empty
 
 

Perubahan syarat dagangan untuk beberapa instrumen dari 20 Jun 2016 sehingga 27 Jun 2016

17.06.2016 10:08 AM

Pelanggan yang dihormati,

Referendum mengenai keanggotaan UK di EU akan berlangsung pada 23 Jun 2016.

Referendum ini secara amnya dijangka akan berlaku pergolakan dalam pasaran kewangan global tidak kira sama ada undian berpihak kepada EU atau terhadap Brexit. Sebarang perkembangan ketika pengundian dan sebarang keputusan akan memberi kesan yang besar kepada pasaran tukaran mata wang asing, pertama sekali pada pasangan mata wang GBP dan EUR . Oleh itu,instrument dagangan mencatatkan ketidakstabian yang tinggi untuk sepanjang minggu depan.

Untuk memelihara kedudukan pelanggan, syarikat memutuskan untuk menukar keperluan marginal bagi instrumen perdagangan tertentu secara sementara.

Pindaan berikut diperkenalkan bermula 20 Jun hingga 27 Jun:

1. keperluan margin minimum boleh meninggkat sehingga 2% bagi pasangan mata wang berikut: GBP/USD, EUR/GBP, GBP/CHF, GBP/JPY, GBP/AUD, GBP/CAD, dan GBP/NZD serta semua pasangan mata wang eksotik yang melibatkan GBP.

2. Margin untuk beberapa indeks saham seperti # N100, #DAX dan #FTSE meningkat beberapa kali ganda daripada keperluan standard sekiranya ketidakstabilan lebih tinggi.

3. keperluan margin minimum boleh meningkat kepada 0.5% bagi pasangan mata wang berikut: EUR/USD, EUR/JPY, EUR/CHF, EUR/AUD, EUR/CAD, dan EUR/NZD serta semua pasangan mata wang eksotik yang melibatkan EUR.

Seperti yang anda ketahui ketidakstabilan lebih tinggi dan perubahan besar dalam keperluan marginal, kami ingin mengingatkan anda supaya mempertimbangkan secara serius untuk melakukan perdagangan bagi instrumen di atas yang melibatkan risiko besar sepanjang minggu.

Sila selaraskan strategi dagangan anda mengikut keadaan. Sama ada anda ingin mengurangkan atau menahan diri daripada berdagang dengan instrumen tersebut. Selain itu, pastikan anda mempunyai jumlah wang yang mencukupi dalam akaun anda untuk mengekalkan kedudukan terbuka.

Kami ingin memberi amaran kepada anda sebarang perubahan syarat dagangan adalah tidak muktamad. Sekiranya, ketidakstabilan lebih tinggi dan kecairan adalah rendah, sekatan boleh dikenakan tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget