empty
 
 
16.01.2017 12:33 PM

Menjelang akhir tahun, Instaforex telah mengadakan ekspo kewangan tahunan di bawah jenama ShowFx World. Ekspo yang berlangsung di Kyiv ini telah dianggap sebagai acara penting dalam dunia kewangan. Pada masa ini, sebilangan besar pegunjung telah menunjukkan minat terhadap Forex. Ekspo 2 hari itu berlansung di Regency Hyatt Kiev dan telah mendapat sambutan hangat dengan kehadiran ribuan pengunjung. Terdapat beberapa sebab disebalik kejayaan besar ini. Pertama adalah jurucakap yang sangat dikenali ramai. Instaforex turut diwakili oleh Pakar Analisis iaitu Aleksandr Davydov dan Mikhail Makarov juga Pengurus Pembanggunan Wilayah,Sergey Aleksandrov.

Seperti kebiasaan, Aleksandr Davydow membincangkan mengenai isu-isu hangat dalam dunia kewangan. Beliau mengulas tentang polisi ekonomi baru di Amerika Syarikat yang mempengaruhi ekonomi global. Selain itu, pakar-pakar analisis turut membuat jangkaan matawang bagi keadaan ekonomi yang bakal muncul pada tahun 2017.

Sementara itu, Mikail Makarov fokus kepada isu- isu praktikal. Beliau dalam ucapannya turut berkongsi tentang dua rahsia utama kejayaannya dalam Forex bersama para tetamu. Pakar-pakar analisis itu turut meletakkan keutamaan terhadap perkembangan sistem dagangan yang perlu dilengkapi dengan pengurusan risiko yang baik. Pakar-pakar tersebut juga telah merungkaikan kedua-dua rahsia, serta mengulas dengan lebih lanjut serta menjawab soalan dari para pengunjur yang hadir.

Sergey Aleksandrov menyampaikan ucapan kepada para pedagang yang bersungguh-sungguh mencari pendapatan tambahan tanpa menjejaskan rutin forex mereka. Salah satu langkah, beliau mencadangkan perkhidmatan dagangan yang mendatangkan pulangan yang lebih lumayan sejajar dengan dagangan, seperti Projek PAMM dan Sistem ForexCopy. Beliau turut menekankan tentang pedagang-pedagang yang berpengalaman mencapai hasil terbaik dalam program affiliasi broker forex. Malah, pedagang yang berpengalaman boleh melatih ahli baru untuk berdagang dan mendapat ganjaran atas panduan yang telah diberikan.

Majlis anugerah utama adalah acara yang paling dinanti-nantikan. Pemenang peraduan ratu cantik Miss Insta Asia musim ke-7 telah menerima hadiah mereka. Empat pemenang dalam kategori yang berbeza itu tiba di majlis tersebut dari Rusia, Ukraine, dan Republik Czech. Anna Gementchuk dari Kyiv telah dinobatkan sebagai juara Miss Insta Asia 2016. Selain daripada menyandang gelaran ratu cantik, beliau juga telah menerima ganjaran sebanyak $ 20,000 yang dikreditkan dalam akaun dagangannya. Gadis itu berjanji akan memulakan dagangan dalam masa yang terdekat.

Akhir sekali, tuan rumah ShowFx World tidak lupa tentang acara cabutan hadiah dan cenderahati untuk para pengunjung. Mengambil bahagian dalam acara cabutan bertuah Instaforex, beberapa tetamu telah memenangi sijil bonus bernilai sehingga $1,000 dan alat peranti berjenama. Mereka yang kurang bernasib baik untuk memenangi iPhone 7, telah menerima buku mengenai perdagangan dan aksesori dari rakan niaga InstaForex, kelab bola sepak Palermo Itali.

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget