empty
 
 
22.05.2020 03:58 AM
Ramalan awal dan isyarat perdagangan urusniaga harian pasangan mata wang EUR/USD pada 22 Mei. Laporan COT. Aliran menurun berada di bawah tahap 1.0990-1.1008 dan bersedia untuk memulakan penurunan harga ke tahap 1.0750

Pasangan Mata Wang EUR/USD - Carta 1 JAM

This image is no longer relevant

Pasangan mata wang EUR/USD meneruskan pergerakan menaik dan berjaya mencapai tahap tinggi 19 April pada 1.0990 dalam carta 1 Jam pada beberapa hari yang lalu, serta tahap rintangan dalam carta 4 Jam pada tahap 1.1008. Pasangan mata wang ini melantun dari dua tahap ini, sekali lagi menunjukkan bahawa aliran menaik tidak mempunyai kekuatan yang cukup untuk membentuk arah aliran baru, dan memulakan pembetulan ke arah bawah, yang menurut logik, ia harus bergerak menurun dalam saluran mendatar 1.0750-1.0990 yang telah kita nyatakan tanpa henti dalam beberapa minggu terakhir. Walau bagaimanapun, sebelum harga menembusi tahap 1.1008, pergerakan menurun dan penjualan pasangan mata wang EUR/USD dilihat lebih relevan dan berkemungkinan.

Pasangan Mata Wang EUR/USD - Carta 15 Minit

This image is no longer relevant

Kami melihat trend kenaikan harga yang lemah pada carta 15 minit. Saluran regresi linier terendah telah ditinggalkan, dan pergerakakn harga yang lebih tinggi akan bermula. Ini menunjukkan bahawa momentum aliran menaik telah berkurangan dan mereka memerlukan alasan baru untuk membeli mata wang Eropah dan meneruskan trend menaik dalam rancangan jangka pendek. Setakat ini, semua menunjukkan bahawa Dolar AS akan terus naik pada hari perdagangan terakhir dalam minggu ini.

Laporan COT

This image is no longer relevant

Laporan COT terbaru bertarikh 12 Mei menunjukkan penurunan baru dalam jumlah transaksi jual beli di kalangan peniaga besar, sebanyak 4,781 dan 3,554. Oleh itu, suasana umum pedagang besar tetap menaik (jumlah transaksi pembelian lebih tinggi, 549,000- 521,000), selain itu, pedagang berjaya untuk kekal berdagang di atas garis arah aliran pada carta 4 Jam. Juga, pesanan pembelian meningkat di antara entiti yang terlibat dalam aktiviti profesional di pasaran pertukaran asing (+4569 transaksi pembelian). Laporan COT baru akan dikeluarkan hari ini, dan jumlahnya akan menunjukkan bagaimana mood peniaga besar telah berubah sejak seminggu yang lalu. Laporan sebelumnya, kami percaya, lebih dari sekadar dipenuhi.

Laporan fundamental untuk pasangan mata wang EUR/USD kekal neutral. Inilah sebabnya mengapa terdapat pergerakan di saluran mendatar dalam beberapa minggu terakhir (tidak seperti, misalnya, pasangan mata wang GBP/USD). Pegawai atasan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah kerap muncul di khalayak ramai, tetapi retorik, pernyataan dan keputusan mereka yang diambil tidak mengejutkan peserta pasaran dan, sebagai hasilnya, tidak dipraktikkan. Topik mengenai coronavirus secara umumnya merosot. Kebanyakkan negara di seluruh dunia telah mula dan terus menarik perintah berkurung sementara doktor terus memberi amaran mengenai kemungkinan gelombang baru penyakit ini. Dengan latar belakang ekonomi makro, ia masih lebih mudah. Pedagang tidak mengendahkannya dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Di samping itu, tidak ada penerbitan makroekonomi penting yang dijadualkan akan dikeluarkan baik di AS atau EU pada hari Jumaat, 22 Mei. Oleh itu, kami percaya bahawa tidak ada apa yang boleh menghalang pasangan mata wang ini untuk bergerak sesuai dengan gambaran teknikal, iaitu menurun.

Berdasarkan perkara di atas, kami mempunyai dua idea perdagangan untuk 22 Mei:

1) Terdapat kemungkinan bahawa harga pada pasangan mata wang EUR/USD ini akan meningkat jika ia berjaya menembusi julat rintangan 1.0990-1.1008, yang terdiri daripada dua tahap yang sepadan. Ini akan bermakna bahawa pasangan mata wang ini telah meninggalkan saluran mendatar dan bersedia untuk membentuk arah aliran menaik dengan sasaran pertama, tahap tinggi 27 Mac pada 1.1147. Potensi untuk mengambil keuntungan dalam kes ini adalah sekitar 140 mata.

2) Pilihan kedua - penurunan harga - berkemungkinan besar. Anda disarankan untuk menjual euro dari tahap rintangan 1.0990-1.1008, jangan lupa tentang pesanan Stop loss sekiranya aliran menaik masih terus mendorong pasangan ke arah atas. Sudah ada dua lonjakan dari kawasan yang ditentukan, oleh itu, kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengmbil pesanan menjual pada garis Kijun-sen (1.0904), garis Senkou Span B (1.0831) dan garis arah aliran menaik (1.0810) untuk pasangan mata wang ini dengan sasaran. Potensi untuk mengambil keuntungan dalam melaksanakan senario ini adalah dari 40 hingga 140 mata.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $5000 lebih lagi!
    Dalam November kami membuat cabutan bertuah $5000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget