Pasangan mata wang GBP/USD pada carta masa 1H
Pasangan mata wang GBP/USD susut sebanyak 200 mata pada 21 Ogos, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Semua akan berada dalam situasi yang neutral saja sekiranya tidak melepasi 200 mata pada hari sebelumnya, dan 200 mata turun pada hari sebelumnya, dan sekali lagi 200 mata lebih tinggi lebih awal. Ini adalah "ayunan". Kami juga membina sejenis saluran tren dengan kecerunan ke bawah yang minimum, walaupun pada hakikatnya, saluran ini adalah lebih mendatar. Namun, pemulihan dari garis bawahnya menunjukkan pergerakan menaik pada masa kini, jika tidak ke garis atas, maka sekurang-kurangnya ke garis Kijun-sen (1.3162). Pada masa yang sama, pengukuhan harga di bawah saluran menurun akan membolehkan anda menjangkakan penurunan harga yang lebih tinggi daripada 200 mata. Secara umumnya, pound telah berayun tanpa henti sejak 30 Jun dan telah meningkat hampir 10 sen pada masa itu. Oleh demikian, 200 mata ke bawah bukan pembetulan, namun ia adalah penarikan semula.
Pasangan mata wang GBP/USD pada carta masa 15M
Saluran regresi linear yang lebih rendah telah menurun pada carta masa 15 minit, tetapi saluran yang lebih tinggi pada "ayunan" semasa belum mempunyai masa untuk bertindak balas. Laporan Komitmen Pedagang (COT) terbaru untuk pound Britain, yang dikeluarkan pada hari Jumaat, sangat dapat diramalkan. Pedagang bukan komersial membuka semula 5,880 unit kontrak Membeli dan menutup sebanyak 2,232 unit kontrak Menjual dalam tempoh 12 hingga 18 Ogos. Oleh demikian, kedudukan bersih untuk kategori pedagang ini meningkat sekali lagi, sebanyak 8,000 kontrak, yang tidak begitu kecil untuk paun. Sebenarnya, pound secara terus meningkat berbanding mata wang AS sehingga 18 Ogos, termasuk, sehingga data dari laporan COT dengan tepat menggambarkan apa yang berlaku di pasaran pada masa itu. Tetapi selebihnya tiga hari dalam tempoh seminggu, yang tidak termasuk dalam laporan COT, tidak menunjukkan bahawa mood pedagang profesional telah berubah atau akan berubah dalam waktu terdekat. Oleh demikian, sangat mungkin untuk menjangkakan bahawa aliran menaik akan berterusan. Paling tidak sampai saat itu, sehingga kita mendapat isyarat teknikal tambahan untuk kesinambungan pergerakan menurun. Selain itu, adalah juga perlu diperhatikan bahawa ekoran daripada minggu pelaporan terakhir, kategori bukan komersial kini mempunyai lebih banyak kontrak Membeli berbanding kontrak Menjual (52,000 berbanding 49,000).
Latar belakang asas bagi pasangan mata wang GBP/USD dikurangkan menjadi satu acara utama pada hari Jumaat lalu - kegagalan rundingan pusingan ketujuh seterusnya mengenai hubungan masa depan antara Britain dan Kesatuan Eropah selepas Brexit. Sebagai tambahan kepada berita ini, adalah diketahui bahawa aktiviti perniagaan di sektor perkhidmatan dan pembuatan di UK meningkat dengan ketara berbanding bulan lalu. Walau bagaimanapun, data ini sama sekali tidak membantu pound. Walaupun berita kegagalan pusingan rundingan seterusnya juga tidak mengejutkan. Sangat sukar untuk menerangkan pergerakan dua hari sebelumnya. Tiada penerbitan makroekonomi di UK dan AS yang akan berlaku pada hari ini. Justeru, pengaruh latar belakang asas masih tiada pada masa kini. Akibatnya, pasangan mata wang GBP/USD mungkin mula menyesuaikan diri selepas kejatuhan yang kuat pada hari Jumaat.
Terdapat dua pilihan utama untuk pengembangan acara pada 24 Ogos:
1) Pembeli akhirnya melepaskan pasangan mata wang GBP/USD, yang telah menyebabkan penurunan dua kali. Namun, proses ini tidak berlangsung dengan jangka panjang. Kedudukan membeli adalah disarankan untuk dipertimbangkan sekali lagi sambil mensasarkan 1.3147, sekiranya harga menetap di atas garis Senkou Span B (1.3095), dan dengan sasaran garis saluran atas, jika kawasan 1.3157-1.3183 diatasi. Ambil Untung (TP) dalam kes ini akan menjadi 40 dan 50 mata.
2) Penurunan harga cuba menguasai sekali lagi, tetapi kenaikkan harga tidak membiarkannya turun dengan jauh. Pengukuhan harga di bawah garis Kijun-sen (1.3156) berlaku, tetapi pada masa yang sama harga mencapai garis bawah saluran menurun, oleh demikian pergerakan pemulihan dan kenaikan mungkin berlaku. Kami mencadangkan membuka kedudukan pendek (pesanan menjual) baru dengan sasaran pada tahap 1.3010 dan 1.2939 sekiranya menembusi garisan saluran yang lebih rendah. Ambil Untung (TP) dalam senario ini adalah dari 30 hingga 100 mata.
Ramalan terkini dan isyarat perdagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD.
Kami mencadangkan agar anda juga melihat latar belakang asas dalam artikel ini:
Gambaran keseluruhan pasangan mata wang EUR/USD. 24 Ogos. "Empat Krisis Amerika" secara terus mengekang pembeli dolar.
Ulasan pasangan mata wang GBP/USD. 24 Ogos. Yang seharusnya terbukti: Rundingan Brexit telah gagal. Brussels cuba menghidupkan semula "topik yang telah berlalu". Pound Britain dalam situasi yang sangat terjejas
Penjelasan untuk gambaran:
Tahap Sokongan dan Rintangan adalah tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit (TP) hampir ke tahap ini.
Garis Kijun-sen dan Senkou Span B adalah garis penunjuk Ichimoku yang dipindahkan ke carta waktu setiap jam dari 4 jam.
Kawasan sokongan dan rintangan adalah kawasan dari mana harga berulang kali menurun.
Garis kuning adalah garis aliran, saluran aliran dan corak teknikal yang lain.