Carta masa 4-jam
Maklumat teknikal:
Saluran regresi linear yang lebih tinggi: arah aliran - menaik.
Saluran regresi linear yang lebih rendah: arah aliran - menaik.
Moving Average (MA) (20; smoothed) - mendatar.
CCI: 46.4197
Selama tempoh hampir satu bulan, pasangan mata wang EUR/USD diperdagangkan dalam julat harga yang sedikit kecil, yang tidak dapat dinyatakan dengan jelas sama ada trend tetap atau menaik. Namun, nampaknya kini tempoh dan segmen ini sudah berakhir, dan harga kembali meningkat. Sebilangan besar penganalisis telah lama bersetuju bahawa mata wang AS telah berada di bawah nilai yang sebenarnya, meskipun berlaku semua jenis krisis yang melanda Amerika Syarikat pada masa ini. Sememangnya benar, terdapat pelbagai masalah yang melanda di Amerika sekarang, namun, kita juga perlu ingat bahawa seluruh dunia juga menderita ekoran daripada wabak dan "krisis coronavirus". Pertumbuhan mata wang Eropah sebanyak 12 sen dalam tempoh tiga bulan menunjukkan segalanya seolah-olah revolusi telah berlaku di Amerika Syarikat, dan ekonomi telah menjunam. Oleh demikian, kami secara terus mempercayai bahawa dolar AS telah mengalami kerugian dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini dan pembetulan yang kuat masih terus meningkat. Namun, permasalahan yang timbul adalah bahawa semuanya bergantung pada pedagang besar, yang mungkin mempunyai logik membuat keputusan sendiri. Sebagai contoh, salah satu masalah besar bagi mata wang AS pada masa ini adalah kejatuhan hasil bon kerajaan AS. Apakah maksud senario ini secara amalinya? Banyak negara (contohnya China), banyak pelabur, syarikat dan bank lebih suka menyimpan modal mereka dalam sekuriti negara yang stabil dan ekonomi yang kuat. Justeru, penurunan hasil sekuriti ini menyebabkan penurunan daya tarikan mereka sebagai alat pelaburan bagi pelabur antarabangsa. Permintaan jatuh, sekuriti dijual, yang baru tidak ditempatkan, dan oleh itu, permintaan untuk dolar AS jatuh di pasaran antarabangsa, kerana tidak diperlukan lagi dalam jumlah sedemikian untuk membeli sekuriti baru. Seterusnya, selain "empat jenis krisis" dan kelima yang akan datang, Amerika Syarikat kini menghadapi satu lagi masalah baru yang boleh memberi kesan negatif terhadap nilai pertukaran mata wang kebangsaan mereka. Perkara yang paling menarik adalah bahawa sebarang perkara yang berlaku pada masa ini sememamngnya berada di dalam genggaman Donald Trump. Kami merujuk kepada kejatuhan dolar. Perlu diingatkan bahawa sejak awal pemerintahannya, Trump mengimpikan dolar yang "murah" untuk perkhidmatan hutang negara dengan lebih mudah dan membantu pengeksport negara. Dan pada masa kini, pada akhir penggal sebagai jawatan presiden, apabila hutang negara telah meningkat menjadi AS$ 30 trilion yang tidak dapat dibayangkan, meningkat beberapa trilion dolar hanya dalam tempoh setahun dan mungkin terus berkembang dengan selanjutnya, impian Trump telah menjadi kenyataan. Adakah ia akan membantunya dalam keinginan dan niatnya untuk dipilih semula bagi penggal kedua?
Sebagai tambahan kepada penurunan hasil Perbendaharaan AS, Fed telah membuat pelbagai ucapan dalam tempoh beberapa hari terakhir. Semuanya bermula pada hari Khamis lalu dengan Jerome Powell, yang tidak mengatakan sebarang bentuk yang optimis. Beliau hanya mengatakan bahawa sekarang inflasi di Amerika akan dibenarkan meningkat di atas catatan paras 2%. Situasi akan menjadi yang normal sahaja, bagaimanapun, tahap inflasi di Amerika Syarikat telah sekian lama tidak dilihat. Oleh demikian, keputusan untuk meninggalkan sasaran inflasi pada kadar 2% hampir sama dengan pernyataan: "Kami akan memperketat dasar monetari sebaik sahaja KDNK kembali ke tahap sebelum krisis dan kita dapat mengalahkan pandemik sepenuhnya." Sudah jelas bahawa dalam menyelesaikan dua masalah ini, adalah mungkin untuk memperketatkan dasar monetari, tetapi bilakah langkah ini akan berlaku? Sekurang-kurangnya dalam tempoh beberapa tahun. Begitu juga dengan inflasi. Fakta bahawa Fed pada masa kini membenarkan inflasi berkembang menjadi 3% tidak bermaksud sesuatu yang konkrit. Sama seperti sebelumnya, FOMC akan memutuskan sama ada untuk mengetatkan dasar monetari pada masa ini atau tidak. Perucapan pada awal minggu oleh Raphael Bostic dan Richard Clarida terlalu dinilai tinggi. Malah, ketua Fed Atlanta dan Wakil Jerome Powell juga tidak memberitahu sesuatu yang sangat menarik kepada pasaran. Clarida mengatakan bahawa Fed tidak akan menaikkan kadar utama hanya kerana kadar pengangguran telah mula menurun, tetapi juga tidak bermaksud untuk memperkenalkan kadar faedah negatif, dan juga meragui keberkesanan mengawal keluk hasil bon kerajaan. Sebaliknya, Raphael Bostic menyentuh topik coronavirus dalam ucapannya, dengan menyatakan bahawa tahap jumlah penularan wabak yang tinggi di Amerika Syarikat memperlahankan pemulihan ekonomi dan menimbulkan risiko tambahan. Manakah antara maklumat ini yang sebelumnya tidak diketahui oleh pasaran? Oleh itu, kami percaya bahawa kejatuhan mata wang AS dalam tempoh beberapa hari terakhir tidak berkaitan secara langsung dengan ucapan wakil Fed. Kemungkinan besar, retorik mereka hanya menambah gambaran keseluruhan yang tidak menarik mengenai keadaan ekonomi AS ketika ini dan prospeknya untuk bulan dan tahun yang akan datang. Secara semula jadi, faktor keputusasaan ekonomi Amerika telah menurunkan permintaan dolar dan sekuriti kerajaan Amerika. Perlu juga diingat bahawa demonstrasi secara besar-besaran dan tunjuk perasaan terus berlanjutan di Amerika yang berkaitan dengan insiden baru antara polis dan warga berkulit hitam, yang berakhir dengan situasi tembak menembak dan kecederaan serius. Sekurang-kurangnya kali ini seluruh negara tidak dilanda rusuhan secara besar-besaran.
Sementara itu, jumlah kes "coronavirus" yang direkodkan di Amerika Syarikat telah melebihi 6 juta. Namun, jangan biarkan angka ini mengelirukan. Itu tidak menggambarkan jumlah pesakit yang sedang dirawat, tetapi jumlah kes sejak awal wabak ini selama tempoh 6 bulan. Kedua, terdapat penurunan jumlah jangkitan baru dalam beberapa minggu terakhir (menurut data dari Universiti Johns Hopkins). Sebagai contoh, pada 30 dan 31 Ogos, sejumlah 35 dan 33 ribu orang dijangkiti di negara ini, di mana dua kali lebih rendah berbanding nilai yang diperhatikan sebulan yang lalu. Malangnya, faktor ini belum memberikan sokongan kepada mata wang AS.
Sementara itu, Donald Trump meneruskan kempen pemilihannya, yang dikurangkan memanggil penyokongnya untuk melaungkan "Trump untuk tempoh 12 tahun lagi" dan mengkritik pesaing utamanya, Joe Biden. Kali ini, Trump mengatakan bahawa "Biden adalah individu yang sangat lemah dan dikawal seperti boneka." "Sekiranya pasukan kiri radikal menang, mereka akan menguasai bandar-bandar anda, itu akan menjadi revolusi nyata," Presiden AS ketika ini percaya. Trump juga ditanya jenis orang yang mengendalikan Biden yang beliau maksudkan itu? "Orang yang tidak pernah anda dengar. Orang yang berada dalam bayang-bayang. Orang yang mengawal tunjuk perasaan di jalanan," jawab Presiden Amerika, yang tidak pernah memberikan bukti terhadap setiap kata-kata yang kelaur dari mulutnya itu.
Volatiliti pasangan mata wang EUR/USD pada 2 September adalah sebanyak 99 mata dan disifatkan sebagai "tinggi". Oleh demikian, kami menjangkakan pasangan bergerak hari ini antara tahap 1.1824 dan 1.2022. Pembalikan penunjuk Heiken Ashi ke atas memberi isyarat kemungkinan pergerakan semula menaik, dan juga kenaikan harga dari garis moving average.
Tahap sokongan berhampiran:
S1 – 1.1841
S2 – 1.1719
S3 – 1.1597
Tahap rintangan berhampiran:
R1 – 1.1963
R2 – 1.2085
R3 – 1.2207
Cadangan perdagangan:
Pasangan mata wang EUR/USD memulakan pembetulan menurun. Oleh demikian, hari ini anda boleh terus memperdagangkan kenaikan dengan sasaran 1.1963 dan 1.2022, jika penunjuk Heiken Ashi bergerak ke atas atau lantunan semula dari pergerakan dilakukan. Sekiranya harga ditetapkan di bawah moving average, adalah disarankan untuk berdagang lebih rendah dengan sasaran tahap Murray "5/8" dan "4/8" -1.1841 dan 1.1719.