empty
 
 
14.07.2020 03:08 AM
Gambaran keseluruhan pasangan mata wang GBP / USD pada 14 Julai 2020. China mengenakan sekatan tindak balas terhadap Amerika Syarikat. Pound Britain secara terus bertahan susulan krisis politik, ekonomi, dan epidemiologi di Amerika Syarikat.

Carta masa (TF) 4-jam

This image is no longer relevant

Maklumat teknikal:

Saluran regresi linear yang lebih tinggi: arah aliran - menaik.

Saluran regresi linear yang lebih rendah: arah aliran - menaik.

Moving Average (MA) (20; smoothed) - menaik.

CCI: 32.9645

Pound Britain menghabiskan hari perdagangan pertama minggu baru dalam pusingan pergerakan pembetulan baru. Para pembeli tidak menemui kekuatan, dan dalam suapan berita - merupakan alasan untuk terus membeli mata wang Britain dan menjual dolar. Walau bagaimanapun, senario ini tidak bermaksud bahawa arah aliran menaik adalah lengkap. Pada masa ini, pergerakan pound hanya turun beberapa mata dan gagal menyelesaikan garis moving average, yang dianggap sebagai sasaran utama dalam sistem "linear regression channels" untuk semua pembetulan. Oleh demikian, kesinambungan pergerakan menaik adalah mungkin berlaku pada hari Selasa. Perlu diiingatkan bahawa pendorong utama kepada mata wang Britain sekarang adalah Amerika. Situasi semasa yang bertentangan tidak membenarkan para pedagang membeli mata wang AS. Pertama sekali, kita merujuk kepada wabak "coronavirus", yang dilihat tidak berkurangan dan hanya mencatatkan kepada peningkatan yang baru. Selain itu, kita bercakap mengenai krisis pertikaian yang berlaku antara China dan Amerika Syarikat, di mana secara berterusan meningkat. Terdapat sebilangan besar masalah pertikaian antara Beijing dan Washington, jadi senario semasa tidak memberikan kelebihan untuk menjangkakan perkembangan positif menjalin hubungan dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang. Selain itu, perlu diingatkan juga bahawa China merupakan bukan sebahagian peminat Presiden Amerika Syarikat yang sekarang dan mereka sedang menunggu perubahan kuasa berlaku di negara ini untuk berdialog dengan Presiden baru, di mana kemungkinan besar adalah pemenang dalam pilihan raya tersebut adalah Joe Biden, yang sememangnya bersikap positif dan mesra kepada China. Ketiga, kita membicarakan soal krisis politik, mengenai Donald Trump, di mana penilaiannya telah menurun dengan ketara pada tahun 2020, dan peminat terhadap kaedah menjalankan perniagaannya telah menurun. Faktor-faktor ini membolehkan mata wang Britain mengukuh setakat ini. Namun, kami akan mengingatkan anda sekali lagi bahawa pound Britain tidak mungkin dapat mengatasi faktor-faktor ini. Hal ini kerana sebahagian faktor tersebut adalah paling berpengaruh, namun, situasi persekitaran semasa di UK tidak begitu memberangsangkan. Bermula pada tahun 2021, para perniagaan Britain perlu melaksanakan perdagangan dengan negara-negara EU berdasarkan peraturan WTO, iaitu dengan tarif, kuota dan duti. Brexit akan menjadi "sukar", yang telah diperjuangkan oleh Parlimen UK selama tempoh tiga tahun, dan Britain cenderung menjangkakan cukai dan bayaran tambahan yang lebih tinggi ekoran daripada secara tidak langsung pemerintah dan kerajaan UK perlu menampung semula belanjawan yang diperuntukkan susulan "krisis coronavirus" dan Brexit. Oleh demikian, kebajikan rakyat Britain cenderung untuk terus merosot pada tahun-tahun yang akan datang. Dan dengan itu, sikap terhadap konservatif mungkin secara perlahan-lahan akan merosot ...

Sementara itu, situasi persengketaan antara China-Amerika Syarikat telah berkembang. Sememangnya telah diketahui umum pada hari Isnin, di mana Beijing telah bertindak balas terhadap sekatan Washington, yang telah dilaksanakan pada awal sebelumnya ekoran daripada penindasan kaum Uighur di wilayah Xinjiang. China telah memutuskan untuk mengenakan langkah-langkah yang sama terhadap para pegawai Amerika, yang akan merangkumi beberapa senator Republik, beberapa wakil lain dari Kongres AS, dan juga seluruh Jawatankuasa kongres mengenai hubungan dengan China. "Undang-undang ini sengaja memutarbelitkan keadaan hak asasi manusia di Xinjiang, dengan kejam memperlekehkan dasar kerajaan China, melanggar norma-norma dasar undang-undang antarabangsa dan hubungan antarabangsa, juga merupakan campur tangan secara besar-besaran dalam urusan dalaman RRC. Pemerintah dan rakyat China menyatakan kemarahan dan bantahan yang tegas, "kata Kementerian Luar China dalam satu kenyataan rasmi.

Pada masa yang sama, bekas pembantu Presiden AS Steve Bannon dalam satu wawancara bersama dengan akhbar Britain Sunday Mirror mengatakan bahawa beberapa pekerja makmal di Wuhan telah melarikan diri dari negara itu dan kini bekerjasama dengan perkhidmatan perisikan Barat. Menurut Bannon, pekerja makmal di Wuhan, di mana wilayah penularan pertama virus COVID-2019 berlaku, mengemukakan bukti mengenai kesalahan Parti Komunis China dalam kejadian itu. Bannon juga mengatakan bahawa perisikan AS, bersama dengan perisikan Britain, sedang melaksanakan penyelidikan terhadap kes tersebut secara menyeluruh dan mengumpulkan bukti mengenai kesalahan China dalam usaha menyediakan bahan bukti untuk kes mahkamah. Oleh demikian, senario ini secara langsung mendorong peningkatan ketegangan antara Amerika Syarikat, Britain, dan China.

Pada hari perdagangan kedua minggu ini di UK, beberapa penerbitan makroekonomi yang cukup penting telah diaturkan. Pertama sekali, kami mencadangkan untuk memberi perhatian kepada KDNK untuk bulan Mei. Ia dijangka meningkat sebanyak 5% dan itu adalah angka yang baik, namun pada sudut yang berbeza - ia masih perlu dicapai, dan dengan situasi umum kerugian dalam tempoh sebulan sebelumnya, catatan sebanyak 20.4% adalah pemulihan yang sangat kecil. Perlu diingatkan bahawa ekonomi Britain akan mengalami kerugian terbesar pada tahun 2020 di kalangan negara-negara Kesatuan Eropah (EU). Oleh demikian, + 5% daripada KDNK pada bulan Mei tidak mungkin mengatasi keyakinan pembeli pound. Tambahan pula, pound kini berkembang bukan disebabkan oleh statistik atau "Fundamental" dari UK, tetapi berpunca daripada permintaan yang rendah untuk dolar AS. Pengeluaran industri untuk bulan Mei juga akan diterbitkan dengan ramalan sebanyak -20.9% tahun ke tahun dan + 6% bulan ke bulan. Perkara yang sama boleh dikatakan terhadap angka-angka ini. Selepas pengurangan yang kuat dari semua petunjuk makroekonomi pada bulan April, keuntungan yang dijangkakan pada masa ini kelihatan seperti penurunan kecil, dan bukannya permulaan kepada pemulihan ekonomi. Justeru, kami percaya bahawa semua data penting ini juga termasuk inflasi AS akan diabaikan oleh peserta pasaran, dan pergerakan pasangan ini akan berterusan mengikuti faktor teknikal dan latar belakang asas secara keseluruhan.

Selain itu, latar belakang asas bagi pound Britain kekal negatif. Kami percaya bahawa sebaik sahaja persekitaran umum di AS bertambah baik (jika ini berlaku), pound Britain akan segera memulakan pusingan penurunan baru berbanding dolar AS. Terlalu banyak tekanan yang timbul terhadap ekonomi Britain dan untuk beberapa tahun kebelakangan tekanan ini dilihat tidak berkurang. Dan pada tahun 2021, situasi itu hanya akan meningkat, seperti yang telah berulang kali kami perkatakan. Fakta bahawa rundingan antara kumpulan David Frost dan Michel Barnier sekali lagi gagal menarik minat peserta pasaran. Siapakah yang berminat untuk mengetahui tentang kegagalan dan tiada perkembangan semasa yang lain? Oleh demikian, secara prinsipnya, kami dengan sikap sederhana menjangkakan suasana semasa apabila Boris Johnson akan mengumumkan penamatan rundingan dengan Brussels, seperti yang dijanjikannya sebelumnya.

Bagi faktor lain, kedua-dua saluran regresi linear pada ketika ini dalam arah aliran menaik, juga termasuk moving average. Oleh demikian, semua petunjuk arah pada masa kini menunjukkan arah aliran (tren) menaik. Berdasarkan senario ini, kami menjangkakan pergerakan ke paras maksimum tempatan sebelumnya sekitar AS$ 1.28. Hanya pengukuhan sebut harga dibawah MA akan membolehkan kita mempertimbangkan pilihan untuk menematkan arah aliran menaik.

This image is no longer relevant

Volatiliti purata bagi pasangan mata wang GBP / USD secara terus kekal stabil dan kini memperoleh 97 mata setiap hari. Untuk pasangan mata wang GBP / USD, nilai ini adalah "purata". Oleh demikian, pada hari Selasa, bersamaan 14 Julai, kami menjangkakan pergerakan di dalam saluran, dihadkan oleh tahap 1.2506 dan 1.2700. Peralihan indikator Heiken Ashi ke atas akan menunjukkan kemungkinan kesinambungan semula pergerakan menaik.

Tahap sokongan berhampiran:

S1 – 1.2573

S2 – 1.2512

S3 – 1.2451

Tahap rintangan berhampiran:

R1 – 1.2634

R2 – 1.2695

R3 – 1.2756

Cadangan perdagangan:

Pasangan mata wang GBP / USD memulakan pusingan baru pembetulan menurun pada carta masa (TF) 4 jam. Justeru, pada hari ini adalah disarankan untuk membuka pesanan membeli baru dengan sasaran 1.2695 dan 1.2756, setelah pembalikan indikator Heiken Ashi ke bahagian atas. Juga adalah disarankan untuk menjual pasangan setelah menetapkan harga di bawah moving average dengan sasaran pertama 1.2512 dan 1.2451.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $5000 lebih lagi!
    Dalam November kami membuat cabutan bertuah $5000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget