Untuk membuka pesanan pembelian pasangan mata wang GBP/USD, anda memerlukan:
Semalam, pertumbuhan pound memperlahan pada tahap rintangan 1.3622 dan kenaikan harga gagal untuk memberikan tawaran pembetulan menaik ke pasaran. Dari apa yang kita lihat pada carta sekarang, aliran menurun jelas mensasarkan untuk menyerang semula. Mari kita lihat pada carta 5 minit dan menganalisis dagangan yang terbentuk semalam. Membentuk penembusan harga palsu dan kegagalan pasangan mata wang GBP/USD untuk mengukuh di atas pada tahap 1.3572 pada separuh pertama hari ini telah mengakibatkan pembetukan isyarat untuk kemasukan pesanan menjual pound, namun, setelah pergerakan penurunan harga sekitar 10 mata, tekanan dengan cepat berkurangan. Penurunan dan penembusan harga pada tahap 1.3573 menunjukkan kesinambungan pasaran menaik. Setelah beberapa waktu, adalah mungkin untuk melihat ujian terbalik dari atas ke bawah pada tahap 1.3573, yang menghasilkan pembentukan isyarat untuk membuka pesanan membeli sebagai lanjutan dari pembetulan menaik. Akibatnya, pertumbuhan berjumlah lebih dari 50 mata dan memperlahan di sekitar tahap 1.3622. Pada sebelah petang, setelah percubaan yang tidak berjaya untuk terus meningkat di atas julat ini, tekanan pada pound kembali, dan penembusan harga palsu pada 1.3622 telah menghasilkan titik kemasukan yang baik untuk membuka pesanan menjual.
Sebelum kita meneliti gambaran teknikal pound, mari kita lihat apa yang telah berlaku di pasaran hadapan. Laporan Komitmen Pedagang (COT) untuk 28 September menyaksikan kenaikan mendadak dalam pesanan menjual dan peningkatan bagi mereka yang bertaruh pada pertumbuhan pound yang berjaya. Pound Britain telah jatuh hampir sepanjang minggu ekoran krisis bahan bakar yang meningkat. Masalah rantaian bekalan telah menyebabkan gangguan dalam bekalan bahan bakar ke stesen minyak, dan kekurangan pemandu yang teruk telah mendorong Perdana Menteri Britain, Boris Johnson untuk melibatkan tentera. Reaksi yang sama dari pembeli aset berisiko segera diikuti dan pound melemah berbanding dolar AS. Data yang kuat mengenai pertumbuhan ekonomi UK pada suku kedua tahun ini, yang disemak semula menaik, tidak banyak membantu pound, namun, mungkin disebabkan olehnya, tekanan pada pasangan mata wang ini sedikit menurun, dan pedagang mengingat kembali kepada pernyataan Bank of England mengenai dasar monetari mengenai hakikat bahawa keputusan untuk mengubahnya dapat dibuat seawal November tahun ini. Satu-satunya masalah yang menghalangi kenaikan harga saham adalah Rizab Persekutuan AS, yang, walaupun tidak akan menaikkan kadar faedah, juga merancang untuk melaksanakan pengetatan dasar monetari. Saya telah berulang kali menasihati untuk membeli pound sekiranya terdapat pembetulan yang ketara. Pembetulan ketara telah berlaku pada minggu lalu. Setelah penurunan mendadak, para pedagang memanfaatkan masa tersebut dan membelinya kembali dengan harga yang menarik. Laporan COT menunjukkan bahawa pesanan membeli bukan komersial meningkat dari 51,910 kepada 57,923, sementara pesanan menjual bukan komersial melonjak dari 52,128 kepada 55,959, yang membawa kepada peningkatan kelebihan keuntungan sebahagian daripada penurunan. Akibatnya, pesanan bersih bukan komersial memperoleh semula nilai positifnya dan meningkat dari -218 hingga 1964. Harga penutupan bagi pasangan mata wang GBP/USD meningkat kepada 1.3700 berbanding 1.3662 pada akhir minggu.
Hari ini kita sedang menunggu laporan yang cukup menarik mengenai aktiviti di sektor perkhidmatan, serta PMI Komposit UK, yang merangkumi sektor pembuatan. Hanya perubahan positif dalam indikator ini pada September tahun ini yang akan cenderung untuk mendorong kesinambungan pertumbuhan pound. Jika tidak, kita akan melihat pengukuhan pembetulan menurun dan kemaskini tahap sokongan utama, yang akan sangat berguna selepas pertumbuhan baru-baru ini. Rintangan yang terletak pada tahap 1.3622 menghalang pound dari pembetulan kenaikan menaik, yang mana ia tidak mungkin ditembusi pada semalam. Hanya penembusan dan pembalikan harga pada tahap ini dari atas ke bawah akan membentuk isyarat baru untuk kemasukan pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, yang akan mendorong pasangan mata wang GBP/USD untuk diniagakan lebih tinggi - ke tahap 1.33674. Ujian harga pada tahapini akan menjadi bukti kesinambungan tren menaik yang telah dibentuk pada Khamis lalu setelah penurunan ketara pada pasangan mata wang GBP/USD diperhatikan sepanjang minggu. Penembusan harga pada tahap ini juga akan membuka jalan untuk harga bergerak langsung ke tahap rintangan utama pada 1.3715, di mana saya mengesyorkan anda untuk mengambil keuntungan. Sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini diniagakan di bawah tekanan pada separuh pertama hari ini, dan data mengenai aktiviti di sektor perkhidmatan mengecewakan pedagang secara serius, saya menasihatkan anda untuk tidak tergesa-gesa membuka pesanan membeli. Tugas penting aliran menaik adalah untuk melindungi tahap sokongan 1.3575, di mana Moving Average (MA), memihak kepada kenaikan harga, dilepasi. Hanya penembusan harga palsu pada taha tersebut akan menghasilkan titik kemasukan pesanan membeli yang baik. Jika tidak, ujian harga pada tahap sokongan seterusnya, 1.3533 akan menjadi senario pembelian yang optimum, tetapi walaupun di sana adalah yang terbaik untuk menunggu penembusan harga palsu. penembusan palsu. Saya menasihati anda untuk memerhatikan peluang kemasukan pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD dengan segera untuk melantun hanya dari tahap rendah 1.3490, dengan mengandaikan pembetulan menaik sebanyak 25-30 mata dalam sehari.
Untuk membuka pesanan penjualan pasangan mata wang GBP/USD, anda memerlukan:
Aliran menurun tidak lagi menguasai pasaran, tetapi masih ada harapan untuk ia kembali mendominasi kerana krisis politik di Amerika. Tugas utama aliran menurun adalah mengawal tahap sokongan baru pada 1.3575, yang bertepatan dengan sempadan bawah saluran pembetulan menaik yang telah dibentuk pada 30 September. Penembusan harga pada kawasan ini dan ujian terbalik dari bawah ke atas akan menghasilkan isyarat kemasukan untuk membuka pesanan menjual dengan ramalan penurunan ke tahap 1.3533. Penembusan harga pada julat ini, yang mungkin berlaku pada sebelah petang semasa data indeks ISM mencatatkan bacaan yang baik, akan membentuk titik kemasukan lain untuk pesanan menjual dengan mensasarkan penembusan harga pada pesanan "Bull Stop" dan kejatuhan yang lebih besar ke tahap rendah 1.3490, di mana saya mengesyorkan kepada para pedgang untuk mengambil keuntungan. Sekiranya pound pulih pada separuh pertama hari ini, hanya penembusan harga palsu di kawasan rintangan 1.3622, beserta analogi dengan apa yang saya bincangkan di atas, ia akan menjadi isyarat untuk membuka pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD. Saya menasihati anda untuk membuka pesanan menjual pound dengan segera pada lantunan semula harga dari rintangan yang lebih tinggi pada 1.33674, atau lebih tinggi lagi - dari tahap tinggi 1.3715, dengan mengandaikan lantunan semula penurunan pasangan mata wang GBP/USD sebanyak 20-25 mata dalam sehari.
Isyarat Indikator:
Moving averages
Pasangan mata wang GBP/USD ini diniagakan di atas kawasan Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan sedikit kelebihan pada kenaikan pound dalam keadaan semasa.
Moving averages
Nota: Tempoh dan harga MA dipertimbangkan oleh penulis pada carta 1 Jam, H1 dan ia berbeza dengan definisi umum 'Classic Daily Moving Averages' pada carta Harian, D1.
Bollinger Bands
Penembusan harga pada sempadan lebih tinggi pada tahap 1.3622 akan mendorong kepada pertumbuhan gelombang baru bagi pound. Penembusan harga pada sempadan bawah indikator di kawasan 1.3585 akan meningkatkan tekanan ke atas pasangan mata wang GBP/USD.
Huraian Indikator:
- Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Ia ditandakan dengan warna kuning pada carta.
- Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Ia ditandakan dengan warna hijau pada carta.
- Indikator MACD (Moving Average Penumpuan/Perbezaan - Moving Average Penumpuan/Perbezaan) Tempoh Pantas EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
- Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
- Pedagang bukan komersial adalah spekulator, seperti pedagang individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu.
- Pesanan membeli (Long) bukan komersial mewakili jumlah pesanan membeli yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.
- Pesanan menjual (Shot) bukan komersial mewakili jumlah pesanan menjual yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.
- Keseluruhan pesanan bersih bukan komersial adalah perbezaan di antara pesanan menjual dan pesanan membeli di kalangan pedagang bukan komersial.