empty
 
 
09.12.2021 09:21 AM
GBP/USD: Pelan dagangan sesi Eropah pada 9 Disember. Laporan COT. Kenaikan harga telah mempertahankan sokongan penting pada tahap 1.3192, namun keadaan tidak menjadi lebih baik

Untuk membuka pesanan pembelian pasangan mata wang GBP/USD, anda memerlukan:

Semalam, kenaikkan pound berjaya melindungi sokongan utama pada tahap 1.3192, tetapi keadaan bagi pasangan mata wang GBP/USD ini tidak bertambah baik dalam apa-apa cara - hanya satu langkah memisahkan mereka daripada kejatuhan utama yang baru. Mari kita lihat carta 5 minit dan lihat apa yang berlaku semalam. Penembusan dan penyatuan harga di bawah tahap 1.3245, yang jelas kelihatan pada carta, dan kemudian kemaskini kawasan ini dari bawah ke atas - semua ini membawa kepada isyarat yang baik untuk menjual pound. Akibatnya, pergerakan menurun pertama adalah sekitar 45 mata. Malah tahap 1.3210, yang diharapkan oleh kenaikan harga, tidak membantu. Pound berada di bawah tekanan semasa sesi dagangan AS, dan penembusan sokongan pada tahap 1.3197 telah membawa kepada satu lagi penjualan besar pound. Malangnya, saya tidak menunggu ujian terbalik tahap ini dari bawah ke atas, oleh yang demikian, saya terpaksa melepaskan titik kemasukan pesanan.

This image is no longer relevant

Hari ini tiada laporan penting mengenai UK dan kemungkinan besar pound akan terus didagangkan dalam saluran mendatar yang sempit dengan prospek penurunan selanjutnya mengikut arah aliran - kemas kini harian pada tahap rendah tempatan memaksa kami untuk mematuhi senario sedemikian. Kenaikan harga perlu berusaha keras untuk mengekalkan inisiatif, dan ini akan dilakukan hanya sekiranya berlaku penembusan harga palsu di kawasan sempadan bawah saluran mendatar pada ahap 1.3192. Dalam kes ini, pound akan meningkat dan purata 1.3237 akan diuji, di mana Moving Average (MA) berada, memihak kepada trend penurunan, juga ditembusi. Penembusan harga pada tahap ini akan menjadi dorongan kenaikkan yang sangat kuat, oleh yang demikian, ujian atas bawah 1.3237 akan menyediakan titik kemasukan tambahan untuk membeli pasangan mata wang GBP/USD dengan prospek penembusan 1.3283 lebih dekat di sebelah petang. Penemusan harga pada julat ini juga akan membuka kemungkinan memperbaharui tahap tinggi 1.3329, di mana saya mengesyorkan anda untuk mengambil keuntungan. Sasaran seterusnya ialah rintangan pada tahap 1.3368, tetapi agak sukar untuk mencapainya tanpa berita baik. Kenaikan akan menghadapi masalah yang sangat serius sekiranya pound jatuh semasa sesi Eropah dan pedagang tidak aktif pada tahap 1.3192. Atas sebab ini, saya menasihati anda untuk mengambil masa anda dengan pesanan membeli. Hanya pembentukan penembusan harga palsu berhampiran tahap rendah seterusnya 1.3150 cenderung untuk menyediakan titik kemasukan pesanan membeli. Terdapat kemungkinan untuk membuka pesanana membeli pasangan mata wang GBP/USD serta-merta pada lantunan harga dalam kawasan 1.3111, atau lebih rendah lagi - daripada 1.3070, dengan mengandaikan pembetulan sebanyak 20-25 mata dalam sehari.

Untuk membuka pesanan penjualan pasangan mata wang GBP/USD, anda memerlukan:

Hakikat bahawa penurunan harga tidak membiarkan pasangan mata wang ini meningkat di atas tahap rintangan 1.3283 menunjukkan bahawa momentum penurunan harga berpotensi untuk dilanjutkan. Penembusan dan penyatuan semalam di bawah 1.3237 meninggalkan semua peluang untuk kesinambungan pasaran menurun. Apa yang diperlukan sekarang adalah untuk melindungi tahap ini. Membentuk penembusan harga palsu di sana akan membawa kepada penghasilan titik kemasukan pesanan baharu untuk menjual, diikuti dengan penurunan harga ke kawasan 1.3192. Tahap ini telah melepasi semalam, namun aliran menaik dengan cepat mengembalikannya. Memandangkan tiada laporan UK penting yang dijadualkan pada hari ini, penembusan harga pada tahap 1.3192 akan mewujudkan masalah baharu untuk kenaikan harga dan mengekalkan pasangan mata wang ini dalam aliran menurun. Ujian terbalik julat ini dari bawah ke atas akan menawarkan titik kemasukan yang sangat baik, yang akan menolak pasangan mata wang GBP/USD ke tahap rendah baharu: 1.3150 dan 1.3111, di mana saya mengesyorkan anda untuk mengambil keuntungan. Sasaran seterusnya ialah sokongan pada tahap 1.3070, tetapi kami akan gagal mencapainya jika Bank of England (BoE) mengekalkan dasar monetari yang sangat lembut. Sekiranya pasangan mata wang ini berkembang semasa sesi Eropah dan penurunan harga tidak aktif pada tahap 1.3237, maka adalah lebih baik untuk menangguhkan kemasukan pesanan menjualan sehingga rintangan yang lebih besar pada tahap 1.3283 dicapai. Saya juga mengesyorkan kepada pedagang untuk membuka pesanan menjual di sana hanya sekiranya berlaku penembusan harga palsu. Menjual pasangan mata wang GBP/USD serta-merta pada lantunan mungkin hanya dari rintangan yang besar pada tahao 1.3329, atau lebih tinggi lagi - dari tahap tinggi baharu 1.3368, dengan mengandaikan lantunan semula menurun pasangan mata wang ini sebanyak 20-25 mata dalam sehari.

This image is no longer relevant

Saya mencadangkan untuk semakan:

Laporan Komitmen Pedagang (COT) untuk 30 November mendedahkan bahawa kedua-dua pesanan menjual dan pesanan membeli meningkat. Walau bagaimanapun, terdapat lebih banyak daripada yang terakhir, yang membawa kepada peningkatan dalam delta negatif. Minggu lepas terdapat sedikit statistik fundamental mengenai ekonomi UK, dan semua ucapan Gabenor Bank of England Andrew Bailey adalah bersfiat "dovish", yang tidak memberi keyakinan kepada pedagang terhadap masa depan pound British. Dan jika wakil BoE lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat, maka ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell, sebaliknya, adalah berwatak "hawkish". Dalam ulasannya, beliau banyak bercakap mengenai jangkaan perubahan dalam dasar monetari ke arah pengetatan. Sebabnya adalah inflasi yang agak tinggi, yang telah berkembang daripada "sementara" kepada kekal, yang menimbulkan banyak masalah kepada bank pusat. Masalah yang sama serius untuk UK ialah strain coronavirus Omicron yang baharu, yang boleh menyebabkan satu lagi penutupan dan kuarantin negara itu. Setakat ini, pihak berkuasa perlu memantau dengan teliti perkembangan keadaan dengan varian baharu, yang memberi kesan negatif kepada ekonomi pada akhir tahun ini. Biar saya ingatkan anda bahawa Fed dijadualkan akan mengadakan mesyuarat minggu depan, di mana keputusan mengenai program pembelian bon akan dibuat, jadi permintaan untuk dolar AS dijangka kekal dalam jangka pendek. Laporan COT menunjukkan bahawa pesanan mmebeli bukan komersial meningkat daripada 50,122 kepada 52,099, manakala pesanan menjual bukan komersial meningkat daripada 84,701 kepada 90,998. Ini membawa kepada peningkatan dalam pesanan bersih bukan komersial negatif: delta ialah -38,899 berbanding -34,579 seminggu sebelumnya. Harga penutupan mingguan turun daripada 1.3397 kepada 1.3314.

Isyarat Indikator:

Pasangan mata wang GBP/USD ini diniagakan di atas kawasan Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan kesinambungan pasaran menurun.

Moving averages

Nota: Tempoh dan harga MA dipertimbangkan oleh penulis pada carta 1 Jam, H1 dan ia berbeza dengan definisi umum 'Classic Daily Moving Averages' pada carta Harian, D1.

Bollinger Bands

Penembusan harga pada sempadan atas purata indikator pada tahap 1.3237 akan mendorong kepada pertumbuhan gelombang baru bagi pound. Penembusan harga pada sempadan bawah indikator di kawasan 1.33190 akan meningkatkan tekanan ke atas pasangan mata wang GBP/USD.

Huraian Indikator:

  • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Ia ditandakan dengan warna kuning pada carta.
  • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Ia ditandakan dengan warna hijau pada carta.
  • Indikator MACD (Moving Average Penumpuan/Perbezaan - Moving Average Penumpuan/Perbezaan) Tempoh Pantas EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
  • Pedagang bukan komersial adalah spekulator, seperti pedagang individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu.
  • Pesanan membeli (Long) bukan komersial mewakili jumlah pesanan membeli yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.
  • Pesanan menjual (Shot) bukan komersial mewakili jumlah pesanan menjual yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.
  • Keseluruhan pesanan bersih bukan komersial adalah perbezaan di antara pesanan menjual dan pesanan membeli di kalangan pedagang bukan komersial.
Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $6000 lebih lagi!
    Dalam Diseember kami membuat cabutan bertuah $6000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget