empty
 
 
14.08.2019 11:37 AM
Gambaran Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 14 Ogos, 2019. Ramalan Perdagangan

Carta 4 Jam

This image is no longer relevant

Laporan teknikal:

Saluran regresi linear lebih tinggi: arah aliran - menurun.

Saluran regresi linear lebih rendah: arah aliran - menurun.

Moving Averages (MA) (20) - mendatar.

CCI: -168.4884

Pada 14 Ogos, pasangan mata wang EUR/USD ini dilihat mengukuh di bawah garis Moving Averages (MA), selepas lima percubaan untuk menembusi tahap Murray "4/8" - 1.1230. Oleh itu, jika peniaga berjaya menurunkan pasangan mata wang Euro/Dolar AS di bawah tahap Murray "3/8" - 1.1169 (had bawah saluran mendatar beberapa hari terakhir), maka secara rasmi ia akan dapat mengenali bahawa aliran menurun telah menyambung semula. Ia mungkin mustahil untuk mengatakan bahawa Dolar AS telah mengukuh pada semalam, tetapi laporan inflasi bagi bulan Julai bagaimanapun memberikan sedikit sokongan. Hari ini, bacaan awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)(untuk suku kedua) dan pengeluaran perindustrian (untuk bulan Jun) di Kesatuan Eropah dijadualkan akan dikeluarkan. Perlu diperhatikan bahawa ramalan untuk penunjuk ini sangat rendah. KDNK diunjurkan berkembang 1.1% y/y dan 0.2% q/q, dan pengeluaran perindustrian mempunyai ramalan negatif -1.2% y/y. Oleh itu, sukar untuk euro menunjukkan pertumbuhan pada hari ini, terutamanya di atas tahap 1.1230, kerana pasangan mata wang ini masih belum lagi meninggalkan saluran mendatar. Berdasarkan kepada kenyataan ini, kemungkinan besar aliran menurun akan diteruskan. Tiada penerbitan makroekonomi utama yang dijadualkan di Amerika Syarikat pada hari ini. Peserta dalam pasaran forex masih tidak banyak memberi perhatian kepada perang perdagangan di antara China dan Amerika Syarikat, serta rancangan Fed untuk melonggarkan dasar kewangan di masa depan.

Tahap Sokongan Paling Hampir:

S1 – 1.1169

S2 – 1.1108

S3 – 1.1047

Tahap Rintangan Paling Hampir:

R1 – 1.1230

R2 – 1.1292

R3 – 1.1353

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang Euro/Dolar AS terus berdagang di saluran mendatar yang dihadkan oleh tahap Murray "3/8" dan "4/8". Sekiranya aliran menurun berjaya mengekalkan pasangan mata wang Euro/Dolar AS di bawah tahap "3/8", maka ia berkemungkinan besar boleh berdagang dengan penurunan ke tahap 1.1108. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kembali ke pesanan pembelian tidak lebih awal daripada tahap Murray "4/8".

Sebagai tambahan kepada gambaran teknikal, adalah perlu untuk mengambil kira laporan fundamental dan waktu pengumumanya:

Penjelasan ilustrasi:

Saluran regresi linear lebih tinggi - pergerakan tidak jelas garis biru.

Saluran regresi linear lebih rendah - pergerakan tidak jelas garis ungu.

CCI - garis biru di tetingkap penunjuk.

Moving Averages (MA) (20;) adalah garis biru pada carta harga.

Murray level - Jalur mendatar warna-warni.

Heiken Ashi adalah indikator yang berwarna biru atau ungu.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $5000 lebih lagi!
    Dalam November kami membuat cabutan bertuah $5000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget