empty
 
 

Kumpulan InstaForex Loprais menduduki tempat keempat di Rali Dakar 2015

23.01.2015 12:20 PM

Kumpulan Alex Loprais menduduki tempat keempat dalam tempat keseluruhan pada Rali Dakar 2015.Perlumbaan trak bermula pada 4 Januari di ibu negara Argentina,Buenos Aires.Para peserta perlu menyempurnakan 13 peringkat rali yang merangkumi tiga negara Amerika Selatan: Argentina, Bolivia dan Chile.Secara keseluruhannya,jumlah perjalanan meliputi 9,000 km.Tahun ini,164 motorsikal, 48 motorsikal empat roda, 148 kenderaan ATV dan 64 trak mengambil bahagian dalam rali ini.

Kumpulan InstaForex Loprais berusaha  sedaya upaya untuk menang dalam kategori trak.Kumpulan ini bersaing dengan tiga lagi trak: MAN dipandu oleh Alex Loprais dan dua lagi oleh Tatras.Trak Ales yang dinamakan Superman memenangi tempat ketiga dalam peringkat pertama bagi menggalakkan peminatnya dalam memberikan keputusan yang baik.Superman menghadapi persaingan yang sengit pada peringkat keempat dan kelima kerana kumpulan ini harus memandu melalui bukit berpasir buat pertama kalinya.Walaubagaimanapun, memandangkan pasir yang sukar untuk dilalui dan merbahaya, kumpulan InstaForex Loprais melakukan segala yang termampu bagi memenangi peringkat ketujuh dalam perlumbaan ini.Maka, Ales dan kumpulannya berjaya mengharungi semua ini tanda staf sokongan teknikal.Maka,mereka harus melakukan kerja-kerja membaiki yang kecil serta penyelengaraan dengan sendiri.     

Setiap peringkat membawa kumpulan ini hampir ke garisan penamat di Buenos Aires dengan mengekalkan tempat keempat didalam tempat keseluruhan.Peringkat terakhir yang istimewa sejauh 33km ditangguhkan akibat keadaan cuaca yang tidak baik.Motorsikal dan trak dipandu secara sebaris dan memotong kenderaan lain adalah tidak dibenarkan kerana hujan lebat.Di penghujungnya,kumpulan InstaForex Loprais berharap untuk menduduki tiga tempat ke atas.Namun,kumpulan ini hanya berjaya menduduki tempat keempat dalam rali Dakar. 

Tahun 2015 dijangkakan untuk menjadi acara rali yang banyak.Maka,kumpulan InstaForex Loprais akan mempunyai lebih banyak peluang untuk menonjolkan diri mereka bagi mendapatkan kelebihan.Ikuti berita-berita penting bagi kumpulan InstaForex Loprais!


13loprais.jpg

Dakar 2015 starts

Video from the 8th stage

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget