empty
 
 
12.11.2020 04:05 AM
Ramalan terkini dan isyarat perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 12 November 2020. Laporan COT. Analisis tawaran dagangan hari Rabu. Cadangan hari Khamis

Pasangan mata wang EUR/USD pada carta 1H

This image is no longer relevant

Pasangan mata wang EUR/USD secara terus bergerak menurun pada carta masa (TF) setiap jam pada hari Rabu, bersamaan 11 November 2020. Oleh demikian, setelah gagal mengatasi kawasan rintangan 1.1886-1.1912, penurunan harga secara terus memberikan tekanan pada pasangan ini. Sehari sebelumnya, kami meramalkan bahawa jika garis Kijun-sen dilintasi, pasangan itu akan terus bergerak ke garis Senkou Span B. Dan ramalan itu berlaku. Satu-satunya perkara adalah bahawa harga belum sempat jatuh ke garis Senkou Span B, dan garis Kijun-sen itu sendiri berada di atas harga pasangan. Namun, secara umum, pasangan ini akan terus bergerak ke bawah. Penjual masih mempunyai banyak halangan di hadapan. Khususnya, perlu untuk mengatasi garis Senkou Span B, yang merupakan salah satu halangan terakhir sebelum membentuk arah aliran menurun. Walau bagaimanapun, perhatikan beberapa perkara penting. Pertama, harga melantun dari garisan atas saluran mendatar pada AS$ 1.17-1.19, jadi adalah berkemungkinan untuk jatuh ke tahap 1.1700. Kedua, masih belum ada grais trend atau saluran trend, jadi trend menurun sekarang tidak kuat. Persoalan terbesar sekarang adalah bagaimana pasangan akan berkelakuan di sekitar tahap 1.1700. Ketegangan di pasaran pertukaran asing terus berkurangan, berikutan daripada pilihan raya telah selesai, dan Donald Trump belum mulai melaksanakan rencananya untuk menyemak semula keputusan hasil pemungutan undi, sebagai tambahan kepada berbagai jenis ancaman yang dilakukan. Oleh itu, dolar masih boleh begerak menaik.

Pasangan mata wang EUR/USD 15M

This image is no longer relevant

Kedua-dua saluran regresi linear diarahkan ke pergerakan menurun pada carta masa 15 minit. Namun, detik utama sekarang adalah harga melantun semula dari kawasan 1.1886-1.1912, yang mencetuskan pergerakan ke bawah, yang masih dapat diperbetulkan. Dalam usaha untuk penurunan yang lebih jauh, penjual perlu yakin mengatasi garis Senkou Span B. Garis ini juga merupakan sasaran terdekat. Tiada tanda-tanda untuk menyelesaikan pergerakan ke bawah pada jangka masa yang lebih rendah.

Laporan COT

This image is no longer relevant

Pasangan mata wang EUR/USD kehilangan 170 mata pada minggu pelaporan terakhir (27 Oktober-2 November). Pergerakan menaik yang kuat bermula selepas jangka masa ini. Oleh demikian, hakikat bahawa pasangan itu memperoleh sebanyak 220 mata tidak termasuk dalam jangka masa laporan Komitmen Pedagang (COT) terbaru. Menurutnya, pedagang profesional menutup sejumlah 9,200 kontrak membeli (keudukan panjang) dan membuka sejumlah 7,800 kontrak menjual (kedudukan pendek). Oleh demikian, kedudukan bersih untuk pedaganga bukan komersial menurun sebanyak 17,000 sekaligus. Dan penurunan kedudukan bersih menunjukkan pengukuhan mood menurun. Akibatnya, pedagang profesional secara terus berusaha menjual euro. Oleh demikian, walaupun terdapat pertumbuhan seterusnya, kami masih yakin bahawa tahap tinggi yang menghampiri tahap 1.2000 masih akan menjadi puncak keseluruhan trend menaik. Sekurang-kurangnya data COT secara terus memberi isyarat seperti itu. Analisis teknikal mungkin bertentangan dengan laporan COT, kerana yang terakhir dikeluarkan dengan kelewatan tiga hari. Kita sekarang tidak dapat mengetahui bagaimana tingkah laku pemain besar dalam jangka waktu 3 hingga 6 November, iaitu apabila dolar jatuh dengan ketara ekoran daripada pilihan raya. Petunjuk juga menunjukkan prospek yang baik untuk arah aliran menurun yang baru, kerana garis hijau dan merah secara terus mengecil (petunjuk pertama). Dan mereka, sepertimana yang diimabas kambali, mencerminkan kedudukan bersih pedagang dan perdagangan bukan komersial.

Latar belakang asasnya sedikit lemah pada hari Rabu. Meskipun terhadap satu laporan makroekonomi penting. Presiden Bank Pusat Eropah Christine Lagarde menyampaikan ucapan, tetapi beliau tidak mengatakan sesuatu yang menarik. Bagaimanapun, ia hampir tidak dapat memberikan sokongan kepada mata wang Eropah, kerana situasi dengan coronavirus masih sukar di Eropah, yang bermaksud bahawa ekonomi akan mulai perlahan pada tahap terbaik, dan menguncup dengan situasi paling terburuk. Oleh itu, ia mungkin memerlukan insentif baru, seperti yang disebutkan oleh Lagarde pada hari Rabu. Juga perhatikan serangan Donald Trump, yang terus mengancam untuk menyemak semula keputusan pilihan raya dan telah mengumumkan "kemajuan besar" dan "hasil minggu depan." Presiden AS tidak memberikan maklumat selanjutnya mengenai perkara itu.

Jerman akan menerbitkan indeks harga penggunanya untuk bulan Oktober, yang diramalkan akan kekal pada -0.2% y / y. Inflasi harmoni juga cenderung negatif pada -0.5% y / y. Pengeluaran perindustrian EU pada bulan September diramalkan pada + 0.7% berbanding bulan Ogos, yang tidak banyak. Inflasi AS mestilah dalam julat 1.3% -1.4% secara tahunan. Lagarde juga bersedia menyampaikan ucapan lain hari ini. Oleh itu, semua laporan makroekonomi kelihatan berkecuali sejauh ini, dan hanya penyimpangan nilai sebenar dari ramalan yang boleh menyebabkan reaksi daripada pedagang.

Kami mempunyai dua idea perdagangan untuk 12 November:

1) Pembeli perlu menunggu sehingga pergerakan mengatasi kawasan 1.1886-1.1912 untuk membuka kedudukan membeli baru pada pasangan dengan sasaran terdekat pada tahap rintangan 1.1976. Atau tunggu harga melantun semula dari garis Senkou Span B (1.1730) dan berdagang secara menaik sambil mensasarkan garis Kijun-sen (1.1833) dan kawasan rintangan 1.1886-1.1912 Ambil Keuntungan (TP) dalam senario pertama adalah hingga 50 mata, di kedua - hingga 120 mata.

2) Penurunan harga mengambil pasangan di bawah garis kritikal. Namun, mereka sekarang perlu menembusi garis Senkou Span B (1.1730) untuk terus berdagang dengan sasaran sokongan pada 1.1692-1.1699 dan 1.1612-1.1624. Ambil Keuntungan (TP) dalam kes ini boleh berjulat antara 20 hingga 90 mata.

Ramalan terkini dan isyarat perdagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD

Penjelasan untuk gambaran:

Tahap Sokongan dan Rintangan adalah tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Ambil keuntungan (TP) hampir ke tahap ini.

Garis Kijun-sen dan Senkou Span B adalah garis penunjuk Ichimoku yang dipindahkan ke carta masa setiap jam dari 4 jam.

Kawasan sokongan dan rintangan adalah kawasan dari mana harga berulang kali melantun semula.

Garis kuning adalah garis trend, saluran trend dan corak teknikal lain.

Petunjuk 1 pada carta COT adalah saiz kedudukan bersih setiap kategori pedagang.

Petunjuk 2 pada carta COT adalah saiz kedudukan bersih untuk kumpulan "bukan komersial".

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $5000 lebih lagi!
    Dalam November kami membuat cabutan bertuah $5000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget