empty
 
 
29.06.2020 10:16 AM
EUR/USD: Pemulihan ekonomi di AS mungkin perlahan kerana peningkatan kejadian koronavirus. Pertumbuhan euro selanjutnya juga tidak menentu.

Laporan statistik ekonomi makro yang lemah baru-baru ini mengenai ekonomi Amerikan Syarikat (AS) telah menjejaskan permintaan untuk mata wang Dolar AS. Ini memadamkan kesemua kedudukan mata wang yang diperoleh minggu lalu di tengah-tengah berita buruk mengenai hubungan perdagangan antara AS, China dan Eropah.

This image is no longer relevant

Satu-satunya laporan yang positif adalah data yang diterbitkan oleh Institut Ifo mengenai sektor pekerjaan di Jerman, yang menurut perhitungan mereka, terus meningkat pada bulan Jun kerana kebanyakan syarikat menjadi kurang pesimis mengenai situasi pekerjaan di negara ini. Indeks ditentukan kepada 92.3 mata, jauh lebih tinggi daripada nilai sebelumnya pada 88.3 mata pada bulan Mei. Walaupun sebahagian besar syarikat masih melakukan pemberhentian pekerja, kecenderungannya perlahan-lahan melambat terutama di sektor perkhidmatan. Ia juga diperhatikan dalam sektor perdagangan dan pembuatan.

Laporan yang agak penting mengenai inflasi Jerman akan dikeluarkan pada hari ini, yang nilainya mungkin menentukan arah pergerakan bagi mata wang euro minggu ini. Data harus menjadi lebih baik berbanding ramalan, kerana nilai yang lebih rendah berpotensi untuk menjadi masalah bagi bank pusat Jerman, yang akan menyebabkan kelemahan mata wang Eropah.

Sementara itu di AS, laporan makroekonomi yang diterbitkan pada hari Jumaat lalu ternyata lemah, yang mengecewakan para pedagang, kerana menjadi jelas bahawa pemulihan cepat tidak perlu dipertimbangkan. Perbelanjaan pengguna kurang dari nilai yang diramalkan oleh ahli ekonomi, yang menyebabkan Dolar AS melemah berbanding aset berisiko. Pemulihan ekonomi AS jelas tidak berada pada tahap yang diharapkan oleh kebanyakan orang. Menurut data yang diterbitkan oleh Jabatan Perdagangan AS, perbelanjaan pengguna di AS meningkat sebanyak 8.2% pada bulan Mei, sementara ahli ekonomi menjangkakan angka tersebut akan meningkat kepada 8.7%. Memulakan kembali kegiatan setelah perintah kuarantin selama dua bulan bagi membendung penularan pandemik coronavirus tidak secepat yang diramalkan, tetapi berkat langkah-langkah pemerintah yang mendorong, pertumbuhan menjadi sangat memberangsangkan.

Pendapatan isi rumah menurun pada kadar yang lebih perlahan, juga berkat sokongan kewangan. Data terbaru menunjukkan bahawa pendapatan pada bulan Mei menurun sebanyak 4.2%, walaupun terdapat peningkatan keprihatinan terhadap kadar coronavirus sebagaimana 33 biah negara di AS menyaksikan lonjakan ketara dalam jumlah kes baru coronavirus minggu lalu. Sebilangan syarikat terpaksa ditutup semula susulan keadaan tersebut.

This image is no longer relevant

Adalah tidak menghairankan bahawa dengan faktor-faktor tersebut, penilaian Amerika terhadap ekonomi AS bertambah buruk pada akhir bulan Jun. Laporan University of Michigan mendedahkan bahawa dalam tempoh empat minggu yang lalu, sentimen pengguna turun dari 78.9 mata kepada 78.1 mata. Nampaknya, lonjakan kes jangkitan baru coronavirus yang lain akan memberi tekanan serius pada indeks akhir aktiviti pengguna untuk bulan Jun pada tahun ini.

Sementara itu, indeks keadaan semasa meningkat kepada 87.1 mata pada penghujung Jun, sementara indeks jangkaan melonjak dari 65.9 mata kepada 72.3 mata pada bulan Mei.

This image is no longer relevant

Bagi gambaran teknikal pasangan mata wang EUR/USD, pembetulan kenaikan harga pada mata wang Eropah mungkin berterusan pada awal minggu ini, jika data mengenai inflasi Jerman ternyata lebih baik berbanding ramalan ahli ekonomi. Namun, konflik hubungan perdagangan di antara China, Eropah dan AS, serta lonjakan kes jangkitan coronavirus, masih boleh mengekang permintaan aset berisiko. Oleh itu, aliran menaik perlu menembusi tahap teknikal dari tahap rintangan 1.1280, kerana kejadian seperti itu akan membuka peluang untuk mendorong kenaikan harga ke tahap tinggi minggu lalu sekitar 1.1345. Tetapi jika tidak ada pembelian aktif di atas tahap 1.1280, aliran menurun akan berusaha membentuk sempdan atas saluran menurun yang baru, yang akan mengembalikan pasangan mata wang EUR/USD ini berdagang di bawah tahap sokongan 1.1235. Ia akan meningkatkan tekanan ke atas pasangan mata wang EUR/USD dan mengembalikan harga ke tahap rendah mingguan sekitar 1.1200 dan 1.1160.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $5000 lebih lagi!
    Dalam November kami membuat cabutan bertuah $5000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget