empty
 
 
09.01.2015 03:01 AM

Pada November 2014, seramai tiga orang pedagang bertuah telah terpilih sebagai pemenang hadiah utama dalam Kempen Krismas di Liverpool. Gabil Agaev, Norhafizah Binti Abu Bakar, dan Pavel Pupko telah dinobatkan sebagai pemenang. Walau bagaimanapun, dua daripada tiga pemenang telah memilih untuk mendapatkan bonus. Hanya Pavel Pupko dari St Petersburg merupakan peminat bola sepak sejati, menyambut Krismas di salah sebuah bandar popular di UK. Pada malam Krismas, Pavel tiba di tanah air dari negara kelahiran legenda, The Beatles. Beliau menginap di sebuah 'design boutique' hotel yang terletak kira-kira hanya 5 minit berjalan kaki dari Sungai Mersey dengan pemandangan bandar yang amat menakjubkan. Sepanjang dua hari berada di Liverpool, Pavel telah mengikuti lawatan bersiar-siar berjalan kaki dan melawat restoran-restoran terbaik di bandar. Sebelum perlawanan bermula, beliau telah berpeluang untuk mengikuti lawatan eksklusif ke Anfield, gelanggang bagi pasukan Liverpool FC. Kapasiti Stadium Anfield ini berupaya untuk memuatkan lebih daripada 45,000 orang pengunjung dalam satu masa. Selain itu, ia juga dikenali sebagai stadium yang paling 'meriahyi' di UK. Pada 29 Disember yang lalu, Pavel berpeluang untuk menyaksikan perlawanan Krismas, Liga Perdana Boxing Day di kotak VIP. Selepas menyaksikan perlawanan yang menakjubkan, pemenang kemudianya dibawa untuk menimati hidangan makan malam bersama dengan wakil-wakil kelab bola sepak lagenda dan rakan niaga di salah sebuah dewan mewah. Pavel menyatakan rasa keterujaan beliau dalam lawatan ini: "Salam perkenalan kepada semua ahli-ahli pasukan dan saya juga ingin merakam setinggi-tinggi terima kasih untuk lawatan yang sangat menarik ini! Saya berasa begitu gembira meskipun saya telah mengunjungi kebanyakan negara di Eropah. Pada awalnya saya merasakan ia adalah suatu perkara yang agak membosankan, walau bagaimanapun England telah memberikan seribu satu pengalaman yang sungguh istimewa kepada saya. Perlawanan bola sepak adalah sangat menarik, dan saya dapat merasakan kekuatan dan kelebihan Liverpool sejak dari awal lagi. Saya juga terkejut dengan penganjuran perlawanan kerana tiada peminat bola sepak yang agresif dan kehadiran bunyi mercun. Terima kasih untuk pengalaman yang hebat ini! "

 

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget