empty
 
 

Apsebagai pelabur, anda perlu tahu bagaimana untuk membesarkan modal dengan cara yang betul; bagaimana mengira jumlah dana yang perlu untuk satu urusniaga bagi mendapatkan keuntungan yang maksima, dan jika ia melibatkan kerugian, bagaimana untuk tidak kehilangan seluruh simpanan anda.

Untuk mencapai tujuan tersebut, terdapat aspek khusus dalam kaedah pengurusan modal (pengurusan kewangan):

  • Kekurangan pengurusan modal. Kebanyakan pedagang ketika membuka posisi, tidak mengira jumlah dana yang di gunakan, ataupun potensi anggaran perolehan, serta mengira potensi kerugian. Ini adalah salah satu taktik, tetapi jika modal tidak besar, setelah beberapa urusniaga dilakukan dan kurang bernasib baik ke atas urusniaga yang dijalankan, modal yang ada akan mengalami kerugian keseluruhannya.

  • Kepelbagaian kontrak. Ketika membuka beberapa posisi di pasaran matawang asing dengan alatan yang berbeza, seorang peniaga boleh membuat perolehan yang besar sekiranya harga EURUSD dan EURGBP menuju ke arah yang betul. Sebaliknya jika harga menuju ke arah yang salah kerugian yang ditanggung juga adalah besar.

  • Jumlah tetap. Bergantung pada jumlah dana yang ada, seorang peniaga berhak memutuskan berapa besar risiko yang akan dipertaruhkan ketika membuka satu posisi atau posisi lainnya. Peniaga tidak akan melebihi jumlah yang telah ditetapkan olehnya ketika melakukan urusniaga.

  • Kadar faedah modal tetap. Kaedah ini seperti kaedah sebelumnya tetapi dengan sedikit perbezaan iaitu peniaga menentukan kadar faedah modal bukannya jumlah.

  • Hubungan diantara keuntungan dan kerugian. Ia adalah keperluan untuk mengesan statistik diri anda terhadap semua operasi (jumlah kerugian, keuntungan dan hubungan diantara keduanya). Apabila anda dapat melihat hubungan/korelasi di antara keduanya, maka anda dapat menerapkan apa yang telah dipelajari di dalam perdagangan.

  • Intersection of the capital curve moving average. Kebanyakan peniaga memahami konsep moving averages, yang mana bertindak sebagai isyarat untuk memasuki dan meninggalkan pasaran. Berdasarkan kaedah ini, moving averages (long dan short) digunakan untuk meramal keputusan urusniaga. Jika short curve berada di atas long curve, maka posisi boleh dibuka dan akan membawa keuntungan.

Memilih salah satu kaedah pengurusan modal untuk melakukan perdagangan di pasaran Forex dapat membantu anda menggunakan wang dengan betul di pasaran kewangan serta membantu anda memperoleh keuntungan. Kaedah-kaedah pengurusan modal digunakan untuk membuka posisi.

Kembali ke senarai artikel-artikel
Buka akaun
Buka akaun
Wang deposit
Wang deposit
Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget