Pasangan mata wang GBP/USD pada carta 1H
Pasangan mata wang GBP/USD juga mencapai kawasan rintangan penting pada tahap 1.3160 -1.3184 pada hari Isnin, 9 November dan, seperti euro, ia juga gagal melepasi kawasan ini pada siang hari. Oleh demikian, pound juga boleh jatuh. Walaupun, tidak seperti pasangan mata wang EUR/USD, pound memiliki garis trend menaik, yang menyokong mereka yang berdagang meningkat, dan sterling juga tidak jatuh dengan mendadak. Namun begitu, latar belakang asas lebih cenderung kepada penurunan pound. Walaupun begitu, pembeli tetap dalam permainan dan mereka perlu melepasi tahap 1.3160 -1.3184. Satu-satunya cara mereka bergerak ke atas adalah sekiranya mereka melakukannya. Penjual berpeluang membuka kedudukan menjual semalam, tetapi ini tidak membawa keuntungan besar kepada mereka, kerana harganya tidak dapat bergerak jauh ke bawah. Namun, kami mencadangkan berdagang dalam jumlah kecil, kerana harganya terus berada di atas garis arah aliran, dan juga di atas garis penting Kijun-sen dan Senkou Span B. Senario membawa maksud bahawa arah aliran tetap bergerak menaik.
Pasangan mata wang GBP/USD pada carta 15M
Saluran regresi linear diarahkan ke pergerakan mendatar dan menaik pada carta masa (TF) 15 minit, yang menunjukkan bahawa tiada tanda-tanda untuk memulakan pergerakan menurun. Anda juga boleh mengatakan bahawa sebahagian besar perdagangan hari sebelumnya berlaku di saluran mendatar. Oleh demikian, jangka masa yang lebih rendah tidak memberikan alasan untuk membuat kesimpulan bahawa arah aliran meningkat.
Laporan COT
Pasangan mata wang GBP/USD hanya kehilangan 100 mata pada minggu pelaporan terakhir (27 Oktober-2 November). Pound mula melonjak selepas 2 November. Dan itu bukan kenaikan, tetapi lebih seperti kejatuhan dolar. Walau bagaimanapun, mari kembali kepada tempoh pelaporan. Pedagang bukan komersial menutup sejumlah 3,281 kontrak membeli (kedudukan panjang) dan membuka sejumlah 1,146 kontrak menjual (kedudukan pendek). Oleh itu, kedudukan bersih bagi kumpulan pedagang "bukan komersial" menurun sebanyak 4,500. Ini lebih jelas kelihatan pada carta penunjuk pertama. Garis hijau dan merah, yang mewakili kedudukan bersih dua kumpulan pedagang yang paling penting, mula bergerak ke arah yang berbeza. Oleh itu, suasana pedagang profesional menjadi lebih lemah sekali lagi. Namun, perubahan ini tidak menyebabkan penurunan pound. Kerana pilihan raya sudah berlangsung di Amerika Syarikat pada 3 November dan dolar hanya semakin menjadi murah. Oleh demikian, laporan Komitmen Pedagang (COT) yang baru dapat menunjukkan bahawa mood menurun dalam kalangan pedagang profesional. Bagaimanapun, kami yakin bahawa pasaran perlu tenang dan hanya selepas itu barulah dapat melihat semua maklumat dengan cara yang baru. Sekarang adalah jelas bahawa pelaku pasaran berada dalam keadaan yang sangat gelisah kerana kekacauan politik yang kini ada di Amerika Syarikat. Justeru, mood pedagang besar dapat berubah dengan cepat dan dramatik.
Latar belakang asas hampir tiada untuk pasangan mata wang GBP/USD pada hari Isnin. Gabenor Bank of England Andrew Bailey dan wakil dasar monetari Bank of England Andy Haldane dijadualkan untuk berucap, tetapi mereka tidak menyebutkan sesuatu yang menarik. Pada prinsipnya, mereka tidak dapat mengungkapkan sesuatu yang penting, kerana pertemuan BoE juga berlangsung pada minggu lalu, di mana keputusan penting dibuat, serta ramalan yang semakin buruk untuk pemulihan ekonomi Britain. Pedagang menjangkakan pelonggaran dasar monetari dan peralihan kepada kadar faedah negatif. Oleh itu, pasaran tidak menjangkakan sebarang perucapan yang bersifat hawkish dari Bailey.
Beberapa laporan penting dari UK adalah dijadualkan pada hari Selasa. Pertama, ini adalah kadar pengangguran untuk bulan September, yang mana menurut para pakar, akan meningkat dari 4.5% menjadi 4.8%. Kedua, permohonan faedah pengangguran, yang jumlahnya mungkin mencecah kepada 36,000. Ketiga, gaji purata, termasuk bonus dan tanpanya, yang boleh meningkat sebanyak 1.1% -1.5%. Walau bagaimanapun, pasaran pada masa ini lebih memperhatikan berita politik dari Amerika berbanding berita ekonomi, meskipun dari mana beritu itu datang. Oleh itu, pedagang boleh mengabaikan semua laporan ini dari UK. Tiada laporan makroekonomi berjadual dari Amerika. Kami menasihati anda untuk memantau berita yang berkaitan dengan topik pemilihan presiden AS. Mereka akan membentuk latar belakang asas bagi pasangan dalam tempoh beberapa hari dan minggu akan datang.
Kami mempunyai dua idea perdagangan untuk 10 November:
1) Pembeli untuk pasangan mata wang GBP/USD tidak dapat mengatasi kawasan 1.3160 -1.3184, yang menghalang mereka untuk meneruskan pergerakan menaik. Namun, pada masa yang sama, mereka tidak tersasar jauh dari kawasan ini dan akan terus mengujinya untuk kekuatan. Oleh demikian, kami mencadangkan membeli pasangan hanya sekiranya kenaikkan harga berjaya mengatasi kawasan yang ditunjukkan, sambil mensasarkan tahap rintangan 1.3266. Ambil Keuntungan (TP) dalam kes ini akan mencapai 60 mata.
2) Penjual pada masa ini tidak memiliki inisiatif di pasaran. Namun, sekiranya harga melantun semula dari kawasan 1.3160 -1.3184, anda boleh mencuba menjual pasangan mata wang GBP/USD sambil mensasarkan garis Kijun-sen (1,3032) dalam jumlah kecil, kerana saat ini kami mempunyai trend kenaikan. Ambil Keuntungan (TP) dalam kes ini boleh mencapai 100 mata. Anda boleh membuka kedudukan menjual dengan yakin setelah menembusi garis trend dan garis Senkou Span B (1.2995) dengan sasaran pada tahap sokongan 1.2943 dan 1.2856-1.2874.
Ramalan terkini dan isyarat perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD
Penjelasan untuk gambaran:
Tahap Sokongan dan Rintangan adalah tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit (TP) berhampiran ke tahap ini.
Garis Kijun-sen dan Senkou Span B adalah garis penunjuk Ichimoku yang dipindahkan ke carta masa setiap jam dari jam 4.
Kawasan sokongan dan rintangan adalah kawasan dari mana harga berulang kali melambung.
Garis kuning adalah garis aliran, saluran aliran dan corak teknikal yang lain.
Petunjuk 1 pada carta COT adalah saiz kedudukan bersih setiap kategori pedagang.
Petunjuk 2 pada carta COT adalah saiz kedudukan bersih untuk kumpulan "bukan komersial".