empty
 
 
10.10.2017 09:28 AM
Analisis Fundamental USD/JPY untuk 10 Oktober, 2017

Pasangan mata wang USD/JPY telah diniagakan dalam struktur pembetulan yang besar selama beberapa bulan. Harga juga diniagakan agak tidak menentu pada baru-baru ini. Untuk beberapa hari kebelakangan ini, harga tidak menunjukkan sebarang kemajuan dalam mana-mana arah selain penolakan tertentu di kedua-dua belah pasaran yang menunjukkan sentimen mengelirukan di dalam pasaran. Pada masa ini, laporan Akaun Semasa Jepun telah dikeluarkan yang menunjukkan peningkatan kepada 2.27T berbanding 2.03T pada sebelumnya yang dijangka mencatatkan 1.98T dan laporan Sentimen Pemerhati Ekonomi juga menunjukkan peningkatan kepada 51.3 daripada angka sebelumnya 49.7 yang dijangka berada pada 49.9. Bercakap mengenai mata wang USD, laporan Indeks Perniagaan Kecil NFIB dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini dan ia diramalkan akan menunjukkan sedikit penurunan kepada 105.1 daripada bacaan sebelumnya 105.3, Laporan Ekonomi Optimis IBP/TIPP pula dijangka akan mencatatkan kenaikan kepada 54.2 daripada bacaan sebelumnya 53.4, dan Ahli FOMC, Kashkari akan berucap hari ini mengenai kadar faedah utama dan dasar kewangan negara, pendiriannya dijangka bersifat neutral. Keputusan yang bercampur-campur dari laporan ekonomi mungkin menyebabkan kelemahan USD berbanding dengan JPY. Laporan ekonomi Jepun yang positif akan mendorong kepada kenaikkan yang selanjutnya pada pasangan mata wang ini. USD diramalkan akan diniagakan lebih lemah berbanding JPY sehinggalah AS mengeluarkan dengan beberapa laporan fundamental yang positif pada hari-hari akan datang.

Sekarang mari kita lihat pada carta teknikal. Harga kini berada dalam jarak pembetulan dimana penolakan kenaikkan harga yang agak ketara daripada penolakan menurun. Ini menandakan bahawa harga dijangka akan menunjukkan beberapa pergerakan penurunan harga selepas menembusi julat dagangan. Pasangan mata wang ini telah diniagakan di dalam struktur pembetulan di antara tahap 108.30 dan 114.30 untuk beberapa bulan terakhir di mana keadaan pasaran semasa menunjukkan tekanan penurunan harga di dalam struktur pembetulan. Pada masa ini, harga dijangkakan akan mencecah tahap sokongan 110.60 pada hari-hari akan datang. Kemudian, jika harga menembusi di bawah tahap 110.60 dengan penutupan harian, maka kami akan menantikan harga untuk bergerak ke arah tahap 108.30 pada masa akan datang. Memandangkan harga kekal diniagakan di bawah tahap tertinggi harian sebelumnya, iaitu pada 113.50, kecenderungan penurunan harga dijangka akan berterusan.

This image is no longer relevant

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $1000 lebih lagi!
    Dalam Oktober kami membuat cabutan bertuah $1000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget