empty
 
 
08.05.2020 09:38 AM
EUR/USD: Pelan Perdagangan untuk Sesi Eropah pada 8 Mei (analisis transaksi). Laporan Perubahan Pekerjaan Bukan Perladangan tidak akan menjadi masalah bagi pedagang. Bulls Aliran menaik mensasarkan ke tahap 1.0882.

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EUR/USD, anda perlu:

Untuk bermula, mari kita lihat tawaran semalam yang dibentuk pada sebelah petang. Saya telah berulang kali memperhatikan penembusan harga pada tahap sokongan 1.0787 dan meramalkan pergerakan harga yang selanjutnya dari tahap ini. Sekiranya anda merujuk kepada carta 5 minit, anda akan dapat melihat bagaimana aliran menurun berjaya menembusi di bawah tahap 1.0787 dan bahkan menguji harga dari bawah ke arah atas pada volume, yang membolehkan kami menjangkakan kejatuhan mata wang euro. Namun, pengembalian berulang ke posisi terendah hari ini merendahkan momentum penurunan, akibatnya pasangan mata wang ini kembali berdagang ke tahap 1.0787, dari mana euro melonjak naik dengan ketara. Pada masa ini, semua perhatian akan tertumpu pada laporan Perubahan Pekerjaan Bukan Perladangan dan ucapan Presiden Bank Pusat Eropah Christine Lagarde. Sekiranya aliran menaik berjaya membentuk penembusan harga palsu pada tahap sokongan 1.0826 di sebelah pagi, maka anda dapat melihat peluang kemasukan pesanan membeli dalam pertumbuhan harga yang berterusan. Sekiranya tidak ada aktiviti berlaku pada tahap 1.0826, maka adalah lebih baik untuk menangguhkan pembelian sehingga pasangan mata wang EUR/USD ini menguji tahap rendah yang lebih rendah dari 1.0771, bergantung pada pembetulan 30-35 mata dalam sehari. Sasaran pembelian yang sama pentingnya untuk mengekalkan pembetulan menaik ialah mengemas kini tahap tinggi 1.0882, pengukuhan harga di atas tahap ini akan mendorong kepada pertumbuhan yang lebih besar pada tahap 1.0923, di mana saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan.

This image is no longer relevant

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD, anda perlu:

Laporan pasaran buruh AS tidak mungkin membawa kepada perubahan yang serius pada pasaran, kerana laporan statistik serupa baru-baru ini telah diabaikan oleh para pedagang. Sekiranya laporan itu tidak melebihi unjuran ahli ekonomi, perdagangan mungkin kekal di saluran mendatar. Aliran menurun akan cuba kembali berdagang ke tahap 1.0826 pada separuh pertama hari ini, tetapi saya mengesyorkan kepada anda untuk membuka pesaann menjual dari tahap tersebut hanya setelah harga mengukuh di bawah julat ini dengan ujian, misalnya, yang saya nyatakan semalam pada carta 5 minit. Dalam senario ini, sasaran utama mingguan untuk penjual adalah tahap rendah 1.0771, di mana saya mengesyorkan anda untuk mengambil keuntungan. Sekiranya kenaikan harga terus mendorong pasaran, para pedagang disarankan untuk kembali ke pesanan menjual hanya pada lantunan harga dari tahap rintangan 1.0882 atau menjual pasangan mata wang EUR/USD dari tahap tinggi yang lebih besar iaitu 1.0923 sambil menjangkakan penurunan sebanyak 30-35 mata dalam sehari.

This image is no longer relevant

Isyarat Indikator:

Moving Averages (MA)

Pasangan mata wang EUR/USD ini berdagang di atas Moving Averages (MA) 30 dan 50 purata, yang menunjukkan kemungkinan dorongan menurun akan berakhir.

Catatan: Moving Averages (MA) tempoh dan harga dipertimbangkan oleh penulis pada carta 1 Jam dan berbeza dengan classic daily moving averages pada carta Harian.

Bollinger band

Penembusan harga pada sempadan atas indikator di wilayah 1.0875 berpotensi untuk menyebabkan kenaikan mendadak mata wang euro. Sekiranya pasangan mata wang ini melemah, sempadan mendatar indikator pada tahap 1.0826 akan bertindak sebagai sokongan, dan anda boleh membeli euro dengan lantunan harga dari sempadan bawah di kawasan 1.0780.

Huraian Indikator:

  • Moving average (Moving average menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan warna kuning.
  • Moving average (Moving average menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Grafik ditandakan dengan warna hijau.
  • Indikator MACD (Moving average Penumpuan/Penolakan - Moving average Penumpuan/Penolakan). Fast EMA 12. Slow EMA 26. SMA 9.
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20.
Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $6000 lebih lagi!
    Dalam Diseember kami membuat cabutan bertuah $6000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget