empty
 
 
15.12.2016 10:13 AM

Dakar Rally 2017 adalah merupakan cabaran yang sukar untuk kedua-dua pelumba dan trak. Laluan perlumbaan ini akan meliputi seluruh Paraguay, Bolivia, dan Argentina. Perlumbaan besar ini dijadualkan akan bermula pada 2 Januari di Asunción dan berakhir pada 14 Januari di Buenos Aires. Secara tradisinya, Pasukan Loprais InstaForex akan mengambil bahagian dalam Dakar Rally ini.

Pada tahun ini, pasukan kami yang diketuai oleh Ales Loprais akan bersaing di Tatra Phoenix, trak pencapaian tinggi baharu, direka khas untuk perlumbaan di luar jalan raya. Berita baik, Ales Loprais dan Martin Kolomy akan bergabung usaha dan dikenali sebagai InstaForex Tatra Buggyra Racing Formation. Mereka telah melalui beberapa siri pandu uji di Slovakia dan Hungary. Mekanikal penalaan halus termasuk pelarasan tetapan penyerapan kejutan, penggantian elektronik trak, dan pemasangan enjin caj turbo baru.

Banyak trak akan terkeluar daripada perlumbaan. Dengan Tatra Phoenix, pasukan kami memperoleh kelebihan dari segi kelajuan. Pesaing akan menghadapi halangan yang teruk di sepanjang laluan ke Buenos Aires. Sebagai contoh, di Bolivia, trak perlu mendaki bukit pasir tanah tinggi pada kira-kira 3500 meter. Kedua-dua pelumba dan mekanik perlu menguji ketahanan mereka.

Ales Loprais dan Martin Kolomy akan mempamerkan kemahiran perlumbaan terbaik mereka dan sampai ke destinasi akhir.

Tinggal satu bulan sahaja lagi sebelum acara Rally Dakar bermula. Pasukan kami dengan Tatra Phoenix kini sudah separuh jalan ke Paraguay. Mereka menjangkakan perlumbaan 12 hari di luar jalan raya di seluruh laluan merentasi Amerika Selatan.

Ikuti maklumat terkini mengenai Dakar Rally 2017 dan bersorak untuk Pasukan Loprais InstaForex!

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget