empty
 
 
16.06.2020 12:21 PM
Pasangan mata wang GBP / USD dan EUR / USD: Pound melonjak setelah UK dan EU memutuskan untuk meningkatkan intensiti rundingan. Fed memperluaskan program pembelian semula bon korporat.

Pound Britain muncul selepas berita bahawa UK dan EU bersetuju untuk meningkatkan usaha mereka dalam rundingan mengenai Brexit. Namun, kekurangan perkembangan yang dapat dilihat pasti akan mengubah mood kenaikkan harga ke arah aliran menurun tidak lama lagi, kerana perubahan nyata dalam keadaan dan kompromi di kedua-dua belah pihak diperlukan untuk mencapai kesepakatan sepenuhnya.

Pada masa yang sama, laporan makroekonomi yang diterbitkan semalam mengenai ekonomi zon Eropah sememangnya tidak kuat menyokong Euro, tetapi kelemahan pada dolar AS kembali setelah kenyataan yang dibuat oleh Rizab Persekutuan dan wakilnya.

This image is no longer relevant

Satu pertemuan diadakan semalam antara Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dan kepemimpinan Kesatuan Eropah, di mana kedua-dua pihak bersetuju untuk meningkatkan intensiti rundingan mengenai Brexit. Peristiwa itu cukup untuk mendorong pembeli pound yang selalu menggunakan khabar angin untuk bermain di depan pasaran dalam usaha mendapatkan keuntungan spekulatif. Keinginan kedua-dua pihak untuk membuat kesepakatan perdagangan pada akhir tahun ini dapat difahami, namun, seperti yang telah berulang kali diperhatikan, masih terdapat masalah utama kesepakatan perjanjian berkenaan penangkapan ikan dan piawaian alam sekitar, yang masih menjadi halangan besar dalam rundingan. Walaupun begitu, semasa sidang media, Boris Johnson mengatakan bahawa beliau mahukan perjanjian perdagangan pada akhir musim panas. Menteri Kabinet UK juga menyokong pernyataan seperti itu, memaklumkan kepada EU bahawa mereka tidak akan menggunakan undang-undang dan membenarkan permohonan lanjutan tempoh peralihan Brexit hingga akhir bulan Jun. Oleh demikian, pada tarikh 31 Disember, sekiranya masih tiada penyelesaian, UK akan menarik diri dari perjanjian perdagangan semasa, yang akan menimbulkan banyak masalah bagi kedua-dua pihak. Lingkaran perniagaan mengatakan bahawa perjanjian itu harus disimpulkan pada akhir musim luruh ini supaya syarikat dapat mempersiapkan diri dengan keadaan baru.

Presiden Majlis Eropah, Charles Michel, juga memberikan pernyataan, mengatakan bahawa perjanjian perdagangan yang bercita-cita tinggi dan komprehensif antara UK dan EU setelah Brexit akan menjadi kepentingan bersama, dan pertemuan itu hanya akan memberi dorongan baru untuk rundingan.

Bagi gambaran teknikal pasangan mata wang GBP / USD, aliran menaik berjaya mengukuhkan harga di atas tahap rintangan 1.2620 sehingga sasaran utama mereka hari ini adalah melindungi julat ini. Tetapi seperti biasa, perbualan mengenai kesepakatan perjanjian Brexit pasti akan mempengaruhi pergerakan pasangan, jadi kami tidak perlu untuk terlalu bergantung pada mengekalkan mood menaik tanpa terdapat spesifikasi ke arah ini. Pengembalian ke tahap 1.2620 masih mungkin, senario yang berlaku ini akan menyebabkan pencetus sejumlah pesanan berhenti spekulatif, yang akan meningkatkan tekanan pada pound dan jatuh ke tahap sokongan 1.2535 dan 1.2450. Untuk mengekalkan situasi menaik, harga perlu menembusi dari tahap rintangan 1.2715 dan keluar ke paras tinggi 1.2805.

Sementara itu, dolar AS mula menurun sekali lagi setelah Fed mengumumkan rancangannya untuk memperluaskan program pembelian bon yang diumumkan sebelumnya. Pada mulanya hasrat adalah untuk memberikan sokongan yang baik kepada pasaran saham tetapi baru-baru ini, pernyataan mengenai peruntukan bantuan telah memberi tekanan kepada dolar AS. Fed telah memperuntukkan sejumlah AS$ 250 bilion bagi program itu tetapi juga sedang menyiapkan sejumlah AS$ 500 bilion lagi untuk menambah dana. Wang tersebut akan digunakan untuk menyokong syarikat yang mempunyai penarafan pelaburan, atau dengan kata lain, keseluruhan bon terbesar Amerika utama yang mempunyai penarafan kredit yang stabil pada 22 Mac, iaitu sebelum wabak coronavirus di AS.

Dalam catatan lain, laporan makroekonomi yang diterbitkan semalam, walaupun lebih baik, tidak mempengaruhi pasaran.

Menurut data, jumlah pekerjaan di sektor pembuatan Jerman susut sebnayak 1.8% pada bulan April berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu. Sebuah laporan dari Destatis mendedahkan bahawa pada akhir bulan April, sejumlah 5.6 juta orang bekerja di kemudahan di sektor perkilangan, di mana kira-kira 105,000 lebih sedikit berbanding pada bulan April 2019. Di samping itu, waktu kerja juga menurun berikutan daripada langkah-langkah sekatan yang dikenakan kerana wabak tersebut.

Di Itali, indeks harga pengguna turun sebanyak 0.2% pada bulan Mei, sama dengan penurunan yang diperhatikan pada bulan Mei 2019. Ini menunjukkan bahawa deflasi telah berlaku dalam ekonomi zon Eropah ketiga terbesar, sebab utamanya adalah kejatuhan harga tenaga. Namun, sekarang situasi telah pulih, justeru pertumbuhan juga akan segera diperhatikan dalam indeks.

This image is no longer relevant

Satu lagi laporan yang tidak seharusnya ditinggalkan tanpa pengawasan adalah data pada imbangan perdagangan zon Eropah. Menurut angka rasmi, lebihan perdagangan asing zon Eropah selesai menjadi € 2.9 bilion pada bulan April, lebih tinggi berbanding 15.5 bilion yang dicatatkan pada bulan April 2019. Penurunan eksport yang mendadak adalah punca utama penurunan pesat dalam indikator, ekoran daripada laporan mendedahkan bahawa eksport dari zon Eropah jatuh sebanyak 24.5% pada bulan April 2020. Import juga menurun sebanyak lebih daripada 13% pada bulan April 2020.

This image is no longer relevant

Bagi ekonomi AS, Fed New York menerbitkan laporan yang menunjukkan bahawa disebabkan oleh tindakan penghapusan langkah sekatan, aktiviti pengeluaran telah pulih, sehingga indikator mula muncul. Oleh demikian, menurut perhitungan New York Fed, indeks pengeluaran meningkat menjadi -0.2 mata pada bulan Jun 2020, berbanding -48.5 mata pada bulan Mei, sementara ahli ekonomi menjangkakan indeks tersebut menjadi -35.0 mata.

This image is no longer relevant

Sementara itu, ucapan Robert Kaplan, ketua Fed Dallas sangat negatif. Kaplan mengatakan bahawa sebelum membuat kesimpulan, perlu memerhatikan apa yang akan terjadi pada ekonomi pada musim panas. Kekuatan deflasi akan berlaku dalam tempoh beberapa tahun ke depan, dan dorongan inflasi akan kekal terhad. Selain itu, menurut perhitungannya, penurunan KDNK yang mencatat rekod sebanyak 35% -40% setahun dijangka pada suku ke-2 tahun ini, tetapi pada musim panas, ekonomi akan mula pulih, begitu juga pasaran buruh yang kembali pulih selepas sekatan kuarantin dihapuskan.

Mengenai gambaran teknikal pasangan mata wang EUR / USD, masih terlalu awal untuk mengharapkan kembali mood aliran menaik, kerana kenaikan harga perlu mempertahankan harga di atas tahap sokongan 1.1320 untuk memastikan pertumbuhan berterusan euro ke paras tertinggi 1.1420 dan 1.1515. Justeru, dalam senario penurunan harga, tahap 1.1260 akan bertindak sebagai sokongan, tetapi paras rendah yang lebih besar hanya dapat dilihat di kawasan 1.1190 dan 1.1120.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $5000 lebih lagi!
    Dalam November kami membuat cabutan bertuah $5000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget