empty
 
 
07.07.2020 03:00 AM
Gambaran keseluruhan pasangan mata wang EUR / USD. 7 Julai 2020. Presiden Majlis Eropah Charles Michel: "EU memerlukan tempoh beberapa tahun untuk kembali ke tahap ekonomi sebelum berlakunya krisis."

Carta masa 4-jam

This image is no longer relevant

Maklumat teknikal:

Saluran regresi linear yang lebih tinggi: arah aliran - menaik.

Saluran regresi linear yang lebih rendah: arah aliran - menurun.

Moving Average (MA) (20; smoothed) - menaik.

CCI: 177.4751

Pasangan mata wang didagangkan dengan tidak mudah pada hari dagangan pertama minggu baru. Nampaknya pada akhir minggu yang lalu, peserta pasaran Amerika meninggalkan tawaran dagangan dengan lebih awal. Pada hari Khamis, dan semalam, mereka mula menyelesaikan semua perkara yang mereka terlepas pada hari sebelum itu. Dan sememangnya mereka sangat ketinggalan. Sebagai contoh, statistik makroekonomi dari Amerika Syarikat, penerbitannya dipindahkan secara khusus dari hari Jumaat hingga Khamis untuk menjadikan hari Jumaat sebagai cuti sempena Hari Kemerdekaan, yang secara rasmi telah dijadualkan pada hari Sabtu, 4 Julai. Kami menerangkan pakej statistik makroekonomi dari luar negara sebagai bertentangan, ekoran daripada beberapa laporan ternyata optimis, namun, seimbas kembali pada kejatuhan indikator yang sama pada bulan April-Mei, pertumbuhan semasa nampaknya sangat lemah. Pertama sekali, ini berlaku untuk Gaji Bukan Ladang (NFP), yang meningkat sebanyak 4.8 juta. Namun, dalam tempoh dua bulan sebelumnya, angka ini kehilangan sebanyak 11 juta. Angka pengangguran telah jatuh, bagaimanapun, kadar itu menurun sebanyak 11.1%, yang merupakan angka sangat tinggi dicatatkan. Upah menurun sebanyak 1.2% berbanding bulan sebelumnya. Oleh demikian, secara umum, pakej statistik ini boleh dianggap negatif bagi dolar, walaupun pada pandangan pertama ia tidak kelihatan seperti itu. Tiada penjelasan lain untuk pertumbuhan mata wang Eropah pada hari Isnin. Namun, kami juga ingin memperhatikan bahawa pada masa ini, pedagang mungkin memberi tumpuan yang lebih besar terhadap wabak "coronavirus" di Amerika Syarikat. Sememangnya senario itu adalah tepat. Sekiranya sebelum ini merupakan wabak di seluruh dunia, kini hanya beberapa negara di dunia yang terus memperbaharui rekod jangkitan mereka mengenai kejadian penularan wabak setiap hari. Dan Amerika Syarikat berada di kedudukan pertama yang yakin dengan petunjuk tidak mendorong ini. Selain itu, keadaan bertambah buruk ekoran daripada kenyataan bahawa perlaksanaan kuarantin negara itu tidak banyak memberikan keputusan positif. Wabak itu hanya dapat dibendung dalam tempoh sementara, tetapi setelah Donald Trump mula "membuka" ekonomi, juga setelah demonstrasi dan tunjuk perasaan yang tercetus di negara itu selama kira-kira sebulan, serta setelah Donald Trump sendiri mula menjelajah negara untuk manifesto pilihan raya, situasi persekitaran "coronavirus" segera meningkat dan setiap hari kini dicatatkan sejumlah 40-50 ribu kes baru bagi jangkitan penyakit ini. Dan ini bermaksud bahawa pandemik di Amerika Syarikat berlanjutan dan senario adalah tidak baik untuk melihatnya. Walaupun tiada "lockdown" baru dilaksanakan, situasi masih lagi buruk bagi ekonomi. Golongan yang tidak sihat dan ketakutan tidak akan pergi bekerja, selagi Amerika Syarikat membayar faedah pengangguran yang meningkat. Perniagaan akan terus menderita, yang sekali lagi mengancam kehilangan pekerjaan dan meningkatkan kadar pengangguran. Golongan tidak akan aktif secara sosial, kerana mereka menyedari bahawa virus COVID-2019 masih lagi tersebar. Di Eropah penduduknya semakin tenang, pihak berkuasa telah menamatkan langkah kuarantin, kerana di kebanyakan negara, kadar insiden telah menurun hampir menjadi sifar, dan wabak tempatan baru segera dikesan dan ditempatkan. Di Amerika, semuanya adalah berbeza. Dalam keadaan terburuk, negara akan menghadapi langkah kuarantin baru. Beberapa negeri telah mengenakan sekatan sejak virus ini menyebar pada kadar yang sangat tinggi.

Dari semua ini, kita dapat membuat kesimpulan secara tidak rasmi bahawa ekonomi Eropah pada masa kini tidak terhalang oleh sebarang perkara untuk mula pulih. Sudah tentu, senario akan menjadi lebih mudah dalam usaha melaksanakan pemulihan ini sekiranya Parlimen Eropah, Suruhanjaya Eropah, dan Majlis Eropah berjaya membuat persepakatan terhadap pakej bantuan tambahan untuk ekonomi EU dengan kos bernilai 750 bilion euro, namun perkara ini masih belum berkaya dilaksanakan. Tetapi Kesatuan Eropah berjaya mengalahkan "coronavirus" dan menghentikan penyebarannya. Oleh demikian, ekonomi Eropah kini berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding ekonomi Amerika. Dan mata wang euro untuk pertama kalinya dalam tempoh bertahun-tahun mempunyai kelebihan (walaupun kecil) berbanding dolar AS. Kami tidak mendakwa bahawa euro sekarang akan memulakan aliran menaik jangka panjang yang baru, namun, keuntungan asas dan ekonomi makro dolar telah mendatar dalam tempoh beberapa bulan terakhir.

Namun, walaupun dalam kedudukan yang menguntungkan ini, para pegawai tertinggi Kesatuan Eropah melihat risiko tinggi untuk ekonomi. Christine Lagarde dan ahli jawatankuasa yang lain berulang kali mengatakan bahawa gelombang baru wabak ini dapat "melumpuhkan" ekonomi. Presiden Majlis Eropah Charles Michel mengatakan pada hujung minggu di forum ekonomi bahawa EU memerlukan tempoh masa beberapa tahun untuk mencapai tahap sebelum berlakunya krisis. Ketua Majlis Eropah mengatakan bahawa sejak hari pertama wabak ini berlaku, semua keputusan politik dibuat melalui prisma kesihatan dan kehidupan warga Eropah. Tujuan utamanya adalah untuk menghentikan penyebaran virus. EU telah melonggarkan beberapa langkah dan prinsip untuk semua negara anggota EU untuk mempermudahkan mereka menangani wabak tersebut di peringkat kebangsaan. Namun, seiring dengan putaran waktu, adalah ternyata tidak semua negara EU bersedia menghadapi krisis pandemik dan menunjukkan peluang yang sama untuk mengatasi akibatnya. "Pertumbuhan ekonomi tidak mempunyai kekuatan kuasa sakti automatik. Ketidakseimbangan dan ketidakadilan tidak hanya menaburkan kekecewaan tetapi juga menimbulkan rintangan kemakmuran. Mengurangkan ketidakseimbangan akan meningkatkan kestabilan ekonomi," kata Presiden Majlis Eropah. Oleh demikian, kata Charles Michel, Kesatuan Eropah telah memilih laluan yang benar: menjelang tahun 2050, EU merancang untuk mengubah arah mereka ke ekonomi "hijau", beralih ke teknologi digital, dan mengurangkan ketidaksamaan antara anggota sekutu.

Pada hari Isnin, bersamaan 6 Julai, Kesatuan Eropah menerbitkan laporan mengenai penjualan runcit untuk bulan Mei. Sememangnya indikator ini meningkat sebanyak 17.8% dari segi bulanan, dan kehilangan sebanyak 5.1% dari segi tahunan. Angka-angka ini jauh lebih baik berbanding nilai ramalan dan juga secara tidak langsung sedikit menyokong pembeli mata wang Eropah. Walau bagaimanapun, kami percaya bahawa pedagang pada umumnya terus mengabaikan statistik makroekonomi, sekurang-kurangnya tidak begitu penting seperti yang diterbitkan di Amerika Syarikat pada akhir minggu lalu. Hari ini, pada 7 Julai, di Kesatuan Eropah, Jerman dijadualkan untuk menerbitkan laporan penunjuk pengeluaran industri yang tidak begitu penting. Dijangkakan di negara ini - lokomotif ekonomi Eropah pada akhir bulan Mei, pengeluaran akan menurun sebanyak 11.1% dari segi tahunan dan menambah 10% setiap bulan. Sebaliknya, menurut Christine Lagarde, kepantasan pemulihan ekonomi Eropah akan bergantung pada pemulihan pengeluaran. Oleh demikian, penunjuk ini penting, walaupun tidak mungkin menimbulkan reaksi seketika. Secara umum, pasangan mata wang euro / dolar kembali mencapai tahap Murray "5/8" -1.1353 dan terus kekal, dengan demikian, di dalam saluran mendatar, di mana ia telah diperdagangkan selama tempoh hampir sebulan. Tahap 1.1353 hanyalah had atasnya. Sekiranya pedagang berjaya mengatasinya, pergerakan menaik mungkin akan disambung semula. Sekiranya tidak, pasangan akan cuba kembali ke sekitar kawasan AS$ 1.12.

This image is no longer relevant

Volatiliti pasangan mata wang euro / dolar pada 7 Julai adalah sebanyak 76 mata dan dicirikan sebagai "purata". Kami menjangkakan pasangan bergerak antara tahap 1.1235 dan 1.1387 pada hari ini. Pembalikan baru indikator Heiken Ashi ke bawah akan memberi isyarat pergerakan menurun baru dalam saluran mendatar.

Tahap sokongan berhampiran:

S1 – 1.1230

S2 – 1.1108

S3 – 1.0986

Tahap rintangan berhampiran:

R1 – 1.1353

R2 – 1.1475

R3 – 1.1597

Cadangan perdagangan:

Pasangan mata wang euro / dolar secara terus diperdagangkan berhampiran garis moving average (MA), di dalam saluran mendatar. Oleh demikian, pada masa ini, adalah disarankan untuk melakukan perdagangan sekiranya pedagang berjaya mengatasi tahap 1.1175, yang merupakan anggaran had paling rendah dari saluran, dengan sasaran 1.1108 dan 1.0986. Adalah dicadangkan untuk membuka pesanan membeli tidak lebih awal dari tahap Murray "5/8" -1.1353 dengan sasaran 1.1475.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $5000 lebih lagi!
    Dalam November kami membuat cabutan bertuah $5000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget