Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 1 Jam
Pasangan mata wang EUR/USD ini telah berdagang di sekitar kawasan rintangan 1.1886-1.1912 untuk beberapa waktu pada carta 1 Jam pada Isnin, 9 November, dan akhirnya melantun dan jatuh semasa sesi dagangan Amerika Syarikat (AS). Oleh itu, ramalan semalam yang meramalkan lantunan harga dari kawasan ini adalah betul. Dan oleh kerana pasangan mata wang ini tidak menetap di atas kawasan ini, pedagang boleh membuka pesanan menjual di sebelah siang. Sasaran paling hampir adalah garis Kijun-sen. Secara umumnya, trend menaik masih dikekalkan untuk pasangan mata wang EUR/USD. Sebagaimana sebut harga kekal berada di atas garis kritikal. Selagi harga diniagakan di atas tahap ini, prospek untuk kenaikan harga masih dalam keadaam baik. Namun, kami telah berulang kali menarik perhatian pada kenyataan bahawa adalah sangat sukar untuk pasangan mata wang EUR/USD ini menembusi tahap 1.1900. Dan dari sudut pandangan fundamental, tidak ada alasan untuk harga melonjak naik di atas tahap 1.1900. Oleh itu, kami lebih cenderung kepada penurunan harga euro. Walau bagaimanapun, penjual perlu mencapai garis Senkou Span B dan Kijun-sen agar trend menurun sepenuhnya terbentuk.
Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 15 Minit
Saluran regresi linear yang lebih rendah telah berubah ke arah bawah pada carta 15 minit, dan yang lebih tinggi dapat melakukannya dalam waktu terdekat. Melihat gambaran teknikal dengan lebih dekat, ia menunjukkan lantunan semula harga dari kawasan 1.1886-1.1912, serta fakta bahawa pembeli gagal untuk menembusinya dalam masa 28 jam. Prospek penjualan selanjutnya berada di bawah Kijun-sen dan Senkou Span B.
Laporan COT
Pasangan mata wang EUR/USD kehilangan 170 mata pada minggu pelaporan terakhir (27 Oktober-2 November).
Pergerakan menaik yang kuat bermula selepas jangka masa ini. Oleh itu, hakikat bahawa pasangan mata wang ini telah memperoleh 220 mata tidak termasuk dalam jangka masa laporan Komitmen Pedagang (COT) terbaru. Menurutnya, pedagang profesional menutup 9,200 kontrak belian (jangka panjang) dan membuka 7,800 kontrak jualam (jangka pendek). Oleh itu, kedudukan bersih untuk pedagang bukan komersial menurun sebanyak 17,000 sekaligus. Dan penurunan kedudukan bersih menunjukkan pengukuhan mood menurun. Akibatnya, pedagang profesional terus berusaha menjual euro. Oleh itu, walaupun terdapat pertumbuhan yang seterusnya, kami masih yakin bahawa tahap tinggi yang hampir mendekati tahap 1.2000 akan tetap menjadi puncak keseluruhan aliran menaik. Sekurang-kurangnya data COT terus memberikan isyarat begitu. Analisis teknikal mungkin bertentangan dengan laporan COT, kerana laporan yang terakhir dikeluarkan dengan kelewatan tiga hari. Kami kini tidak dapat mengetahui bagaimana tingkah laku pemain besar dalam tempoh 3 hingga 6 November, iaitu ketika Dolar AS jatuh dengan ketara kerana pilihan raya. Indikator juga menunjukkan prospek yang baik untuk arah aliran menurun baru, kerana garis hijau dan merah terus menyempit (indikator pertama). Dan ia mencerminkan kedudukan bersih pedagang dan perdagangan bukan komersial.
Tidak ada pengumuman laporan ekonomi makro untuk Amerika dan Kesatuan Eropah yang dijadualkan pada hari Isnin. Oleh itu, pedagang tidak mempunyai apa-apa reaksi di sebelah siang. Namun, seperti yang kami sebutkan sebelumnya, ketegangan di pasaran seharusnya mulai mereda, dan pada saat yang sama Dolar AS seharusnya mulai naik. Minggu lalu, Dolar AS berada di bawah tekanan ekoran faktor politik. Namun, pada hujung minggu, pilihan raya AS telah dimenangi oleh Joe Biden, oleh itu, Dolar AS seharusnya mendapat jeda sekurang-kurangnya sebentar. Sekurang-kurangnya untuk pembetulan harga selepas rali 280 mata. Faktor teknikal juga meramalkan kejatuhan untuk pasangan mata wang EUR/USD (dan kenaikan Dolar AS).
Tidak ada laporan penting atau ucapan yang dijadualkan akan berlangsung untuk Amerika dan EU pada hari Selasa. Oleh itu, latar belakang fundamental dan makroekonomi agak kosong. Indeks Sentimen Perniagaan ZEW Institute dan Indeks Keadaan Ekonomi Semasa Institut ZEW akan dikeluarkan di Jerman. Namun, ini bukan jenis berita yang boleh menimbulkan reaksi dari pedagang. Adalah lebih baik untuk terus memberi tumpuan kepada berita politik dari Amerika Syarikat. Sesuatu memberitahu kami bahawa ia tidak akan berlaku tanpa kejutan dalam masa terdekat. Perhatikan bahawa Donald Trump enggan mengakui kekalahannya dalam pilihan raya dan akan mendakwa pasukan Joe Biden dan meminta semakan keputusan pengundian. Ini adalah risiko tambahan dan faktor ketidakpastian tambahan untuk Dolar AS.
Kami mempunyai dua idea perdagangan untuk 10 November:
1) Pembeli perlu menunggu sehingga pasangan mata wang EUR/USD ini menembusi kawasan 1.1886-1.1912 untuk membuka pesanan pembelian baru dengan sasaran paling hampir terletak pada tahap rintangan 1.1976. Atau tunggu sehingga harga melantun dari garis Kijun-sen (1.1759) dan berdagang dalam aliran menaik dengan mensasarkan harga ke tahap rintangan 1.1886-1.1912. Dalam kes ini, Take Profit awal adalah sehingga 50 mata, dan 100 mata pada yang kedua.
2) Aliran menurun mengekalkan pasangan mata wang ini berdagang di bawah kawasan 1.1886-1.1912 dan mula membuka pesanan menjual dengan mensasarkan pergerakan harga ke garis Kijun-sen (1.1759). Anda dinasihatkan untuk membuka pesanan menjual dengan sasaran tersebut. Sebaiknya buka pesanan menjual baru jika pasangan mata wang ini berjaya mencapai garis Senkou Span B (1.1733), dengan sasaran berada pada kawasan 1.1692-1.1699 dan 1.1612-1.1624. Dalam kes ini, Take Profit adalah di antara 20 hingga 90 mata.
Ramalan terkini dan isyarat perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD
Penjelasan ilustrasi:
Tahap Sokongan dan Rintangan adalah tahap yang berfungsi sebagai sasaran ketika membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit hampir ke tahap ini.
Garis Kijun-sen dan Senkou Span B adalah garis indikator Ichimoku yang dipindahkan ke carta masa setiap jam dari jam 4.
Kawasan sokongan dan rintangan adalah kawasan dari mana harga berulang kali melantun.
Garis kuning adalah garis trend, saluran trend dan corak teknikal yang lain.
Indikator 1 pada carta COT adalah ukuran kedudukan bersih setiap kategori pedagang.
Indikator 2 pada carta COT adalah ukuran kedudukan bersih untuk kumpulan "bukan komersial".