empty
 
 
30.05.2013 03:57 AM

Para pelanggan yang dihormati, 

Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa kerjasama dengan Liberty Reserve telah ditamatkan berikutan oleh penutupan sistem pembayaran. 


Kes ini tertakluk di bawah Fasal 7.7.1  Perjanjian Tawaran Awam, di mana kesemua wang yang telah didepositkan melalui sistem pembayaran yang kemudiannya ditolak dari akaun dagangan pelanggan, sebagaimana syarikat bukanlah penjamin bagi mana-mana sistem pembayaran, dan wang yang telah diterima melalui sistem pembayaran akan disimpan ke dalam akaun syarikat melalui sistem yang akan membolehkan syarikat untuk memproses permohonan pengeluaran anda dengan segera.

Walau bagaimanapun, pihak pengurusan syarikat beranggapan bahawa ramai di antara rakan niaga dan pelanggan yang menggunakan Liberty Resserve untuk membiayai akaun mereka dan membuat keputusan bahawa Fasal 7.7.1 Perjanjian Tawaran Awam perlu dilaksanakan dengan kaedah yang berikut:

1. Pengeluaran dana yang disimpan melalui Liberty Reserve adalah terhad selama 6 bulan bermula dari 30 Mei 2013;

2. Bermula daripada 30 November, 2013 proses pengeluaran akan ditawarkan, dengan syarat akaun telah digunakan untuk perdagangan sepanjang tempoh 6 bulan;

3. Bermula daripada 30 November, 2013 proses permohonan pengeluaran, InstaForex akan menolak sebanyak 50% daripada jumlah keseluruhan dana yang disimpan melalui Liberty Reserve dari akaun pelanggan. Jumlah pengeluaran yang dipohon adalah termasuk dengan jumlah pemotongan.

Kami amat menyarankan anda agar menggunakan kaedah pembayaran yang dipercayai seperti 'bank wire', kad bank antarabangsa, pemindahan tempatan, Skrill, LiqPay, dan Payza. 

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget