empty
 
 
08.05.2020 04:55 AM
Gambaran Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 08 Mei, 2020. Kesatuan Eropah mungkin tidak dapat bertahan

Carta 4 Jam

This image is no longer relevant

Laporan teknikal:

Saluran regresi linear lebih tinggi: arah aliran - menurun.

Saluran regresi linear lebih rendah: arah aliran - menurun.

Moving Averages (MA)(20) - menurun.

CCI: -56.9734

Pasangan mata wang EUR/USD memulakan dagangan pada hari Jumaat, 8 Mei, dalam pergerakan pembetulan yang bermula semalam. Kami telah berulang kali mengingatkan anda bahawa pada berdagang disekitar tahap 1.0750-1.0740 atau ketika melalui kawasan ini secara langsung, pasangan mata wang Euro/Dolar AS berkemungkinan akan melonjak naik, kerana di sini terletaknya sempadan bawah saluran mendatar, di mana pasangan mata wang ini telah mengukuh dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Secara praktikalnya, sebut harga menunjukkan tahap minimum 6 April - 1.0768 dan melantun dari situ. Oleh itu, setakat ini, pergerakan semasa dikenal pasti sebagai pembetulan harga, tetapi kebarangkalian harga untuk harga menembusi dan bergerak ke tahap Murray "2/8" -1.0986 adalah sangat tinggi.

Sekiranya penularan wabak "coronavirus" berjaya dikawal, pasti tidak akan sampai ke mana-mana. Ya, kadar pertumbuhan jangkitan telah menurun, dan kadar kematian akibat "penyakit China" juga merekodkan penurunan. Namun, ini tidak bermaksud bahawa anda sekarang boleh menarik nafas lega. Menurut hasil penyelidikan terbaru yang dijalankan oleh para saintis, virus itu tidak bertolak ansur dengan cahaya matahari dan suhu tinggi. Oleh itu, pada bulan-bulan musim panas, ia boleh tersebar dengan perlahan. Namun, dengan kedatangan musim yang lebih sejuk, ia mungkin akan kembali aktif. Terdapat rawatan untuk merawat virus COVID-2019, tetapi tidak ada ubat khusus. Vaksin juga masih belum dijumpai. Ini bermaksud bahawa pada bila-bila masa, seluruh dunia atau setiap negara akan diserang gelombang baru wabak ini. Terutama sekarang, ketika banyak negara mulai melonggarkan perintah berkurung. Kami pasti berharap perkara seperti ini tidak akan berlaku. Ini adalah demi kepentingan seluruh umat manusia. Tetapi adalah mustahil untuk mengabaikan perkara ini. Penerbitan ramalan terbaru dari IMF, ECB, Fed, dan organisasi antarabangsa lain, agensi penarafan, konglomerat kewangan, dan institusi perbankan, kesemuanya meramalkan ekonomi UK, AS, dan Kesatuan Eropah akan turun dengan teruk. Di Kesatuan Eropah, kita bercakap mengenai minimum 7.7% pada tahun 2020, dan di Amerika Syarikat, jumlahnya mungkin melebihi 5%. Sekiranya Amerika Syarikat tidak berdepan masalah untuk membiayai ekonomi, perniagaan kecil dan sederhana, serta memberikan bantuan kepada penduduk Amerika, semua pakej bantuan diterima dan disetujui oleh Kongres dan Fed, namun sebaliknya yang berlaku di Eropah, semuanya tidak menjadi mudah. Pada hari-hari yang lepas, kami telah menyebut bahawa keputusan mahkamah Jerman menimbulkan keraguan terhadap kesahihan tindakan ECB untuk membeli bon sebagai sebahagian daripada program rangsangan ekonomi sejak 5 tahun yang lalu. Namun, sekarang, penularan wabak dan krisis ekonomi, ECB sedang menjalankan beberapa program untuk membeli sekuriti melalui bank pusat semua negara anggota EU. Oleh itu, mahkamah Jerman memutuskan untuk menjelaskan kesahihan tindakan tersebut oleh ECB dalam masa tiga bulan. Walau bagaimanapun, pegawai Bank Pusat Eropah telah mengatakan bahawa ECB tidak mematuhi mahkamah Jerman, dan tidak ada keputusan mahkamah Eropah, dan tidak diketahui apakah ia akan melakukannya. Oleh itu, bukan fakta bahawa cerita ini akan mendapat kesinambungan, dan ECB dilarang menjalankan program serupa pada masa akan datang. Tuntutan utama orang Jerman adalah bahawa pembelian balik sekuriti dari pelbagai negara tidak seimbang dan disasarkan untuk pembiayaan hutang secara langsung, yang sepertinya dilarang oleh undang-undang Eropah.

Namun, di samping itu, beberapa pegawai EU percaya bahawa Perikatan itu sendiri mungkin tidak dapat bertahan dari wabak "coronavirus". Bekas Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk dalam wawancara dengan akhbar Jerman Der Spiegel mengatakan: "Kami tidak pernah menghadapi cabaran seperti sekarang, dengan pandemik. Jika kita melihat Eropah selatan, kita bercakap mengenai bencana. Di sini semuanya bergantung pada pertolongan segera, juga rasa simpati dan solidariti. " Menurut Tusk, Itali, Sepanyol, Portugal, dan Greecesama sekali tidak bersedia untuk menghadapi krisis dan wabak baru, kerana mereka, Kesatuan Eropah mengalami kerugian reputasi yang besar. Sekarang terserah kepada Brussels untuk menarik negara-negara ini dari bawah. Walau bagaimanapun, ECB, Parlimen Eropah, dan Majlis Eropah bukanlah organisasi kebajikan yang dapat mencetak wang dalam jumlah apa pun dan menyebarkannya ke kiri dan kanan. Organisasi-organisasi ini disokong oleh negara anggota Kesatuan Eropah yang sama. Oleh itu, sebenarnya, negara yang lebih stabil dari segi kewangan seperti Finland atau Jerman harus membayar bil Itali, Sepanyol, Greece, dan Portugal. Secara semula jadinya, pendekatan ini untuk menyelesaikan masalah "negara-negara selatan" tidak sesuai dengan "negara utara" itu sendiri. "Orang yang mempunyai lebih banyak juga harus memberi lebih banyak. Ini adalah prinsip solidariti. Jerman kuat dari segi kewangan dan dapat melindungi industri dan syarikatnya. Negara-negara EU lain tidak mempunyai peluang ini," kata Donald Tusk. Pilihan dengan "coronabonds" telah gagal pada masa ini, kerana Majlis Eropah gagal untuk menyetujui isu sekuriti bagi pihak seluruh EU untuk tujuan penempatan mereka lebih lanjut di pasaran hutang.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron juga berpendapat serupa. Beliau juga bercakap mengenai solidariti dari negara-negara Nordik (Jerman dan Belanda) dalam membantu negara-negara yang paling banyak terjejas akibat wabak tersebut. Macron percaya bahawa jika bantuan itu tidak diberikan, seluruh Kesatuan Eropah akan menghadapi risiko kejatuhan. "Sekiranya Jerman dan negara-negara UE dengan kewangan stabil menolak untuk menyokong negara-negara yang paling terjejas akibat penularan pandemik itu, ia akan membantu memenangkan populasi di Itali, Sepanyol, dan Perancis, serta di negara-negara lain yang tidak akan mendapat bantuan dari EU pada waktu krisis, "kata Presiden Perancis. "Saya berpendapat bahawa EU adalah projek politik. Kita perlu memberikan bantuan kewangan dan menunjukkan solidariti agar Eropah terus bersatu. Di negara-negara Eropah yang lebih makmur mempunyai tanggungjawab besar," Macron menyimpulkan. Oleh itu, persoalan sekarang di Eropah adalah yang paling mudah: Belanda, Finland, Jerman, dan yang lain mesti menarik keluar negara-negara yang paling terjejas dengan perbelanjaan mereka sendiri, atau EU mungkin akan berakhir.

Penerbitan laporan makroekonomi yang cukup penting sekali lagi dijadualkan akan dikeluarkan pada hari perdagangan terakhir dalam seminggu. Kali ini semuanya di Amerika Syarikat. Hari ini kita akan mengetahui kadar pengangguran rasmi untuk bulan April, yang mungkin meningkat sehingga 14%. Bilangan pekerjaan baru yang dtawarkan di luar sektor pertanian (Kadar Upah Bukan Perladangan) - berpotensi untuk turun sebanyak 22 juta, serta purata kadar upaah setiap jam dengan ramalan + 3.3%. Perlu diingatkan bahawa indikator terakhir tidak mempunyai kepentingan khusus pada masa ini. Kadar upah bukan perladangan hampir akan mengulangi laporan sebelumnya mengenai tuntutan faedah pengangguran dan ADP, maka ia mungkin tidak menimbulkan minat dari peserta pasaran. Tahap pengangguran 14% terlalu optimis, menurut anggaran terkini jumlah rakyat Amerika yang memohon faedah. Oleh itu, laporan ini dengan tanda-tanda yang sangat "keras" tidak mungkin menarik minat pedagang dalam praktiknya. Contohnya, laporan penting semalam mengenai permohonan faedah pengangguran tidak diambil kira - Dolar AS terus meningkat. Kelmarin, laporan ADP penting tidak diambil kira - dan mata wang Dolar AS terus meningkat.

This image is no longer relevant

Purata volatiliti bagi pasangan mata wang Euro/Dolar AS pada 8 Mei ialah 79 mata. Oleh itu, indikator telah menurun sedikit dan sekarang nilainya disifatkan sebagai "mendatar". Hari ini, kami menjangkakan harga akan bergerak di antara tahap 1.0750 dan 1.0908. Pembalikan menurun pada indikator Heiken Ashi mungkin akan menandakan berakhirnya kitaran pembetulan menaik.

Tahap Sokongan Paling Hampir:

S1 – 1.0742

S2 – 1.0620

S3 – 1.0498

Tahap Rintangan Paling Hampir:

R1 – 1.0864

R2 – 1.0986

R3 – 1.1108

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang EUR/USD mula menyesuaikan diri. Oleh itu, penjualan pasangan mata wang EUR/USD dengan sasaran terletak pada tahap 1.0750-1.0740 kekal relevan buat masa sekarang, jika terdapat lantunan harga dari garis Moving Averages (MA). Para pedagang disarankan untuk mempertimbangkan kemasukan pesanan membeli pasangan mata wang Euro/Dolar AS sebelum harga kembali berdagang di atas garis MA dengan sasaran masing-masing pada tahap 1.0908 dan 1.0986.

Penjelasan ilustrasi:

Saluran regresi linear lebih tinggi - pergerakan tidak jelas garis biru.

Saluran regresi linear lebih rendah - pergerakan tidak jelas garis ungu.

CCI - garis biru di tetingkap penunjuk.

Moving Averages (MA) (20;) adalah garis biru pada carta harga.

Murray level - Jalur mendatar warna-warni.

Heiken Ashi adalah indikator yang berwarna biru atau ungu.

Varian pergerakan harga yang berpotensi:

Anak panah merah dan hijau.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $5000 lebih lagi!
    Dalam November kami membuat cabutan bertuah $5000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget