empty
 
 
22.07.2021 09:03 AM
Analisis dan cadangan dagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 22 Julai, 2021

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Beberapa isyarat pasaran muncul pada Rabu. Isyarat pertama, untuk kemasukan pesanan menjual, bertepatan dengan masa garis MACD turun dari sifar. Hasilnya, pasangan mata wang EUR/USD jatuh sekitar 15 pips. Kemudian, senario serupa berlaku di sebelah petang, tetapi kali ini hanya penurunan sebanyak 10 pips dicatatkan. Selepas itu, pasangan mata wang ini melonjak naik dengan mendadak, yang membawa kepada isyarat kemasukan pesanan membeli di pasaran. Ini berlaku ketika garis MACD melonjak naik dari sifar, oleh itu, pasangan mata wang EUR/USD naik sekitar 17 pips.

This image is no longer relevant

Cadangan dagangan untuk 22 Julai

Anggota Bank Pusat Eropah akan mengadakan pertemuan pada hari ini, di mana mereka akan memutuskan tindakan masa depan mengenai dasar kewangan. Sekiranya mereka mengekalkan dasar lembut semasa, maka pasangan mata wang EUR/USD akan menurun. Tetapi jika mereka mengumumkan kenaikan kadar masa hadapan dan penurunan pembelian bon, maka permintaan untuk mata wang euro akan melambung tinggi.

Pada sebelah petang, akan ada laporan mengenai tuntutan pengangguran AS, tetapi ia diramalkan tidak mungkin akan mempengaruhi pasaran. Terdapat juga data mengenai keyakinan pengguna EU, yang cenderung untuk mendorong kepada pertumbuhan pasangan mata wang EUR/USD.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan beli euro ketika harga mencecah tahap 1.1805 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit sekitar tahap 1.1849 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Permintaan akan meningkat sekiranya Bank Pusat Eropah mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan pembelian bon. Tetapi sebelum membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar dan mula menaik darinya.

Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.1786 dan 1.1744, tetapi garis indikator MACD harus berada di kawasan terlebih jualan (oversold) untuk mendorong kepada pembalikan pasaran ke tahap 1.1805.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan jual euro setelah harga mencecah tahap 1.1786 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit sekitar tahap 1.1744. Penurunan akan berlaku sekiranya ECB mengumumkan kenaikan kadar harga masa depan. Tetapi sebelum membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun darinya.

Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan menjual pada tahap 1.1805 dan 1.1849, tetapi garis MACD harus berada di kawasan terlebih belian (overbought) untuk mendorong kepada pembalikan pasaran ke tahap 1.1786.

This image is no longer relevant

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD

Beberapa isyarat pasaran muncul pada Rabu. Isyarat pertama, kemasukan pesanan membeli, bertepatan dengan masa garis MACD berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold). Hasilnya, pasangan mata wang GBP/USD meningkat sekitar 30 pips. Kemudian, senario serupa berlaku pada sebelah petang, tetapi kali ini adalah kemasukan pesanan menjual, yang bertepatan dengan indikator berada di kawasan terlebih belian (overbought). Ini menyebabkan penurunan sebanyak 20 pips pada pasangan mata wang GBP/USD. Tidak ada isyarat lain yang muncul selepas itu.

This image is no longer relevant

Cadangan dagangan untuk 22 Julai

Perhatikan pernyataan yang akan datang dari Bank of England, kerana itu pasti akan mempengaruhi pasaran. Sekiranya dasar kewangan diperketatkan, maka permintaan untuk pound akan meningkat. Jika tidak, penurunan lain akan berlaku pada pasangan mata wang GBP/USD.

Pada sebelah petang, dijadualkan akan terdapat laporan mengenai tuntutan pengangguran AS, yang cenderung untuk meningkatkan permintaan untuk dolar AS.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli pound setelah harga mencecah tahap 1.3730 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3794 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Pasangan mata wang GBP/USD akan mengukuh sekiranya Bank of England memperketatkan dasar kewangan. Tetapi sebelum membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula menaik darinya.

Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.3688 dan 1.3623, tetapi garis MACD harus berada di kawasan terlebih jualan (oversold) untuk memulakan pembalikan pasaran ke tahap 1.3730.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual pound setelah harga mencecah tahap 1.3688 (garis merah pada carta),dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3623. Penurunan harga akan berlaku sekiranya Bank of England memutuskan untuk mengekalkan dasar kewangan yang longgar, atau jika situasi COVID-19 bertambah buruk. Tetapi sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun darinya.

Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan menjual pada tahap 1.3730 dan 1.3794, tetapi garis MACD harus berada di kawasan terlebih belian (overbought) untuk memacu pembalikan pasaran ke tahap 1.3688.

This image is no longer relevant

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $6000 lebih lagi!
    Dalam Diseember kami membuat cabutan bertuah $6000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget