empty
 
 
05.07.2021 10:06 AM
Cadangan dagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 5 Julai 2021

Berikut adalah butiran kalendar ekonomi dari 2 Julai:

Pada Jumaat lalu, Jabatan Tenaga Kerja Amerika Syarikat (AS) telah menerbitkan sebuah laporan, yang dianggap sebagai salah satu peristiwa ekonomi terpenting dalam dunia kewangan. Data bulan Jun menunjukkan pertumbuhan pesat dalam pekerjaan baru sebanyak 850 ribu berbanding 583 ribu pada tempoh pelaporan sebelumnya.

Secara sederhana, perniagaan cuba mengikuti ekonomi Amerika Syarikat yang pulih dengan pantas. Namun, ada satu masalah dalam laporan tersebut, iaitu kadar pengangguran. Ia meningkat dari 5.8% kepada 5.9%, dengan ramalan mengunjurkan penurunan kepada 5.7%.

Perbezaan pada jangkaan pengangguran, meskipun sektor pekerjaan merekodkan pertumbuhan, ia tidak menguntungkan dolar AS.

Reaksi pasaran terhadap data statistik berlaku dengan segera. Nilai dolar AS menjunam berbanding hampir semua mata wang utama yang lain.

Analisis carta perdagangan dari 2 Julai:

Pasangan mata wang EUR/USD berjaya membuat sedikit penarikan semula setelah penurunan ketara hampir sepanjang minggu perdagangan terakhir, di mana koordinat harga 1.1800 berfungsi sebagai pemboleh ubah pangsi.

Kalendar ekonomi dengan data di pasaran buruh AS hanya menyokong penurunan harga.

Cadangan perdagangan pada 2 Julai menganggap tahap 1.1800 sebagai titik tolak yang berpotensi, oleh yang demikian, pesanan menjual utama ditangguhkan sehingga pasangan mata wang menembusi pada tahap 1.1800.

Pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah memasuki ke mod pembetulan, memulihkan kadar pound sekitar 0.7% pada hari Jumaat yang lalu. Seperti yang mungkin sudah diramalkan oleh beberapa pihak, harga dolar AS semakin menurun di tengah-tengah data statistik Amerika.

This image is no longer relevant

Cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 5 Julai 2021

Hari ini, EU dan UK dijadualkan akan mengeluarkan laporan mengenai aktiviti perniagaan untuk sektor perkhidmatan bulan Jun.

  • 8:00 Waktu universal - Aktiviti perniagaan EU dalam sektor perkhidmatan: Terdahulu 55.2 pip; Ramalan 58.0 mata.
  • 8:30 Waktu universal - Kegiatan perniagaan UK dalam sektor perkhidmatan: Terdahulu 62.9 pip; Ramalan 61.7 mata.

* Indeks aktiviti perniagaan untuk sektor perkhidmatan adalah indikator yang ditentukan berdasarkan tinjauan pengurus syarikat yang bekerja dalam sektor perkhidmatan untuk menilai situasi sektor saat ini, serta prospek yang berkemungkinan.

Indeks di atas paras 50 mata menunjukkan situasi positif, sementara indikator di bawah paras 50 mata menunjukkan kemerosotan keadaan dalam sektor perkhidmatan.

Di Amerika Syarikat (AS), hari ini adalah merupakan cuti umum bersempena Hari Kemerdekaan, yang disambut di negara ini pada 4 Julai.

Volume dagangan mungkin dikurangkan kerana ketiadaan salah satu pemain terbesar di pasaran, mengakibatkan volatiliti harga amplitud rendah di pasaran.

Melihat kepada carta dagangan pasangan mata wang EUR/USD, seseorang dapat melihat bahawa proses pembetulan masih berlaku di pasaran, tetapi terdapat ciri-ciri penurunan harga dalam jumlah pesanan membeli. Perlambatan bertepatan dengan kawasan asas pergerakan pembetulan sebelumnya pada 21 Jun - 1.1847.

Dalam keadaan ini, dapat dirumuskan bahawa amplitud sementara terbentuk pada sempadan 1.1840/1885, berusaha untuk menembusi sempadan tertentu.

Mari kita rumuskan cadangan menjadi isyarat perdagangan:

  • Pesanan membeli boleh dipertimbangkan sekiranya harga kekal diniagakan di atas tahap 1.1890 dengan prospek pergerakan harga ke tahap 1.1920.
  • Pesanan menjual boleh dipertimbangkan sekiranya harga kekal diniagakan di bawah tahap 1.1835 dengan prospek pergerakan harga sekitar tahap 1.1810-1.1800.

*Posisi membeli bermaksud pesanan membeli sebagaimana jangkaan kenaikan nilai aset.

Dalam kes ini, kami bercakap mengenai pengurangan posisi dalam euro.

This image is no longer relevant

Bagi carta perdagangan pasangan mata wang GBP/USD, ia menunjukkan bahawa terdapat arah aliran menaik menuju ke arah pembetulan, sementara perkembangan harga menurun masih relevan di pasaran. Sama ada koordinat 1.3865 atau 1.3900 mungkin muncul sebagai rintangan yang akan menghalangi pembetulan, berbanding penurunan yang cenderung untuk dilanjutkan.

*Tahap rintangan juga dikenali sebagai koordinat harga, dari mana harga boleh memperlahan atau menghentikan pergerakan menaik. Prinsip membina tahap ini adalah untuk mengurangkan titik berhenti harga pada sejarah carta, di mana pembalikan harga di pasaran telah berlaku lebih awal.

This image is no longer relevant



Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $5000 lebih lagi!
    Dalam November kami membuat cabutan bertuah $5000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget