Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda memerlukan:
Semalam, penjual pound gembira dengan pembentukan 'Double Top' pada tahap rintangan 1.2666, di mana isyarat kemasukan pesanan menjual pertama untuk pasangan mata wang GBP/USD juga terbentuk, yang telah saya bincangkan secara terperinci di dalam ramalan saya untuk separuh kedua hari ini. Juga, jika anda melihat kepada carta 5 minit, anda akan melihat bagaimana aliran menurun memanfaatkan masa ini dan mengukuh di bawah tahap sokongan 1.2619, membentuk titik masuk tambahan ke pesanan menjual darinya, yang mendorong kepada kemaskini tahap rendah 1.2569 . Dalam laporan Komitmen Pedagang (COT) bertarikh 7 Julai, peningkatan lain dalam pesanan menjual dan membeli dicatatkan, yang menunjukkan konfrontasi antara pembeli dan penjual. Walau bagaimanapun, terdapat lebih banyak kenaikan daripada penjualan, yang menyebabkan penurunan dalam kedudukan bersih. Ini tidak bermaksud bahawa pasaran telah diniagakan dalam aliran menaik, kerana masih terdapat kemungkinan penurunan pound yang lebih rendah dengan latar belakang ketidakpastian Brexit dan masalah ekonomi lain. Laporan COT menunjukkan bahawa kedudukan menjual bukan komersial meningkat dari tahap 55,414 ke tahap 56,300 pada minggu ini. Kedudukan bukan komersial panjang meningkat dari tahap 34,424 ke tahap 39,892. Akibatnya, kedudukan bersih bukan komersial menurunkan nilai negatifnya kepada -16,408, berbanding -20,990, yang menunjukkan bahawa tekanan di pasaran tetap ada setelah percubaan aliran menaik gagal untuk meneruskan trend menaik. Mengulas tentang situasi semasa, pembeli perlu segera kembali ke tahap 1.2564, kerana hanya dengan itu kita dapat menjangkakan percubaan menaik kedua ke tahap 1.2615, di mana saya mengesyorkan anda untuk mengambil keuntungan. Ujian harga pada tahap tinggi 1.2666 akan menunjukkan momentum kenaikkan baru yang akan berpotensi untuk menembusi tahap 1.2742. Sekiranya tekanan ke atas pound berterusan pada separuh pertama hari, maka adalah lebih baik untuk bergantung kepada penembusan harga palsu ke tahap sokongan 1.2511, kerana hanya dengan itu barulah para pedagang boleh membuka pesanan membeli. Kawasan yang lebih besar di mana anda boleh membeli pasangan mata wang GBP/USD dengan segera pada tahap pemulihan akan terletak pada tahap rendah 1.2448.
Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD, anda memerlukan:
Penjual pound akan menunggu laporan hari ini mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK dan pengeluaran perindustrian. Indikator yang lemah hanya akan meningkatkan tekanan ke atas pasangan mata wang GBP/USD. Aliran menurun perlu memberi perhatian untuk melindungi tahap rintangan 1.2564, kerana pembentukkan penembusan harga palsu akan menawarkan isyarat pertama kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual bagi membolehkan ia meneruskan trend penurunan yang terbentuk pada awal minggu ini. Matlamat adalah untuk menguji tahap sokongan 1.2511, pengukuhan harga di bawah tahap ini hanya akan meningkatkan tekanan ke atas pasangan mata wang GBP/USD dan mendorong pasangan untuk berdagang ke tahap rendah 1.2448, di mana saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Sekiranya tidak ada aktiviti dari pihak penjual pada tahap 1.2564 dan data fundamental merekodkan bacaan yang positif, maka pesanan menurun berpotensi untuk melemah. Dalam kes ini, saya menasihatkan anda untuk menangguhkan penjualan sehingga pasangan mata wang GBP/USD menguji tahap rintangan yang lebih tinggi pada 1.2615, dan juga untuk membuka pesanan menjual segera untuk lantunan harga dari tahap tinggi mingguan 1.2666, dengan menjangkakan pembetulan sebanyak 30-40 mata dalam sehari.
Isyarat Indikator:
Moving averages
Pasangan mata wang GBP/USD ini diniagakan di bawah Moving Averages (MA) 30 dan 50 purata, yang menunjukkan bahawa pasaran kekal berada di bawah kawalan penjual.
Catatan: Tempoh dan harga Moving Average dipertimbangkan oleh penulis pada carta 1 Jam, H1 dan ia adalah berbeza dengan definisi umum 'Classic daily moving averages' pada carta Harian, D1.
Bollinger Bands
Penembusan harga di sempadan bawah indikator pada tahap 1.2515 akan meningkatkan tekanan ke atas mata wang pound. Pertumbuhan harga akan dihadkan oleh tahap atas indikator di kawasan 1.2630.
Huraian Indikator:
- Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
- Pedagang bukan komersial adalah spekulator, seperti pedagang individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu.
- Kedudukan panjang (membeli) bukan komersial mewakili jumlah kedudukan panjang yang terbuka bagi pedagang bukan komersial.
- Kedudukan pendek (menjual) bukan komersial mewakili jumlah kedudukan pendek yang terbuka bagi pedagang bukan komersial.
- Keseluruhan kedudukan bersih bukan komersial adalah perbezaan antara kedudukan pendek dan panjang pedagang bukan komersial.