraian carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $6000 lebih lagi!
    Dalam Diseember kami membuat cabutan bertuah $6000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget