empty
 
 
23.10.2018 11:47 AM
Analisis fundamental EUR/USD untuk 23 Oktober 2018

Pasangan mata wang EUR / USD telah cukup memberangsangkan dengan tekanan penurunan harga baru-baru ini yang melanda aliran kenaikkan harga impulsif terdahulu, memimpin harga di bawah kawasan 1.15 dengan sesi penutupan harian. Berikutan masalah defisit belanjawan Itali baru-baru ini, mata wang euro bergelut untuk mengekalkan keuntungan meskipun momentum kenaikan harga yang kukuh sebelum sesi penutupan pada minggu lalu.

Walaupun Itali enggan menolak defisit belanjawan sebagai tindak balas kepada EU mengenai rancangan perbelanjaannya pada tahun 2019, pasaran mentafsirkan maklumat itu dengan cara yang mudah. Walau bagaimanapun, kerajaan Itali tidak mengambilnya sebagai satu pandangan negatif kerana mereka mendakwa bahawa pertumbuhan ekonomi adalah lebih baik daripada jangkaan dan sasaran struktur defisit boleh disemak semula. Namun, fakta ini meletakkan mata wang euro di bawah tekanan. Hari ini laporan PPI Jerman akan diterbitkan yang dijangka tidak berubah pada catatan sebanyak 0.3% dan Keyakinan Pelanggan juga dijangka tidak berubah pada -3. Menjelang ucapan Presiden ECB Draghi pada hari Jumaat ini, ketidaktentuan tertentu mungkin wujud di pasaran sepanjang minggu untuk mata wang euro.

Sebaliknya, Fed kini sedang menunggu kenaikan kadar lain pada minggu yang akan membawa kadar faedah kepada 2.50% daripada nilai semasa iaitu sebanyak 2.25%. Walaupun baru-baru ini berhujah dengan Presiden Trump, kenaikan kadar faedah boleh membawa kepada keuntungan tertentu tetapi dalam tempoh jangka masa panjang ia dijangka memperlahankan pertumbuhan ekonomi dalam pelbagai cara. Menjelang Pesanan Barang Tahan Lama dan Anggaran KDNK Akhir, hari ini laporan Indeks Pembuatan Richmond akan diterbitkan yang dijangka berkurang hingga 25 dari angka sebelumnya iaitu 29 dan Ahli Bostic FOMC akan bercakap pada hari ini mengenai keputusan kadar faedah dan dasar monetari masa depan yang dijangka mempunyai keputusan yang lebih agresif.

Sehingga senario semasa, EUR mungkin akan terus bergelut untuk memperoleh momentum berbanding USD dengan kesulitan fundamental tertentu dalam proses itu. Sekiranya USD berjaya melaksanakan prestasi yang lebih baik dari yang dijangkakan di tengah-tengah laporan ekonomi yang akan datang, tekanan menurun impulsif yang selanjutnya adalah dijangkakan dalam pasangan yang akan membawa kepada momentum yang lebih rendah pada masa akan datang.

Sekarang mari kita melihat kepada pandangan teknikal. Pasaran harga telah menembusi di bawah kawasan 1.15 dengan pertemuan ke tahap dinamik 20 EMA baru-baru ini yang dijangka akan membawa kepada tekanan penurunan harga yang lebih rendah dalam pasangan itu. Pada masa ini harga dijangka menjejak ke tahap lebih tinggi ke arah kawasan 1.15 sebelum ia mula menolak ke tahap yang lebih rendah dengan sasaran ke arah kawasan 1.1430 dan kemudian ke arah kawasan 1.1300 pada masa akan datang. Berikutan daripada harga masih di bawah kawasan 1.15, kecenderungan penurunan harga adalah dijangka berterusan.

SOKONGAN: 1.1300, 1.1430

RINTANGAN: 1.1500, 1.1600

KECENDERUNGAN: MENURUN

MOMENTUM: VOLATILITI

This image is no longer relevant

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $1000 lebih lagi!
    Dalam Oktober kami membuat cabutan bertuah $1000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget