empty
 
 
30.11.2021 10:54 AM
Analisis dan cadangan dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 30 November, 2021

Analisis urus niaga pasangan mata wang EUR/USD

Terdapat beberapa titik kemasukan pasaran yang baik pada Isnin. Ujian pertama pada tahap harga 1.1271 berlaku pada permulaan sesi dagangan Eropah. Sewaktu mengemas kini tahap ini, indikator MACD baru sahaja memulakan pergerakan menurun dari paras sifar, yang mengesahkan titik kemasukan yang baik ke dalam pasaran.

Walau bagaimanapun, kejatuhan besar tidak berlaku, dan selepas turun sebanyak 10 pip, tekanan ke atas euro berkurangan. Kemudian, selepas menguji semula tahap harga 1.1271, isyarat untuk kemasukan pesanan membeli telah dijana. Apabila tahap ini dikemas kini, indikator MACD telah berada dalam zon terlebih jualan (oversold) untuk masa yang agak lama, yang memungkinkan ia untuk meningkat sebanyak kira-kira 20 pip.

This image is no longer relevant

Angka Isnin pada indikator keyakinan pengguna zon eropah mencatatkan bacaan yang bertepatan dengan ramalan ahli ekonomi, sekalifus tidak menjejaskan mata wang Eropah dalam apa jua cara. Tetapi data pada indeks harga pengguna Jerman menyokong euro, kerana pengurangan tekanan inflasi ternyata kurang besar daripada jangkaan pakar.

Hari ini, kami sedang menunggu sejumlah besar laporan statistik: perhatikan laporan tentang perubahan dalam jumlah perbelanjaan pengguna dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Itali, serta KDNK Perancis dan indeks harga pengguna. Hanya perubahan positif yang sangat serius dalam laporan ini cenderung untuk mengukuhkan mata wang euro.

Apa yang lebih menarik ialah laporan mengenai kadar pengangguran Jerman, serta data mengenai indeks harga pengguna zon eropah. Peningkatan inflasi di zon eropah akan membawa kepada beberapa semakan kedudukannya pada langkah-langkah rangsangan oleh Bank Pusat Eropah - isyarat kenaikan harga untuk mata wang Eropah.

Sementara itu, indikator keyakinan pengguna AS dijangka menurun. Jika data mengecewakan pedagang, tekanan terhadap dolar AS akan menjadi lebih kuat. Ia juga akan menjadi sesuatu yang menarik untuk mendengar apa yang Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell dan Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen bakal katakan. Fed dijangka menggunakan dasar mengetatkan dan mula menyekat program pembelian bon dengan lebih agresif - isyarat kenaikan harga untuk dolar AS.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan beli euro ketika harga mencapai tahap 1.1333 (garis hijau pada carta) dengan mensasarkan pertumbuhan harga ke tahap 1.1374. Saya mengesyorkan pedagang untuk keluar dari pasaran pada tahap 1.1374 dengan keuntungan dan menjual euro serta-merta ke arah yang bertentangan (dengan menjangkakan pergerakan sebanyak 10-15 pip dalam arah yang bertentangan dari tahap). Anda boleh mengharapkan pertumbuhan selepas laporan statistik yang kukuh dilaporkan di Jerman, Perancis dan Itali, serta zon eropah, di mana inflasi mungkin menjadi lebih tinggi daripada ramalan.

Sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula menaik daripadanya.

Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli sekiranya pasangan mata wang ini mencapai tahap 1.1290, tetapi garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikan ke tahap 1.1333 dan 1.1374.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan jual euro setelah harga mencapai tahap 1.1290 (garis merah pada carta). Sasarannya terletak pada tahap 1.1240, di mana saya mengesyorkan pedagang untuk meninggalkan pasaran dan membeli euro serta-merta dalam arah yang bertentangan (menjangkakan pergerakan sebanyak 10-15 pip dalam arah yang bertentangan dari tahap). Tekanan ke atas euro akan kembali sekiranya prestasi ekonomi melemah di zon Eropah, dan jika tekanan inflasi tahunan yang lebih rendah.

Sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya.

Euro juga boleh dijual jika harga mencapai tahap 1.1333, tetapi garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikan ke tahap 1.1290 dan 1.1240.

This image is no longer relevant

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan membeli pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $6000 lebih lagi!
    Dalam Diseember kami membuat cabutan bertuah $6000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget